Buffet Ramadan Terbaik Di Kuala Lumpur : Sheraton Imperial Kuala Lumpur Hotel
Untuk korang yang tidak kisah dengan harga dan ingin mencari lokasi buffet ramadan terbaik di Kuala Lumpur, ingin aku perkenalkan Sheraton Imperial Kuala Lumpur Hotel yang menawarkan pelbagai pilihan untuk berbuka puasa tahun ini.
‘Ramadhan Chefs Out’ Untuk Penggemar Makanan Laut
Untuk anda yang sukakan makanan laut, sila beri perhatian kerana selain dari sajian melayu, hotel ini dengan bangganya telah memperkenalkan ‘Ramadhan Chefs Out’ , makanan laut yang disajikan terus untuk korang di atas meja. Pendek kata ala-ala Shell out gitu!
Lebih Dari 300 Menu Tersedia
Bukan itu sahaja, apa yang aku suka makan dekat sini adalah kerana korang bakal menikmati lebih daripada 300 sajian dari masakan tradisional Melayu, kegemaran tempatan dan juga hidangan antarabangsa.
Antaranya seperti Ayam Panggang Perchik Ala Kelantan Essence (Chicken Perchik), Sambal Daging Batang Pinang dengan Terung Pipit, Gulai Kawah Rusuk Lembu (Lembu Rib Stew) dan Asam Pedas Special (Ikan Asam) dan dari hidangan bufet sepanjang 120 meter.
Kambing Bakar Juga Ada!
Tak lengkap kalau sesuatu tempat itu di bulan ramadan ini kalau tak sediakan juadah kambing bakar bukan? Benar, disini juga ada tau dan disediakan istimewa bersama nasi mandi dan stesen memasak secara langsung (live cooking) yang memaparkan Ikan Bakar, Satay dengan kuah kacang dan banyak sangat! 300 lebih ye!
f
Harga Berbuka Di Sheraton Imperial Kuala Lumpur
Nak makan disini? Tempah segera sehingga 12 Jun 2018. Untuk dewasa harganya adalah RM 158 nettdan kanak-kanak dari umur 9-12 tahun boleh menikmati diskaun 50%.
Telefon: 03 2717 9933
Email : Essence.Venue@sheraton.com
19 comments:
Sedapnya semua menu ni. Tapi akak paling tertarik dwngan makanan laut dan ayam percik kelantan tu. Sedap bukan main! Untuk berbuka puasa sebenarnya kalo akk, akk akan pilih tempat makan yang selesa yang mudah nak tunaikan solat selepas berbuka dan makanan yang sedap..harga belakang kira. Sebab kekadang ada tempat yg tawarkan harga murah tapi rasa agak kurang kena ditekak..nanti boleh la try berbuka di sini pulak
Mata Rawlins terus tercari-cari desserts. Memang takleh tahan kalau pergi hotel, mesti desserts yang jadi tumpuan Rawlins. Hehe.
300 menu? Mau kenyang sampai berbuka esok hari, kalau berjaya selesaikan kesemua menu tu kan.
Penggemar makanan laut, sure teringat-ingat nak berbuka kat sini. Pernah dengar feedback buffet berbuka sini seafood dia terbaik.
Sesekali nak ubah selera kat hotel yang five star ok gak kan..banyaknya pilihan kat sini..semuanya buat akak terliur sebab semuanya antara makanan kegemaran akak, sapa tak suka masakan melayu tradisional kan...
Mak oi! Sampai 300 menu tu! Kalau macam nilah, nak bayar RM300 pun taklah ralat sangat sebab yang penting sedap, kenyang dan selesa. Tapi dari gambar-gambar abang ni pun, nampak sedap-sedap juga menunya ya!
wow makanan buffet nampak sedap dan menyelerakan dekorasi hotel dan buffet pun sangat cantik.. boleh try ni
Wow. 300 menu and that really a lot. The Satay, grill lamb, kuih muih, curry and etc really nice and stomach feel hungry. Ramadhan time is the best time to enjoy nice Ramadhan Buffet. Happy Fasting to you.
haaa ambik kau...300 sajian? kalau 100 sajian pun belum tentu kita dapat rasa semua kan..ni mesti mau sampai diaorg tutup outlet baru boleh balik kot..tapi Sheraton mmg food dia sedap..dulu la ..sekarang tak pasti..
kalo p buffet ramadhan..pasti kambing bakar org serbu dlu ..dessert tu fav juga...menu lain menyelerakan juga tu..selamat berpuasa
Bestnya kalau dapat pergi buffet ramadan ni. Banyak betul pilihan makanan. Lebih 300 hidangan tu. Semuanya sedap-sedap. Terliur juga lah dibuatnya ni.
RM158 dengan 300 juadah makanan. For me okaylah berbaloi kan. Favorite mestilah kambing bkar dengan dessert. Terliur dah ni.
banyaknya hidangan laut semuanya menarik. tapi tempat buka puasa ni mmg esklusif kan, hehehehe...org have g=have jer mampu ni,heheh btw pilihan menu pun banyak agak berbaloi jugak
Fuyooo..tengok hidangan di nampak mewah sangat, takut pulak nak makan..hehehe. Untunglah siapa dapat berbuka kat Hotel ni, sis tunggu orang belanja je baru leh pergi..hehehe
suka dengan kelainan buffet buka puasa di sheraton imperial kuala lumpur nie. mmg tak jumpa lagi di hotel lain yang buat konsep sheel out pd pengunjung yg berbuka di sini. harga pula sesuai dgn hidangan yg ditawarkan. best !
Ruginya tak folow ritu. Tp apa kan daya xde dalam kawasan.
Drooling.. syok nya dapat berbuka puasa di sini.. nampak nya enak sekali makanan di sini.. lapar lah..
Owh mak ai. 300 lebih makanan. Boleh Peng San gini pilih makanan yang nak makan. Semuanya sedap plak tu. Baru je plan diet bulan pose ni. Ade juga cheat day nanti.haha
The food looks delicious and it's.quite unbelievable to have 309 choices to choose, this will solve the problem of not knowing what to eat because everything is here.
pergh banyaknya sehingga 300 menu? confirm rambang mata nak cuba menu mana satu kalau ciktom yang suka makan ni. hahaha... tgok semua kuih muih dia menarik dan banyak pilihan sbb ciktom suka makan kuih dulu utk berbuka sebelum makan berat. blh msk wishlist tmpt berbuka kat sini..
Post a Comment