Total Pageviews

Ombak Kitchen Shell Out Sedap Di Shah Alam

Jujur aku cakap, restoran ini dah lama aku aim! Sejak baru dibuka sehinggalah aku dapat merasa sendiri dengan tekak, aku highly recommend restoran khas buat korang yang sukakan makanan laut yang sedap dan segar. 





Shell Out Paling Sedap Di Shah Alam 

Perkenalkan Ombak Kitchen, sebuah restoran makanan laut berkonsepkan santai dan kabin kapal. Okay pasal kabin kapal tu, dorang tak cakap pun tapi bila korang masuk restoran ini, feel dia datang sendiri. Banyak faktor juga aku nak cakap yang Ombak Kitchen menyediakan makanan laut yang sedap especially dia punya Shell Out

Yes, makanan utama dia adalah Shell Out dan telah diulas oleh ramai artis dan mereka yang membuat food review ini. Kenapa aku cakap Ombak Kitchen punya Shell Out Sedap? Kekuatan dorang dari segi pengamatan aku adalah dari segi pilihan, portion dan semestinya rasa.

5 Pilihan Sos Shell Out 

Aku tak pasti kalau tempat lain bagaimana, tapi kebanyakan restoran hanya menyediakan lebih kurang dua pilihan sos tapi tidak bagi Ombak Kitchen sebab diorang ada 5 pilihan sos untuk korang nikmati bersama tersayang. 

Ombak Hot Cajun : Khas untuk korang yang sukakan makanan pedas dan berempah. Cukup rasa, cukup pedas dan pekena dengan nasi panas fuhh terangkat gila. 




Dark Chili Chocolate : Aku tak sure rasanya bagaimana tapi pernah rasa dekat A&W rasa coklat yang pedas. Disini khabarnya dicipta khas dengan tekstur rasanya yang pedas-pedas manis. 

Zesty Lemon Butter Cheese : Untuk penggemar rasa lemak berkrim, tak sukakan pedas dan sesuai dimakan semua lapisa umur, this is for you guys! 

Creamy Tom Yum Sauce : Uii terliur aku tulis ni sebab tak tau rasanya macam mana dan terbayang sedap tomyam itu. Untuk sos ini tomyam dia ada santan tau dan kombinasi rempah tu aku rasa memang masuk weh dengan konsep shell out. 

Gambar kredit : Eazy Izzuddin 


Buttermilk Sauce : Yang ini sos kedua aku sempat rasa. Berebut weh sebab dia jauh dari aku, pendek kata sos ini all time favourite pelanggan disini. 

Aku sempat rasa Hot Cajun dan Buttermilk sebab gabungan ni mantap ada pedas dan tak sedap. Serius sedap cuma untuk Cajun tu kan kalau ada ketulan telur confirm lagi padu!  Portion pulak , puas sebab kiteorang makan empat meja untuk satu hidangan besar tu tak habis weh terpaksa bagi orang sebelah. Berbaloi! 

Ombak Kitchen Sesuai Untuk Korang Yang Jaga Badan! 

Betul weh! Masa datang sini aku terdetik juga, hancur diet aku macam ni sebab dalam proses cutting. Tapi bila owner dia, Mr Hafiz bagitau makanan di Ombak Kitchen sememangnya teliti dan sihat aku jadi lega. Nak tahu sebab apa? Ini adalah perbezaan yang menjadikan Ombak Kitchen ni jadi favourite aku! 




  • Ombak Kitchen hanya gunakan KETAM HIDUP untuk dijadikan hidangan. Nak tahu sebab apa? Isinya lebih manis, juicy dan lebih segar berbanding yang sejuk beku. 

  • Nak makan ketam yang besar dan lain dari yang lain, korang boleh pilih Alaskan King Crabs, Canadian Red Lobsters dan banyak lagi

  • Tiada minyak digunakan dalam masakan. Hanya gunakan mentega! 

  • Menggoreng, deep fried? Tak weh segalanya dimasak menggunakan teknik steam dan rebus sebab itulah sihat dan juga rasanya begitu kuat dan sedap. 

  • Udang bersaiz besar 

  • Aneka makanan laut yang segar 

  • Ada Hamaguri clams! Diimport dari Jepun kerana rasanya lebih tebal dan lazat

  • Nasi gunakan beras wangi! Rugilah kalau tolak makan nasi dengan Shell out tambah lagi pekena time panas

  • MAKAN PAKAI  TANGAN JE! Trust me korang akan lebih puas weh, takkan lah korang nak tengok kulit ketam terpelanting satu restoran untuk gigih guna garfu bagai kan? 

Ombak Kitchen Restoran Pertama Gunakan Konsep Hidang Pencuci Mulut Atas Meja 




Sekarang ni macam trend pula kan semua benda nak makan atas meja hanya beralaskan plastik atau kertas. Kalau nak tahu, Ombak Kitchen adalah restoran pertama yang perkenalkan konsep hidang pencuci mulut di atas meja dan dihias cantik.




 Dikenali sebagai Rainbow Dessert, pencuci mulut ini ada marshmallow, durian crepe, gula dan manisan dan buah-buahan segar. Rasanya biasa sahaja tapi hiasannya memang cantik dan nampak berselera. 




Untuk air pula ada banyak pilihan sedap tapi satu je kurang bagi aku cara penyediaannya yang letak dalam bekas plastik. Nampak la sikit downgrade dia disitu, tapi asal sedap semua jalan. 

Mahal Tak Makan Disini? 

Actually bagi aku harga dia memang sedikit mahal. Tapi perlu diingatkan, bahan-bahan yang digunakan memang diimport khas, segar, besar dan berkualiti tinggi. Malah dengan harga sedemikian memang sangat berbaloi. Malah layanan disini juga tip-top! Jadi memang korang akan puas hati .




Jadi jangan lupa untuk cuba sendiri shell out sedap di Ombak Kitchen! 

Waze : Ombak Kitchen Bukit Jelutong 

Alamat : 5.G.01, D'Vida Business Centre, Jalan Bazar U8/101, Bukit Jelutong, 40150 Shah Alam Selangor

Tel : 03- 7734 4699 / 010 - 220 5946

Email : ombakkitchen@gmail.com





2 comments:

Siti Yang Menaip said...

seronok makan Shell Out kena dengan kawan2 kena angkut geng. the food looks scrumptious and seafood kan xkan mengecewakan =D

Mermaid said...

Wah nampak sedap dan menarik. Harga pun boleh tahan juga kan?