Total Pageviews

Tempat Berbuka Sedap Di Shah Alam : The Venue Shah Alam


To be honest, first time menjejakkan kaki ke The Venue Shah Alam , dalam hati aku terdetik alahai macam ni je ke makanan dia ? Sebabnya yer lah nama pun preview tapi buat macam ala kampung begitu.





Telahan Salah

Namun begitu, bila dah rasa makanan dia Allahu, sedapnya. Ternyata telahan aku salah. Rupanya ada sebab kenapa dorang highlight beberapa makanan pada malam itu. Okay yang itu kejap lagi aku ceritakan.

Lokasi The Venue

Untuk korang yang tertanya dekat manakah lokasi The Venue ini,  ianya terletak di Seksyen 15 Shah Alam. Actually border antara seksyen 22 dan 15. Dan kawasan ini terletak di kawasan perindustrian. 

Kredit gambar : Feeqsays 

Kenapa The Venue? Sebenarnya ianya merupakan kawasan ataupun ruang acara untuk pelbagai acara. Bila korang masuk je dalam The Venue mesti terpegun sebab dalamnya dah dihias siap untuk acara dan berhawa dingin. Sangat selesa!


Menu Tradisi Yang Memikat Selera

Berbalik kepada menu – menu yang aku anggap macam sendurina tadi. Untuk Ramadan nanti tersedia Daging Salai Masak Lemak Cili Padi, Ayam Kampung Goreng, Patin Masak Tempoyak, Ayam Semor, Daging Kuzi, Ayam Mandy dan banyak lagi!






 Dan makanan ini aku perasan macam set makanan pengantin. Nak tau sebab apa? Sebab makanan ini dibuat khas untuk makan bersama Nasi Syamim yang resipinya khas dari Johor. 











Serius aku cakap menu dia sedap gilos! Dan nasi dia pun cukup rasa. Berbaloi untuk makan dekat sini

Nasi Syamim 


Harga Ramadan Buffet The Venue Shah Alam

Nak makan dekat sini? Haa sekarang ini ada promo tau!  Untuk pembelian sehingga 10 MEI ini, harganya cuma RM58 untuk dewasa, RM 35 untuk kanak – kanak dan RM50 untuk warga emas. Selepas itu harganya akan menjadi:

Dewasa : RM68
Kanak –Kanak : RM58
Warga Emas :  RM40

Nak buat untuk korang-korang je? Boleh! Tapi make sure minimum 100 orang tau dan harganya cuma RM50 seorang. Jangan risau kerana dewan acara ini boleh memuatkan 400 orang dalam satu masa. Kemudahan pula memang tersedia selesa dengan surau dan ruang parking .

Jadi jangan lupa buat tempahan sekarang tau sebab ramadan buffet ini hanya tersedia pada 18 Mei sehingga 12 June sahaja .


Untuk tempahan hubungi : 019-8585 825 / 019-8585 375 

1 comment:

Liza Razak said...

oh dah miss ni tempahan sampai 10 mei saje?