Total Pageviews

Tips Dan Pengalaman Bercuti Di Pulau Redang


Untuk yang mengikuti blog aku mesti perasan sebelum ini aku pernah menulis mengenai percutian di Pulau Redang. Malah bukan satu, tetapi ada beberapa artikel menarik pernah aku kongsikan. Namun begitu, atas sebab tertentu, ada beberapa entry hilang dari blog menyebabkan aku suka untuk berkongsi kembali kerana keinginan dan juga komitmen yang dijanjikan bersama. 



Perjalanan Mengambil Masa Lebih Kurang Empat Jam

Masa di Pulau Redang, sengaja aku memilih sebuah resort sebab percutian aku kali ini bukalah untuk backpack tetapi lebih kepada staycation dan ingin rehatkan minda dan badan bersama seorang kawan baik aku.


 So kiteorang bertolak dari KL menaiki flight AirAsia ke Kuala Terengganu ambil first flight which is selepas subuh dan touchdown ke Airport Terengganu lebih kurang jam 9 pagi. Sampai di Aiport, sudah ada shuttle bas yang tunggu kiteorang untuk bawa ke jeti. Jimat sebab semua all in~ 

Kena Tunggu Hampir Satu Jam Di Jeti

Tiba sahaja di jeti kelihatan ramai orang sedang beratur untuk membeli tiket feri. Mujur jugalah pakej yang aku ambil ni sekali juga dengan tiket feri so tak payah beratur, just tunggu feri tiba sahaja. Untuk yang tak beli lagi tiket, kenalah beratur seawal pagi di jeti kalau tak tengahari kena beratur panjang dan barangkali mungkin juga habis. 

Perjalanan Mengambil Masa 45 Minit Ke Pulau Redang 




Bagi korang yang tertanya, perjalanan feri dari jeti ke Pulau Redang mengambil masa lebih kurang 45 minit. Cukup selesa kerana feri yang aku naiki  ada ruangan dalam berhawa dingin dan luar( open space) . Macam aku, ambil open space sebab nak layan bayu laut. 

Berbaloi Gila Menginap Di Laguna Redang Island Resort 




Yes! Kiteorang menginap di Laguna Redang Island Resort selama 3 Hari 2 Malam. Actually ini bukanlah kali pertama aku menginap di sini,kerana beberapa tahun sebelum pun aku pernah menginap di sini. Tapi atas dasar cinta aku pada resort dan pulau ini menyebabkan aku mengambil keputusan sekali lagi untuk menginap disini. 

Kenapa aku suka menginap disini? Ini adalah sebabnya : 

  • harga pakej mengandungi segalanya! – airport transfer, boat transfer, termasuk makanan dan of course bilik
  • Pemandangan super awesome, beach view ataupun garden view






  • Pantai Pulau Redang yang terkenal dengan pasirnya yang putih mulus


  • Boleh mandi laut sampai puas, hanya beberapa langkah ke pantai dari resort 





  • IG Friendly 



  • Pelbagai Kemudahan 



Bila korang stay dekat sini, jangan risau pasal kemudahan dia sebab segalanya ada disini. Even kalau korang dah rasa malas nak mandi laut, resort ini juga ada kolam renang yang besar dan luas. 

Rasa nak lepak minum? 

Dekat sini pun ada café yang feeling nya rasa macam situasi di dalam kebanyakan filem antarabangsa.





 Aku sempat juga lepak dekat sini, sambil baring tepi pantai di waktu malam. Fuhh! Tenang weh sampai terlelap aku dibuatnya. 

Jangan Lupa Beli Cenderamata Sebagai Kenangan 

Sebelum pulang, jangan lupa beli something dekat sini sebagai tanda kenangan.





 Segalanya ada disini, so korang tak payah risau apa. Aku highly recommend this place. Bagi korang mungkin ada yang mahal sikit tetapi bagi aku ianya sangat berbaloi! 

23 comments:

Cik Lily Putih said...

ya ampun lama sungguh tak ke redang ek, cantik bebenau. rindu nak mandi laut nak main dengan ikannn

Eyqa Hasnan said...

Bestnya Pulau Redang! Pulau Redang cantik dan bersih. Kalau duduk 2 malam pun tak puas lagi.

NAZLIANA SI CUTE said...

cantiknya pulau redang ni nohh ishhh mcm plan nak ke sana la hujung tahun nie..kalau awk tulis budjet sekali kan senang hihii tapi memang menarik la tempat ni

JMR said...

bangga tengok abang kacak update pasal tempat menarik di Terengganu..haha..tapi serius lawa kan..lama dah tak bercuti lepak kat pulau ni..nak kena plan la pasni..

Abby Onety said...

Awal baca tulisan ini jadi bingung, pulau Redang itu dimana ya? Tapi ternyata lanjut baca lagi baru Abby tahu klo itu di Trengganu. Abby jadi ingat ada teman di Trengganu.

Lia Hasty said...

Memang ada plan nak ke Pulau Redang sebab nak rasa sendiri laut dia. Heheh cukup tak kalau 3 hari 2 malam. Rindu sangat dengan aktiviti laut ni.

Mahamahu said...

Pulau Redang ni kita pernah pergi dan duduk dengan family kat resort yang sama lak tu Laguna hehehe best kat sana memang seronok duduk rasa macam nak pergi lagi..

Mimie said...

Saya tengok gamabr saja dah jatuh cinta. Tengok lautnya Subhanallah jernihnya air. Redang nih memang tempat impian saya untuk bercuti. Bagus juga share pwngalaman di sana at least ada juga info berguna sebagai rujukan

penaberkala said...

Cantiknya Laguna ni.. mesti best staycation kat sini.

Bila sebut pasal Redang, teringat pulak time gi candat sotong reramai dulu. Best giler.. klu ada rezeki, inshaAllah nak repeat ke Redang

AyuArjuna BiGoshh said...

pakej all in ni memang best..kirra ikut bajet lepas tu ada kedai yang kita boleh lepak2..takdelah buhsan sgt...lama ah tak pegi redang..rasanya pernah datang sini sekali kot hhe

Bro Framestone said...

Demn.. kemana hilangnya artikle tue ke.. Sama la, Bro sendiri pun terasa macam ada artikle hilang.. link ada.. tp artikle xde...

Alia Farhan said...

Akak tak pernah sampai pulau redang lagi...
Duk terpikir redang ke perhentian ke kapas ni...
Waduh2..jemmm nak pilih

Mouse Mommy Treats said...

Saya pun suka pergi Pulau Redang, mmg cantik, selesa. Penduduk kat sana pun mesra. BBQ seafood pun best!

Emily said...

Visited Redang a few times and don't mind going again and again. Lovely resort with easy access to the beach. That's what I love as well!

ejulz said...

cantik tempat ni :)

Betty's Journey said...

My initial plan is going Pulau Rendang but due to workload has to cancel it. Rendang is a nice place for vacation or even honeymoon. The water still clear and clean. Need to plan for Rendang trip after seeing your post.

Rini Ismail said...

Saya tidur kat Lagoon Resort sebab cari hotel yg paling murah, plan nak spend masa kat luar..masuk bilik untuk tidur je. End up balik rumah muka hitam duk join snorkeling dengan island hopping :D

Mek Onie said...

Last pegi pulau redang masa aku form 5 ..haha..tu pegi sebab rombongan dr sekolah. Orang kata pulau redang sekarang cantik lagi dari pulau perhentian. Rasa nak jugak menghala ke sana. Tapi entah bila weh.

Rawlins GLAM said...

Ajak baby honeymoon kat situ please! Please!
Nak mandi ala-ala duyung - boleh buat pre wedding sekali.
#EH

Jia Shin Lee said...

The view is beautiful! I've never been to Pulau Redang before, thanks for the recommendation, now that I've read your post I'm planning a trip.

Sunshine Kelly said...

Thanks for the tips and review. Dah lama I tak pergi Pulau Redang dah, maybe I should go back soon coz I need a beach holiday too.

ruggedmom said...

Luas bilik. Bilik air yang terpisah dari toilet tu memang bagus, takdelah berpeluh tunggu orang keluar :D

Unknown said...

Sy pernah bercuti ke pulau redang. View memang puas hati, air cantik boleh nampak dalam. Amik boat service dari jetty merang di www.vigourmarine.com.my