Total Pageviews

Buffet Ramadan 2018: 5 Sebab Mengapa The Everly Putrajaya Jadi Pilihan



Happy nya dapat tulis pasal Everly ini. Mana taknya, sebab dekat sini ada banyak benda boleh aku kongsikan sepanjang pernah makan disini di bulan Ramadan. Untuk itu aku dah rumuskan 5 sebab mengapa korang boleh berbuka disini.




Sajian Yang Sangat Menyelerakan

Yes! Tak tipu ye makanan dekat sini semuanya sedap-sedap belaka. Kalau nak tahu, ini adalah tahun kedua aku berbuka disini dan kedua-dua tahun tidak mengecewakan! 






Malah untuk tahun ini, suka untuk aku highlight pasal mee kuah daging dia yang pertama kali aku cuba terus nak bagi 5 bintang! Datang Everly tahun ini,  wajib cuba ya! Tahun depan tak tahu ada lagi ke tak hehehe

Makanan Segar Dan Panas

Selain daripada aneka menu yang lazat, kebanyakan makanan juga dihidangkan panas atau ready to serve.






 Sebagai contoh shawarma, jemput-jemput, aneka gorengan, ikan bakar dan banyak lagi! Semuanya dibuat depan mata korang

Tampil Kelainan Setiap Tahun



Setiap tahun ada sahaja kelainan yang diberi oleh The Everly Putrajaya. Jika tahun lepas sajian seperti Nasi Ambeng jadi tarikan, tahun ini  rencah nusantara pula menjadi tema nya!

Kemudahan Yang Selesa

Selain dari ruang makan yang selesa, kemudahan disini juga  harus diberikan pujian. Terdapat kaunter mesra pelanggan, surau yang besar serta ruangan parkir yang mencukupi. Jadi kalau datang sini tak perlu lah risau semua itu. Makan dengan tenang!

Bersebelahan Alamanda Putrajaya

Ini mesti korang suka! Sebab hotel ini terletak bersebelahan Alamanda Putrajaya. Jadi untuk korang yang nak shopping raya last minute tu, apa kata stay disini dan makan disini. Dalam mall tu aku berani confirm penuh semua restoran jadi dekat sini tak perlu risau semua itu ye.






Nak buat tempahan? Baik cepat sebab dengar cerita sehingga 10 Jun dah fully book! So ada beberapa hari sahaja lagi 

Untuk maklumat lanjut, korang boleh hubungi 


03 – 8892 2929  

011 – 6318 6029 


No comments: