Total Pageviews

Tempat Berbuka Puasa : Bangi Golf Resort Tawarkan Pelbagai Menu Menarik


Setiap tahun, Bangi Golf Resort antara lokasi wajib untuk aku berbuka disini. Manakan tidak, setiap tahun ada sahaja menu pengubat rindu yang disediakan oleh chef disini. 




Lebih 200 menu tersedia

Untuk 2018, lebih daripada 200 menu menanti untuk korang berbuka disini dengan tawaran harga hanya RM59 nett untuk dewasa dan RM 29.50 untuk kanak-kanak. 








Murah kan? Malah sepanjang berlangsung sehingga 13 Jun, pengunjung juga bakal dihiburkan dengan persembahan muzik yang dijemput khas

Sous Vide Eggs Dengan Cendawan Espuma Wajib Cuba

Bukan Bangi Golf Resort lah kalau tak ada Sous Vide Eggs Dengan Cendawan Espuma. aku suka gila dengan menu ni. Cumanya agak kecewa sikit tahun ni, rasanya tak macam yang sebelumnya termasuk menu lain.




Barangkali mungkin waktu itu preview dan dibuat dalam skala yang besar. harap nanti aku pergi makanan disini kembali seperti tahun sebelumnya.

Bahan Segar dari Kebun Sendiri

Menariknya lagi mengenai BGR, kebanyakan bahan mentah yang digunakan mereka diambil dari kebun mereka sendiri termasuklah sajian buffet durian! Tidak hairanlah makanannya disediakan segar dan sedap!








Jadi untuk korang yang ingin berbuka disini, sila tempah di:

Tel : 1700 81 8557
email : sales@bgrrest.com

No comments: