Total Pageviews

River of Life Kuala Lumpur Indah Khabar Dari Rupa?



Cakap pasal River of Life ni korang tahu tak apa dia? Ke baru first time dengar? Untuk yang tidak tahu, River of Life ini sebenarnya adalah Projek Permulaan di bawah Greater Kuala Lumpur/Klang Valley dan juga insiatif Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk memartabatkan lagi bandar metropolitan ini.



Mercu Tanda Terbaru Kuala Lumpur

Selain Menara Kuala Lumpur, KLCC, Pasar Seni, River of Life ini juga merupakan salah satu mercu tanda terbaru di Kuala Lumpur. Dimana? Korang masih ingat tak sungai di Masjid Jamek yang suatu ketika dahulu macam kotor dan dalam pembinaan? 



Benar! Itulah River Of Line. Suka untuk aku ungkap kembali dakwaan River of Life ni indah khabar dari rupa sebabnya korang kena datang dan tengok sendiri mercu tanda terbaru yang cantik! Jika tidak, korang akan di takuk lama memikirkan sungai disitu masih lagi kotor dan tercemar.

Bukan Sekadar Mercu Tanda

Kalau nak tau, River of Life ini bukan sekadar mercu tanda ye, tapi ianya juga merupakan pencetus bagi kaedah pembersihan sungai dikenali 'Interceptor system P7' yang akan membantu meningkatkan kualiti air dengan cara menyekat dan merawat air longkang yang kotor. Terima kasih kepada DBKL kerana mengambil inisiatif ini dengan memajukan kawasan Masjid Jamek sekaligus menjadikan ianya sebagai satu kebanggaan negara

Sejarah Di Sebalik River Of Life


Disebalik pembikinan River Of Life, banyak fakta dan sejarah menarik tersingkap. Ianya telah dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 28 Ogos 2017.Selain River Of Life ianya juga dikenali sebagai Kolam Biru. Menariknya lagi bukan sahaja terhad pada kawasan Masjid Jamek, malah ianya meliputi kawasan sepanjang 10.7 km, pertemuan dua sungai dalam bandar iaitu Sungai Gombak dan Sungai Klang di tengah Masjid Jamek Kuala Lumpur.



Projek ROL tersenarai di dalam Bidang Ekonomi Negara Utama Negara (NKEA) telah bermula pada 2011 dan dijangka berakhir pada 2020. Kos? Projek ini menelan belanja sebanyak RM3.4 bilion dalam melakukan kerja-kerja pembersihan sungai sebagai skop utama projek meliputi lapan sungai iaitu Sungai Gombak, Sungai Batu, Sungai Jinjang, Sungai Keroh, Sungai Bunus, Sungai Ampang, Sungai Klang dan Sungai Keroyong sepanjang 110 kilometer.



Tips Untuk Ke River Of Life

Sebenarnya senang je untuk korang ke River Of Life ni. Digalakkan untuk ambil LRT dan turun di Stesen Masjid Jamek kerana lokasi ini terletak bersebelahan stesen LRT, dan dibelakang Masjid Jamek.  



Seterusnya, untuk dapatkan gambar dan suasana sebenar River Of Life, korang kena datang waktu malam sebab waktu itulah semua lampu akan dipasang dan menampakkan serinya. Selepas tengok River of Life, korang boleh berjalan kaki ke Pasar Seni ataupun Dataran Merdeka. Haa nampak tak semuanya ada disitu.



Perlu diingatkan bila korang ke sini, jangalah buang sampah pula. Penat orang lain menjaga, kita pula yang cemarkannnya. Jadi cintailah sungai kita! 

Gambar : Ihsan Google 

16 comments:

Miza Talib said...

Lepasne nak kena kempen jangan buang sampah merata-rata. Penat tau buat cantik-cantik pencemaran pulak

Noor Akma said...

Indahnya tak terkata.. Bagaikan di luar negara... Hebat KL :)

Shalimar Yusof said...

Elok sangat bagi cantik..hapuskan gelaran lama yang tak berapa cantik nak dengar tuu..huhhhu

Nurul Shahira said...

Memang dah boleh dimasukkan sebagai one of main attraction in KL

el said...

usaha yg terbaik lah tahniah pihak yg terlibat

Mrs Pip said...

mmg happy tengok perubahan ni ... cantik sgt.

Aima Hassan said...

Last sekali ke area sini agaknya masa sekolah menengah dulu. Memang tak nampak menarik pun.
Tapi la ni dah cantik, boleh lah nak datang hang out kat sini

Cekgu Norazimah said...

Wow, tak sangka dah berubah macam ni sekali

shamiera osment said...

betul tu..kena lah jaga alam sekitar kan..penat dorang bersihkan...

Eintan Nurfuzie said...

cantik dah sekrang ni kan?

apekinahdotcom said...

Dah cantik macam ni harapnya takdela orang yang merosakkan keindahan River Of Life ni

marshalizadotcom said...

Cantik betul dorang transformkan sungai

khatyaiman said...

cantik sekarang ni, sungai dibandar lagi menarik waktu malam sebab ada neon yang sedap mata memandang.

iam.umifuzy said...

Dah makin cantik sungai ni

iam.umifuzy said...

Dah makin cantik sungai ni

Sayidah Napisah said...

nampak cantik wohh. tapi tak pernah jejak lagi