Total Pageviews

Permainan ‘Jom Cabar’ Kini Di hurr.tv


Korang pernah dengar mengenai hurr.tv? Kalau nak tahu hurr.tv adalah sebuah laman online gaya hidup dan platform strim video di Malaysia. Baru sahaja diperkenalkan tetapi hurr.tv dah makin maju!



Permainan Jom Cabar Di hurr.tv

Terbaru, hurr.tv  telah memperkenalkan sebuah program permainan interaktif ‘Jom Cabar’ menampilkan personaliti media sosial bersama pelajar-pelajar universiti dan kolej tempatan yang bersaing dalam beberapa siri cabaran khas. 



Program ini disiarkan di laman web www.hurr.tv setiap hari Jumaat, bermula 13 April 2018 hingga 11 Mei 2018 pada jam 6.00 petang dengan keseluruhan lima episod web.

Kerjasama IPT Tempatan

‘Jom Cabar’ adalah program penutup yang dilakukan dalam siri jelajah Kempen Media Sosial FYI (singkatan Facebook, YouTube, Instagram) anjuran hurr.tv di lima universiti dan kolej tempatan iaitu Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Teknologi Mara (UiTM), Universiti Multimedia Malaysia (MMU), Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) dan Universiti Selangor (UNISEL). Ia membabitkan perlawanan di antara personaliti media sosial seperti Faizdickie, Ucop, Zukie dan Dr. Say Shazril bersama pelajar- pelajar. Untung betul dorang dapat jumpa orang-orang femes ni kan!



Konsep Jom Cabar

Mesti korang tertanya macam mana game ni berlangsung kan? Konsep ‘Jom Cabar’ membabitkan tiga cabaran berlainan. Cabaran pertama adalah permainan ayat di mana dalam sesi ini personaliti media sosial akan membacakan perkataan yang berbelit atau ‘tongue twister’. Pelajar kemudiannya perlu menyebut perkataan tersebut secara berturutan atau secara terbalik.



Cabaran kedua pula membabitkan permainan fizikal. Personaliti media sosial bersama pelajar perlu bermain beberapa jenis permainan seperti badminton dan bola. Permainan ini nampak mudah, namun dengan olahan atau ‘twist’ yang direka oleh pihak produksi, pelajar pastinya mempunyai kesukaran untuk memenangi segmen berkenaan.

Manakala cabaran ketiga pula adalah permainan ‘Gun-Ba-Ka’ atau lebih dikenali sebagai permainan tangan ‘Gunting-Batu-Kertas’. Uniknya, cabaran ini akan menampilkan dua personaliti media sosial bersama seorang pelajar. Jika seperti kebiasaan permainan ini membabitkan sebelah tangan sahaja, namun ‘Gun-Ba-Ka’ memerlukan pelajar menggunakan kedua-dua belah tangan untuk memenangi segmen berkenaan menewaskan personality personaliti terbabit.


Hadiah Menarik Untuk Peserta


Yang bestnya lagi untuk pelajar yang join dorang berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik termasuklah hadiah utama iaitu sebuah telefon pintar Oppo F5.



Episod web pertama ‘Jom Cabar’ membabitkan personaliti media sosial Ucop dan Faizdickie bersama pelajar-pelajar UKM. Manakal episod web kedua pula, saksikan aksi personaliti media sosial Dr Say Shazril dan Kak Leha Bunting (Faizdickie) bersama pelajar-pelajar UiTM. Meriah weh! Untuk korang yang terlepas, boleh je lihat kembali di 



Jangan lupa saksikan ‘Jom Cabar’ setiap hari Jumaat, jam 6.00 petang di www.hurr.tv.  

No comments: