Total Pageviews

Hotel Di KLIA2? Aerotel Adalah Pilihan Terbaik!

Untuk korang yang mengikuti blog aku ini, pasti tahu setiap kali kalau nak terbang kemana sahaja menerusi KLIA2, aku akan menginap di Plaza Premium Lounge, sebuah lounge seperti hotel yang terletak di dalam KLIA2. Bukan sahaja di Kuala Lumpur dan beberapa tempat di dalam negeri, Plaza Premium Lounge(PPL) juga terdapat dikebanyakan lapangan terbang di seluruh dunia. 





Aerotel Baru Sahaja Dirasmikan 

Uniknya lagi PPL ini seperti Pit-Stop untuk korang berlepas mahupun tiba di KLIA2 dan direka sememangnya untuk ketenangan dan rehat sepenuhnya tanpa sebarang hiburan di dalam bilik mereka.



 Tetapi berita baik untuk korang,  PPL kini mempunyai anak syarikatnya yang dikenali sebagai Aerotel dan mereka sudah membuka satu lagi hotel di dalam KLIA2 yang berkonsepkan hotel sepenuhnya. Aerotel ini baru sahaja dirasmikan pada 28  Ogos yang lalu dan KLIA2 adalah cawangannya yang kelima dalam dunia!



Satu-satunya Hotel Dan Yang Pertama Di Dalam KLIA2 

Untuk korang yang tertanya dimanakah letaknya Aerotel ini, ianya terletak di dalam Gateway@KLIA2. Masih ingat AirAsia All Stars Cabin Crew lounge yang terletak di tingkat 2M berhadapan Burger King? 



Ya kini disitulah letaknya Aerotel menggantikan lounge tersebut. Kalau nak tahu, Aerotel merupakan satu-satunya hotel penuh dan yang pertama di dalam KLIA2. Jadi aku sangat syorkan korang menginap disini terutamanya yang duduk jauh dan bakal 'mengejar flight' korang. 

Pengalaman Menginap Di Aerotel 



Baru-baru ini aku berkesempatan untuk menginap di sini memandangkan flight aku awal pagi. Jujur aku cakap Aerotel ini merupakan persinggahan yang patut korang cuba dan alami sendiri. Sebab apa? Ini adalah alasan dan fakta mengenai Aerotel 

  • Aerotel mempunyai kemudahan penuh sama seperti hotel. Bezanya di Malaysia masih belum mempunyai kolam renang dan gym seperti di Abu Dhabi.
  • Di dalam bilik dilengkapi tv, katil mengikut pilihan korang, pendek kata sama seperti hotel.



  • Baik di restoran ataupun dalam Aerotel, mereka mempunyai jadual penerbangan yang sentiasa dikemaskini. Jadi korang tak perlu risau kalau nak tengok pintu perlepasan sudah dibuka atau tidak
  • Hanya 5 minit berjalan ke setiap pintu perlepasan domestik atau antarabangsa
  • Dibuka  24 Jam 
  • Mempunyai 78 bilik yang selesa 
  • Nak berehat seketika? Jangan risau di PPL ataupun Aerotel pilihan menginap juga mengikut jam
Boleh Makan 24 Jam! 



Yes! Dekat sini korang boleh makan bila-bila masa dan banyak mana yang korang inginkan.






 Kalau rasa nak makan something yang lain, boleh order secara ala-carte dan harganya juga sangat berpatutan. 



Disini, ianya terbahagi kepada tiga iaitu The Bar (ruangan minuman beralkohol dan terletak di luar), restoran dan ruangan mesyuarat yang pelbagai. 






Jadi kalau korang dalam business trip, perlukan ruang mesyuarat yang besar dan juga privacy, gunakan sahaja kemudahan yang ada! Serius best sebab aku sempat membuat kerja, sambil tengok orang lalu-lalang terasa sangat friendly environment dia! 



Harga Bilik Aerotel 

Untuk Aerotel, ianya boleh dikategorikan sebagai hotel 4.5 Bintang dan sebab ianya masih baru, taraf tersebut masih belum diperolehi. Walaupun harganya agak premium tapi aku rasa ianya sangat worth it! Di Aerotel, mereka mempunyai 4 jenis bilik yang berlainan iaitu 

Solo Plus ( 1 single bed)


  • 1 Jam - RM 98
  • 3 Jam - RM 261 
  • 6 Jam - RM 280 
  • 12 Jam - RM298
Double Plus ( 2 single bed atau 1 double bed) 


  • 1 Jam - RM 107
  • 3 Jam - RM 315
  • 6 Jam - RM 364
  • 12 Jam - RM 383 
Double Squared ( 2 Double Bed) 


  • 3 Jam - RM 552
  • 6 Jam - RM 571
  • 12 Jam - RM 590
Family ( 1 Double Bed dan 2 Single Bed)


  • 3 Jam - RM 552
  • 6 Jam - RM 571
  • 12 Jam - RM 590
Diskaun 15% Sehingga 31 Disember 2018



Berita baik untuk korang yang ingin menginap disini, sekarang ada promosi tau! Diskaun 15% akan diberi sehingga hujung tahun ini. Jadi untuk korang yang ingin travel tu, aku recommend dekat korang untuk stay disini, dijamin selesa! 

Untuk tempahan : rsvn.kul@myaerotel.com 

Tel : +603 8778 0889 

E-Mail : hello.kul@myaerotel.com




18 comments:

Rawlins GLAM said...

OWh. Ada hotel ek? Haha. Rawlins jenis yang suka datang ke airport je. Kalau time belajar dulu, sebab takde kenderaan maka akan tidur di kaki lima la menunggu flight awal pagi. Now, tidak perlu sebab ada hotel sebegini. Memudahkan pada yang in-between flights kan.

Cik Min said...

Cam menarikkk je..kak min tak pernah lagi gi Aerotel ni. Nanti leh la ajak cik abang gi sini lak. Tp yg best tu leh makan 24 jam tu hahahah..paling penting bg kak min ialah rempat tido yang selesa dan dapat makan makanan sedap-sedap muahaha

Fadzi Razak said...

Nampak design dan deko dia memang mewah habis. Even perabit macam tak banyak, tapi kemas sangat. Ruang nampak besar. Dan bahagian kaunter dan lobi pun simple je susunan dia. Tak serabut nampak.

Zharif Azis said...

owhhh baru dirasmikan rupanya, patutlah tak pernah dengar. anyway, harga dia agak pricey erk untuk kiraan jam mcm tu. telan air liur kita membacanya. tapi dekorasi dia memang da bomb lah. itu tidak dapat disangkal lagi

5 Little Angels said...

This hotel looks comfortable and clean. Indeed a great place to stay especially when we need to catch the flight at the wee hours.

Mama Hakim said...

Menarik konsep aero tel ni. dapatlah tidur dan rehatkan diri dengan lebih selesa dan selamat masa nak tunggu flight

Dunia Farisya said...

dia kira ikut jam ek?macam bagus jugak kan.katakan la flight kul 5am,maila check in kul 1am tp jgn tdo mati sudahhh hahaha.kang terlepas flight naya hang.

mrschantek.blogspot.com said...

Nampak mewah dan selesa sangat hotel ni. Harga pun berpadanan dengan kemudahan yang ada. Sesuai untuk yang perlukan rehat yang selesa sementara penerbangan. Makanan pun nampam sedap, siap boleh makan 24 jam pulak tu.

Nadia Johari said...

Nampak menarik hotel dia..kalau yang selalu business naik kapal terbang ni, bolehla singgah hotel kejap, lepak dketa sini sambil tunggu penerbangan..bgus la buat macam ni

Tekkaus said...

Wow...makanannya semua nampak sedap-sedap belaka lar. Tetapi harga kat sana ada sedikit tinggi kan? Mungkin sebab hotel ini memang betul selesa. :)

mrsliez said...

Yeayyy finally ada hotel yang boleh menginap ikut jam dan yang oenting dkt dgn Klia2..mmg memudahkah movement bagi org yg susah bangun pagi utk kejar flight... stay je dkt aerotel senang. Cukup complete bilik dan toilet pun selesa

adianiez AIDA said...

bagus.
kalau flight apa2 hal, ni la alternatif nyer.
harga agak wow. tapi, kalau kecemasan, tak tgk harga dah kan...
selesa.
cantik.
ekslusif sgt.
makanan nyer pun terbaik!

nikkhazami said...

kalau macam nila kemudahan yang diorang sediakan, memang berbaloi dengan harga yg kita bayar. dah mcm hotel 5 bintang.

Unknown said...

cantiknya hotel niii. kalau nk selesa sambil tunggu flight mmg sesuai sgt stay sini.

Mahamahu said...

Betul-betul dalam KLIA2 ker ini baru best hehehe tak perlu keluar jauh nak tunggu flight kita tak adalah terkejar-kejar macam ni tempat pun cantik dan selesa ok lah boleh stay before flight next week....

Mawardi yunus said...

Menarik. Klia2 ada hotel lengkap macam ni. Nanti nak cubalah kalau ada flight pagi kemana2. Tq atas perkongsian

Travel and Home Enthusiast said...

Hotel zaman sekarang ni ada banyak pilihan kan. Nak yang murah yang mahal semua ada. Asalkan ada duit saja.

Lia Hasty said...

Wah menarik juga Aerotel ni. Selalu lalu je bila touch down KLIA, memang perasan signage dia. Mana tahu 1 day dapat merasa menginap di sini. Container hotel lia penah cuba.