Baju Raya Sedondon Terbaik 2018 Dari Cirgaro
Pejam celik minggu pertama puasa dah nak habis. Dan aku
yakin dan pasti ada diantara korang yang dah rancang untuk buat persiapan raya
kerana tidak mahu membuat persiapan di minit-minit terakhir.
Trend Baju Sedondon
Untuk tahun ini, korang dah plan ke nak cari baju dan warna
apa? Selalunya kalau nak meriah, saban tahun pasti keluarga kita akan tetapkan
tema warna untuk pastikan raya nanti semua ahli keluarga memakai warna yang
sedondon. Kalau macam aku tahun lepas warna jingga tahun ni tak set lagi.
Itulah yang merisaukan sebenarnya. Sebab apa? Tiba-tiba nanti cakap nak warna
biru, ada pula ahli keluarga kita yang beli warna biru laut lah biru tua lah.
Baju Raya Sedondon Terbaik Dari Cirgaro
Kali ini, suka untuk aku kongsikan penyelesaiannya dimana
sebuah jenama pakaian terkenal, Cirgaro tampil dengan idea koleksi
sedondon baik lelaki mahupun perempuan,. Jadi untuk pastikan korang sedondon
satu keluarga nanti, suruh ahli keluarga korang pilih warna di Cirgaro. Jadi
untuk beli kemudian pun tidak ada masalah kerana di Cirgaro warna tersebut
sememangnya dibuat khas untuk pakaian sedondon.
Tahun Kedua Dengan Cirgaro
Aku berani jamin kualiti pakaian Cirgaro adalah terbaik dan
eksklusif. Sebabnya Insyallah tahun ini adalah tahun kedua aku akan pakai
jenama ini. Tahun lepas aku berkesempatan untuk memakai Kurta Neo hasil
keluaran Cirgaro dimana rata-ratanya memuji kecantikan nya. Malah fabric yang
digunakan adalah selesa dan masih sedap dipakai sehingga ke hari ini. Bukan setakat kurta ya, baju melayu , baju melayu moden, baju kurung, baju kurung moden dan banyak lagi semuanya ada disini. Oh ya kalau nak cari baju raya yang trending dan hot pula ada disini tak percaya tengok Blog Putery Memory dia ada tulis pasal ini! (klik pada nama)
Di Cirgaro, satu jaminan mereka adalah mereka sentiasa
mendengar feedback customers bagi memastikan pakaian yang dipakai pelanggan
memuaskan hati mereka. Malah saiz yang ditawarkan bukanlah sekadar tangkap
muat dan mereka boleh membuat
penghantaran pakaian Cirgaro ke seluruh dunia.
Koleksi Sedondon Cirgaro 2018
Jika tahun lepas Cirgaro telah memperkenalkan
· Kurta
Bangsawan berpasangan dengan Baju Kurung Daisy / Primadona Tunic
· Kurta
King berpasangan dengan Baju Kurung Kebaya Moden Queen.
· Kurta
Neo berpasangan dengan Baju Kurung Moden Nia.
· Kurta Teluk Belanga berpasangan dengan Baju Kurung Moden Iris
· Kemeja Denim Couple Set
Kali ini, Cirgaro sekali lagi telah memperkenalkan couple set
yang tampil dengan rekaan baru selepas mengambil kira permintaan yang sangat
mengalakkan pada tahun lepas.
Untuk koleksi sedondon atau couple set 2018, perkenalkan koleksi
Couple Set & Sedondon Baju Melayu Moden dan Baju Kurung
Moden Allysa Luxe Peplum.
Couple Set & Sedondon Kurta King Luxe
dan Baju Kurung Moden Rossetta
Luxe Peplum
Baju Sedondon (Couple Set) Kurta King Luxe
dan Baju Kurung
Queen Luxe.
Baju Sedondon & Couple Set Kurta Moden Uno V3 dan
Mini Kurung Camellia Luxe.
Baju Sedondon & Couple Set Kurta Moden Uno V3 dan
Baju Kurung
Moden Adelia Lacey.
Baju Sedondon & Couple Set Kemeja Batik Cirgaro
dan Batik Cirgaro
Kebaya - Couple set batik pertama di Malaysia.
Dimana Mahu Dapatkan Koleksi Cirgaro?
Menarik bukan semua koleksi diatas ? Untuk korang yang
tertany-tanya dimanakah lokasi untuk dapatkan koleksi Cirgaro, korang boleh
dapatkan di Butik fizikal mereka yang terletak di Plaza Shah Alam, Seksyen 9.
Jika tidak, korang boleh dapatkan juga di booth mereka yang kini telah dibuka
di Plaza Shah Alam dan Aeon Mall Shah Alam. Jangan lupa dapatkan koleksi ini di Cirgaro dan melaram
sakan di hari raya!
Website : https://cirgaro.com/
Facebook : https://www.facebook.com/cirgaroapparel
Instagram : https://www.instagram.com/cirgaroapparel/
Contact No : 017-6055338
Alamat :
Butik Cirgaro Apparel ,
Lot F4A, First Floor Plaza Shah Alam
No. 2, Jalan Tengku Ampuan Zabedah E9/E,
Seksyen 9, 40100 Shah Alam, Selangor
Booth Raya
Ground Floor Plaza Shah Alam
(berhadapan Giordano)
atau
Ground Floor Aeon Shah Alam
(berhadapan Padini)
Waktu Operasi
10 pagi - 10 malam ,
setiap hari sehingga malam raya
19 comments:
ya ampun cantik-cantik belaka bajunya tapi k lily berkenan yang couple set tuh, tapi sure plak ada saiz beso ke idok kan... ermmm ni kena singgah nie
This is cute whereby you can dress same design with your couple. I like the Kurta style and it looks modern. And the color is vibrant and fashionable.
Design yg menarik drp Cirgaro. Harapnya material dan harganya pun mesti yang terbaik juga. Boleh kami masok dlm list. Tak cari lagi baju raya ni..
Cantik tengok orang mengayakan baju sedondon..sis tak ada sape nak sedondong dengan sis..huhuhu. Sedondong gan anak dara sis ni aje lah..hehehe
Akak memang every year shopping baju kat Plaza Shah Alam ni..gigih jauh pi sini sebab banyak pilihan..bleh la akak terjah Cirgaro butik nanti..cantik baju dia..
Wahh..senang skrg ni nak cari baju cantik exclusive dan murah kat shah alam..hilma baru balik dari sana..memang betul byk pilihan..cantik2 belakonhehe
Baju raya so nice and I wanted to have a set with my husband too. Will get it by Raya so that we could wear it when visiting Muslim friends.
Seronok bila dah makin banyak pilihan sekarang untuk baju lelaki dan wanita
Tapi at times, pening nak pilih yang mana satu kan?
Cantiknya semua koleksi cirgaro ni. Hmm nak beli ke tidak ye hihi. Serius memang semua koleksi dia up to date. Warna dia pun tak terlalu terang.
Baju Raya Sedondon Cirgaro nampak sangat menarik, Kalau ada pelbagai saiz mesti ramai yang akan beli, sebab semua family sekarang jadi trend baju sedondon! Kalau ke Shah Alam nanti bolehlah singgah thanks sharing info...
comelnya kalau dapat pakai sedondon hehehe..cantik2 juga rekaan baju kat sini kan semua menarik..rambang mata nak pilih
Tertarik la dengan semua fesyen baju untuk tahun 2018 dari Cirgaro ni. memang design yang trendy dan sesuai sangat di pakai waktu raya nanti. Nak beli la sepasang dengan suami nanti
First time dgr nama ni.. tp mmg cantik la koleksi baju sedondon wanita tu.. nampak ada class dan material terbaik..rekaan up to date jugak
Cantiknya koleksi2 dekat cigaro nie Khai. Mmg cantik sgt kalau satu family pkai sedondon walaupon certain ckp mcm kumpulan boria. Nk jugak lh usha nanti
Koleksi baju Dan warna di Cirgaro memang menarik Dan sesuai sangat untuk pasangan yng mencari baju sedondon di hari raya. Rekaan juga trendy & banyak pilihan. Rasa nak pergi shah alam skrg cari jenama ni.
Kalau bujang x kisah sangat nak sedonson dengan pasangan kot.tapi kalau suami isteri nak nak dah ada anak memang nak sedondon.tahun nih memang sedondon dengan anak anak.suami saja tak sebab x dapat beraya sama sama. Tapi koleksi baju raya ni semua cantik cantik.
Sedondon la best, baru org tau kita boria satu keluarga. Trend ni pun baru je nak up balik.
wa macam gaya sangat. time to shopping for new clothes to the Raya. Enjoy shopping ya!
memang cantiklah. baguslah macam ni tak payah susah-susah cari baju sedondon. kebaya tu nmpak sesuai untuk mak.
Post a Comment