Kecewa Dengan TGV Cinemas
Actually bukanlah niat aku untuk jatuhkan mana-mana jenama
dekat sini. Cumanya perasaan terkilan yang tidak terhingga membuatkan aku
tergerak hati untuk tulis artikel ini.
Pengurusan TGV Masih Lemah!
Dulu aku selalu je support TGV, selain kempen kalau untuk
tengok movie pun TGV adalah pilihan utama aku. Kalau setakat walk in, tiada
masalah tetapi kalau korang guna pembelian secara Online Yes! Ini adalah
masalahnya dan aku sekali lagi alaminya. Suka untuk aku throwback balik sebelum
ini, ada beberapa masalah mengenai sistem bayaran TGV. Kalau dulu aku tak boleh
buat langsung booking alasan dorang adalah kerana sistem down. Okay tak apa itu
boleh dimaafkan.
Bayaran Diterima
Tetapi Tiket Tak Dapat
Cerita dia minggu ni ramai yang menunggu untuk menonton filem Avengers
Infinity War dan kebanyakan panggung sudah pun sold out tiket ini pada hari
pertama dan kedua tayangannya.
Aku pun as die hard fans filem Marvels , sempat lah beli pada Isnin haritu, dan dapat resit
menyatakan pembayaran diterima. Selalu beli online akan terima satu lagi email
iaitu tiket filem tersebut. Tapi disebabkan kerja banyak dan aku pun lupa nak
semak balik terus assume akan dapat email pengesahan.
Tiket Tiada Dalam Rekod
Nak dijadikan cerita semalam masa nak semak email pengesahan
itu, aku check TAK ADA! Okay aku dah gelabah kejap. So aku pun call la dorang
punya khidmat pelanggan dan kedengaran dia beroperasi dari jam 9 pagi – 9
malam. Kali pertama call tak angkat, dua kali tak angkat dan kali ketiga pun
sama. Kecewa sekejap.
So aku pun dm la twitter account dia dengan harapan akan
dibalas so around 5-10 minit camtu dorang pun balas dengan minta butiran
maklumat. Mujur juga aku sempat print screen nombor seat sebab nak tunjuk dekat
member seating yang mana. 40 minit kemudian
dia reply cakap tiada dalam rekod untuk pembelian tersebut.
Dem!! I was like … urghh gila geram kot how come on my fav
movie this thing boleh jadi? Dia cakap akan pulangkan duit dalam masa 14 hari
bekerja. Aku tak kisah pasal duit, tapi pasal keinginan nak tengok tu, then
dapat tau takde dan kau dah janji dengan orang untuk tengok terpaksa dilupakan
macam tu je. Nak beli tiket lain semua SOLD OUT.
Okay the thing is, aku tak marah sangat pasal tiket tak de
dalam rekod. Mungkin ada technical problem or so on. Tapi yang aku marah sangat
kenapalah tak angkat call! Banyak kali
call, then suruh tunggu then talian diputuskan. Ini bukan first time tapi
banyak kali juga dulu jadi benda yang sama.
Serius aku emo gila semalam sampai patahkan membership
TGV tanda bengang dengan management
dorang. Langsung tak ada penambahbaikan!
Rasanya panggung wayang lain sistem dorang lebih sistematik dan mudah.
Too bad TGV, I IS DISSAPOINTED WITH YOU!
Hopefully you guys improve on this and be more efficient.
Sincerely.
Your ex fans
5 comments:
Hahahahahaha. Istighfar bang istighfar.
baru terbaca ni.. aduhh sy terkena jgk ni.. dah buat membayaran tapi email ape2 pun tak dapat dari TgV.. so mcm mana ni ye.. tgv bayar balik ke kalai mcm tu..
baru terbaca ni.. aduhh sy terkena jgk ni.. dah buat membayaran tapi email ape2 pun tak dapat dari TgV.. so mcm mana ni ye.. tgv bayar balik ke kalai mcm tu..
baru terbaca ni.. aduhh sy terkena jgk ni.. dah buat membayaran tapi email ape2 pun tak dapat dari TgV.. so mcm mana ni ye.. tgv bayar balik ke kalai mcm tu..
Aku baru kena siot...sakai hilang 43 ringgit bongok betoii...baik beli kat kaunter wayang je terus ....tapi kan ada Id order number boleh check ke
Post a Comment