Sedapnya Berbuka Di Kuala Lumpur Convention Centre
Tempoh hari masa preview, aku dah terlepas untuk ke Kuala
Lumpur Convention Centre.Tetapi baru-baru ini sekali lagi aku dapat jemputan ke
sini dan semestinya tak nak lepaskan peluang tersebut kerana disini boleh
dikatakan makanannya sedap-sedap belaka
Pelbagai Sajian Menu Asli Tersedia
Masa aku pergi baru-baru ini punyalah banyak pilihan makanan
yang sedap-sedap. Dan boleh dikatakan menu tersebut adalah menu sajian melayu
asli dan dihidang panas, segar dan sedap!
Kalau nak diulaskan terlalu banyak
pilihan yang ada tetapi aku tertarik dengan penyediaan aneka ketupan dan lemang
yang diwapkan bagi mengekalkan rasa dan teksturnya malah aneka buah-buahan
segar pun tertarik!
Mereka Yang ‘Kurang Bernasib Baik’ Diraikan
Dalam majis yang sama turut diraikan adalah 94 orang
kanak-kanak dari Living Hope dan Yayasan Generasi Gemilang dan 32 orang pesakit
buah pinggang dari National Kidney Foundation bersempena dengan Majlis Berbuka
Puasa yang ke -11 Kuala Lumpur Convention Centre. Menariknya lagi mereka ini
sempat mencanting batik bertemakan Hari Raya sempena menanti waktu berbuka
puasa
Untuk korang yang ingin berbuka puasa disini, masih ada masa
kerana ianya berlanjutan sehingga 5 June dengan harga RM145nett dewasa dan
untuk harga korporat pula RM125 nett seorang dengan tempahan minimum 100 orang.
Berbaloi kerana chef mereka adalah terdiri daripada pemenang pelbagai anugerah!
Untuk tempahan –
Normal : 03-2333 2866
Korporat : 03 – 2333 2877
Email : info@klcconventioncentre.com
No comments:
Post a Comment