Total Pageviews

Sedapnya Makanan Sichuan Di Hotel Dorsett

Tak dinafikan dekat negara kita memang terkenal dengan pelbagai makanan yang sedap-sedap belaka. Namun untuk bertukar selera, nak rasa hidangan negara lain yang betul-betul asli dan sedap kenalah ke negara tersebut bukan? 



Fiesta Makanan Sichuan Di Hotel Dorsett

Gigih pula nak pergi-pergi jauh untuk makan je especially nak rasa makanan Sichuan yang terkenal dengan aneka rempahnya . 


masuk je restoran terus rasa dekat Chengdu



Kena pula di Chengdu, takkan nak ke sana pula kan? Tapi sekarang korang tak perlu risau kerana istimewanya kali ini rangkaian Hotel Dorsettt telah anjurkan Fiesta Makanan Sichuan! 

Chef Dari Chengdu Ke Hotel Dorsett



Bukan sebarang fiesta ya, kerana makanan yang disediakan memang dimasak asli dari air tangan dua orang Chef yang berasal dari Chengdu iaitu Chef Harley dan Chef Teresa. Jadi tidak ada isu rasanya tak sama dan yang paling penting ianya HALAL dan boleh dimakan oleh semua kaum lapisan masyarakat tanpa sebarang prejudis. 

Sedapnya Makanan Sichuan! 

Aku berkesempatan untuk merasai sendiri aneka makanan asli Sichuan di Hotel Dorsett Grand Subang tempoh hari. To be honest rasanya SANGAT SEDAP dan UNIK! Walaupun pedas dan ada menunya sengaja dimasak sejuk tetapi rasanya memang kena dengan selera aku. 

Slice Chicken with Hot & Spicy Sauce 

Tossed Black Fungus With Vinegar 

Tossed Chicken with Sichuan Spices 

Tossed Black Fungus with Nuts and Kai Lan 

Deep Fried Crispy Grouper Fish Fillet with Sweet & Sour Sauce 

"Chongqing" Style Deep Fried Crispy Chicken with Dried Chilies

Fried Prawns with Sichuan Peppers & Garlic 

Mapo Tofu 


Manakan tidak, sebab ada rempahnya yang hanya didapati di sana sebab itu rasanya unik. Cuma satu aku nak ingatkan dekat korang yang tak makan pedas, awas ya sebab ada menu yang sememangya pedas takut korang tak makan but for me 100% diyakin sedap! 

Panda Shaped Bun - dessert ni sedap! 


Kuih Bulan Halal Di Hotel Dorsett

Tak cukup dengan itu, untuk peminat kuih bulan korang boleh dapatkan di hotel-hotel Dorsett juga tau. Jangan risau sebab ianya HALAL dan sedap! Aku dah cuba rasa yang perisa durian dan red bean fuhh sedap weh!! Klik SINI untuk info lanjut









Promosi Makanan Sichuan 

Ingat promosi ini hanya untuk masa terhad je tau dimana ianya bermula di Dorsett Grand Subang pada 4-14 Ogos 2018 yang diadakan di The Emperor Chiness Restaurat, Citra Rasa Restaurant,  Dorsett Putrajaya pada 6-14 Ogos 2018, Checker Cafe, Dorsett Kuala Lumpur pada 15-21 Ogos 2018 dan akhir sekali pada 23-29 Ogos 2018 di Victoria's Brasserie, Dorsett Grand Labuan. Ingat Sichuan Ingat Dorsett! 


No comments: