Total Pageviews

Sedapnya Berbuka Di Kuala Lumpur Convention Centre


Tempoh hari masa preview, aku dah terlepas untuk ke Kuala Lumpur Convention Centre.Tetapi baru-baru ini sekali lagi aku dapat jemputan ke sini dan semestinya tak nak lepaskan peluang tersebut kerana disini boleh dikatakan makanannya sedap-sedap belaka




Pelbagai Sajian Menu Asli Tersedia

Masa aku pergi baru-baru ini punyalah banyak pilihan makanan yang sedap-sedap. Dan boleh dikatakan menu tersebut adalah menu sajian melayu asli dan dihidang panas, segar dan sedap!






 Kalau nak diulaskan terlalu banyak pilihan yang ada tetapi aku tertarik dengan penyediaan aneka ketupan dan lemang yang diwapkan bagi mengekalkan rasa dan teksturnya malah aneka buah-buahan segar pun tertarik!












Mereka Yang ‘Kurang Bernasib Baik’ Diraikan

Dalam majis yang sama turut diraikan adalah 94 orang kanak-kanak dari Living Hope dan Yayasan Generasi Gemilang dan 32 orang pesakit buah pinggang dari National Kidney Foundation bersempena dengan Majlis Berbuka Puasa yang ke -11 Kuala Lumpur Convention Centre. Menariknya lagi mereka ini sempat mencanting batik bertemakan Hari Raya sempena menanti waktu berbuka puasa




Untuk korang yang ingin berbuka puasa disini, masih ada masa kerana ianya berlanjutan sehingga 5 June dengan harga RM145nett dewasa dan untuk harga korporat pula RM125 nett seorang dengan tempahan minimum 100 orang. Berbaloi kerana chef mereka adalah terdiri daripada pemenang pelbagai anugerah!


Untuk tempahan –
 Normal : 03-2333 2866
Korporat : 03 – 2333 2877



No comments: