Meriahnya Berbuka Di The Westin Kuala Lumpur!
Rasanya The Westin Kuala Lumpur antara salah satu lokasi berbuka terbaik pernah aku cover. Malah jika tahun sudah dikira sebagai tahun kedua aku review hotel ini. Akan tetapi tahun ni aku tak dapat datang sebab bertembung dengan a few event penyudahnya hantar wakil je pergi.
Buffet Juadah Kampung !
Meskipun begitu, wakil aku cakap tahun ini punya buffet sangat meriah! Mana tidaknya, tahun ini mereka menyajikan juadah Iftar kampung sebagai temanya yang merangkumi pelbagai masakan asli kampung di seluruh dunia!
Menu Wajib Cuba
Okay kalau datang setiap tempat mesti korang nak tahu kan menu apa yang wajib cuba dekat sini bukan?
Di The Westin, korang wajib cuba Assam Pedas Claypot (Fish with Spicy Tumeric Coconut), Ayam Bakar Sambal Kelapa (Roasted Chicken with Coconut Chili Paste), Gulai Keting Kambing Keluak (Lamb Curry with Kepayang fruit), signature Westin Biryani accompanied by Roasted Whole Lamb complemented with Mint Sauce and Lamb Jus dan banyak lagi. Terliur tak?
Makan Durian Sampai Puas!
Yang ini paling best! Sebabnya dekat The Westinm dorang ada buat kendurian weh! Dan boleh makan sampai puas. Cuma tambah RM18nett dan all the durians is yours! Tak nak buffet ramadan tapi nak durian juga? Jangan risau korang pun boleh makan sepuasnya dengan harga RM48nett seorang
Jadi jangan lupa tau untuk tempah berbuka disini kerana mereka hanya sediakan buffet sehingga 12 Jun sahaja!
Harga Dewasa : RM158nett
THE WESTIN KUALA LUMPUR
199, Jalan Bukit Bintang
55100 Kuala Lumpur
Malaysia
T +6 03.2731.8333
F +6 03.2731.8000
Westin.com/kualalumpur
No comments:
Post a Comment