Total Pageviews

Kecewa Dengan TGV Cinemas


Actually bukanlah niat aku untuk jatuhkan mana-mana jenama dekat sini. Cumanya perasaan terkilan yang tidak terhingga membuatkan aku tergerak hati untuk tulis artikel ini.


Pengurusan TGV Masih Lemah!

Dulu aku selalu je support TGV, selain kempen kalau untuk tengok movie pun TGV adalah pilihan utama aku. Kalau setakat walk in, tiada masalah tetapi kalau korang guna pembelian secara Online Yes! Ini adalah masalahnya dan aku sekali lagi alaminya. Suka untuk aku throwback balik sebelum ini, ada beberapa masalah mengenai sistem bayaran TGV. Kalau dulu aku tak boleh buat langsung booking alasan dorang adalah kerana sistem down. Okay tak apa itu boleh dimaafkan.

Bayaran Diterima  Tetapi Tiket Tak Dapat



Cerita dia minggu ni ramai yang  menunggu untuk menonton filem Avengers Infinity War dan kebanyakan panggung sudah pun sold out tiket ini pada hari pertama dan kedua tayangannya.



 Aku pun as die hard fans  filem Marvels , sempat  lah beli pada Isnin haritu, dan dapat resit menyatakan pembayaran diterima. Selalu beli online akan terima satu lagi email iaitu tiket filem tersebut. Tapi disebabkan kerja banyak dan aku pun lupa nak semak balik terus assume akan dapat email pengesahan.

Tiket Tiada Dalam Rekod

Nak dijadikan cerita semalam masa nak semak email pengesahan itu, aku check TAK ADA! Okay aku dah gelabah kejap. So aku pun call la dorang punya khidmat pelanggan dan kedengaran dia beroperasi dari jam 9 pagi – 9 malam. Kali pertama call tak angkat, dua kali tak angkat dan kali ketiga pun sama. Kecewa sekejap.

So aku pun dm la twitter account dia dengan harapan akan dibalas so around 5-10 minit camtu dorang pun balas dengan minta butiran maklumat. Mujur juga aku sempat print screen nombor seat sebab nak tunjuk dekat member seating yang mana.  40 minit kemudian dia reply cakap tiada dalam rekod untuk pembelian tersebut.



Dem!! I was like … urghh gila geram kot how come on my fav movie this thing boleh jadi? Dia cakap akan pulangkan duit dalam masa 14 hari bekerja. Aku tak kisah pasal duit, tapi pasal keinginan nak tengok tu, then dapat tau takde dan kau dah janji dengan orang untuk tengok terpaksa dilupakan macam tu je. Nak beli tiket lain semua SOLD OUT.

Okay the thing is, aku tak marah sangat pasal tiket tak de dalam rekod. Mungkin ada technical problem or so on. Tapi yang aku marah sangat kenapalah tak angkat call!  Banyak kali call, then suruh tunggu then talian diputuskan. Ini bukan first time tapi banyak kali juga dulu jadi benda yang sama. 

Perlu Penambahbaikan 

Serius aku emo gila semalam sampai patahkan membership TGV  tanda bengang dengan management dorang. Langsung tak ada penambahbaikan!  Rasanya panggung wayang lain sistem dorang lebih sistematik dan mudah. Too bad TGV,  I IS DISSAPOINTED WITH YOU! Hopefully you guys improve on this and be more efficient.

Sincerely.

Your ex fans 

5 comments:

amirnawawi said...

Hahahahahaha. Istighfar bang istighfar.

Unknown said...

baru terbaca ni.. aduhh sy terkena jgk ni.. dah buat membayaran tapi email ape2 pun tak dapat dari TgV.. so mcm mana ni ye.. tgv bayar balik ke kalai mcm tu..

Unknown said...

baru terbaca ni.. aduhh sy terkena jgk ni.. dah buat membayaran tapi email ape2 pun tak dapat dari TgV.. so mcm mana ni ye.. tgv bayar balik ke kalai mcm tu..

lina said...

baru terbaca ni.. aduhh sy terkena jgk ni.. dah buat membayaran tapi email ape2 pun tak dapat dari TgV.. so mcm mana ni ye.. tgv bayar balik ke kalai mcm tu..

Unknown said...

Aku baru kena siot...sakai hilang 43 ringgit bongok betoii...baik beli kat kaunter wayang je terus ....tapi kan ada Id order number boleh check ke