Jatuh Cinta Dengan Teknologi Lebih Baik Daripada Orang?
Siapa suka gajet? Kalau Ya, kita geng! Selalunya yang suka teknologi orang lelaki je. Jarang kalau nak dengar atau nampak orang perempuan yang taksub dengan gajet ni kan?
Sanggup Menghabiskan Duit Untuk Teknologi!
Macam aku sendiri, boleh katakan aku dah habis ribuan ringgit untuk dapatkan teknologi atau gajet yang aku suka. Semuanya sejak aku break up dengan someone 5-6 tahun lepas. Lepas tu forever alone..LOL.
Namakan sahaja kamera, telefon bimbit, iPad. Laptop semua aku beli weh! Hahaha izinkan aku list down senarai gajet aku.
- iPhone 5S- Masa beli around RM2700
- Xiaomi Note 4 -RM700
- ipad - (Rembat adik aku punya)
- Macbook - RM4000
- Sony A6000- RM2800
- TV Sony 49 Inci - RM 1700
- PS4 Pro -RM2300
Total = RM10,602
Haa korang nampak! Lebih daripada 10 ribu aku spend untuk teknologi sahaja. Bila kira balik fuhh tak sangka aku dah banyak habiskan duit. Tapi so far aku happy je
Remaja Sekarang Lebih Suka Pada Teknologi Berbanding Bergaul
Setuju tak dengan kenyataan di atas? Hakikatnya YES! Aku sendiri kadang alami benda tu. Bayangkan lah pernah aku tak nak balik kampung sebab tak ada Wifi! Korang pergi je lah mana - mana pun, paling hampir cuba tengok di restoran. Kebanyakannya akan keluar telefon bimbit then main telefon masing - masing bukan?
Pengurusan Kewangan
Bila dah banyak habiskan duit, macam mana pula dengan simpanan kewangan korang? Korang tahu tak statistik dalam Indeks Perhubungan Prudential 2017 menunjukkan 62% lelaki lebih suka komited pada teknologi seperti telefon bimbit berbanding hubungan sesama pasangan. Okay aku salah seorangnya.
Sebagai contohnya, aku baru bekerja, tetapi bulan ke 6 macam tu baru sedar nak buat simpanan. Kalau korang baru sedar its okay guys! Better late than never Macam aku ada 3 bank dan 2 tabung which is :
Maybank : Duit Masuk ( gaji) dan duit belanja
CIMB 1 : Saving sebulan RM500
CIMB 2 : Duit Blog (Review etc)
Tabung RM 5
Tabung Duit Syiling
Haa itu yang aku punyalah. Lain orang lain caranya bukan? Kalau tengok pada statistik ini juga, Prudential dah analisis bahawa rakyat Malaysia sememangnya masih lagi dalam keadaan 'bimbang' dengan simpanan mereka yang tak mencukupi.
Walaupun hanya 59% namun ianya satu petanda yang bagus sebab daripada mereka yang perasan akan cukup tetapi hakikatnya tak mencukupi lagi bahaya bukan?
Tapi untuk salahkan teknologi 100% tidak juga. Sebab melalui teknologi juga lah dapat membantu dari segi kewangan. Macam mana? Banyak sebenarnya! Selain daripada penyebaran maklumat kewangan, teknologi aplikasi yang canggih juga banyak membantu.
Macam aku, ada aplikasi catat perbelanjaan yang aku dah belanja. Worth it! Dan Prudential pun dah catatkan dalam Indeks Perhubungan Prudential 2017 tu dimana 83% rakyat Malaysia bersetuju teknologi membantu mereka merancang kewangan lebih mudah dan lebih baik.
Oh untuk tau pasal lebih mendalam aku galakkan korang test ujian relationshiop quiz ni. Macam aku test dengan Amir Nawawi sebagai rakan blogger, jawapan dia... tadaa! ( klik sini kalau nak cuba)
ko rasa? hahaha |
Jadi pesan aku, tak salah untuk minat teknologi, tapi berpada - pada lah ye! Nak tahu mengenai Indeks Perhubungan Prudential? Jangan lupa klik SINI
20 comments:
sampai macam tu sekali kan. betul lah perempuan jarang suka sangat gadget ni. sebab budget pun betul juga. kita beli HP ansur-ansur je wak, under Celcom. kadang-kadang Hotlink ada buat bundle package.
Ooo begitu caranya.
Baguslah kalau begitu cara pengurusan anda.
Keep it up and hope the best for your financial freedom
Hai Khairiah. Done follow ur blog.
Mcm Aida, now, x brape addicted to gajet.
Sebab da tua kot ha ha ha...
Pe yg ada perlu utk keje je la.
As for saving, hmmmm byk cabang :-)
Akaun anak-anak ke memasing ada 3 akaun hu hu hu utk masa depan.
Bestnya artikel awak ni...serius membuka mata. Kadang kan manusia ni jenis emosi so saya Sendiri selalu pujuk ati ckp baik berkawan ngan teknologi dari manusia. Hahaha
ooo patutla awak single sampai sekarang. hehehhehe.
bagus susunan simpanan. banyak juga sebulan dr cimb 1. cimb 2 tu sgt2 cenggini. as long jgn diusik kecuali emergency. ekonomi skrg sgt x stable.
kalau boleh share lah aplikasi yg khai guna selepas belanja.
boleh ramai sahabat guna juga..
Nasib tak gila gajet sangat...suka yg penting2...macam laptop n fon ja...
Simpanan sekarang ni pun ada dekat ASB..Tabung Haji..duit syiling dan tabung oren
Sebab teknologi kita break up ke? Sadisnya hubungan kita itu baby.
Haha.
Same here - Rawlins terperangkap dengan hubungan with Apple. Hampir semua produk ada - termasuk yang terkini. Iman tak kuat kan haha
Kalau kita boleh bezakan keperluan dan kehendak, kita mesti akan spend duit dengan sebaiknya. Tapi nak habaq mai, eh hampa pon tau la.. duit macam ayaq..laju ja..sama-sama lah kita belajar berjimat dan menabung
I also segregate my saving to several account. Our money have dropped so much and just counted on saving a bit hard. I believe Prudential do offer investment link and can consider it. I do like gadget but not too into in.
Banyak jugak erk Khai spend duit utk gajet. Sampai cecah 10 ribu. Dahsyat tu. Kena cari lah pengganti baru so that xde lah lonely. Hikhik
RM10,602 tu dalam berapa tahun Khai? Hahaha. Kalau kira balik. Kagum betul camana bleh kumpul duit utk beli barang tu semua. Walaupun tunggu bonus, tunggu gaji, tunggu duit blog, tunggu harga murah. Nilai masih mahal. Hahahaha. Well done kepada diri sendiri.
Sis ni bab-bak teknologi ni memang fail. Pakai yang ada ni sampai lah hancus baru le beli baru..hehehe.
Bab menyimpan pun tak ado sb masuknya nan ado..hehehe. Tapi ada jugak lah selit sana sikit sini sikit..demi anak
Tak salah klau gila gadget.. asalkan tak lupa saving ataupun hutang2 yang wajib dibayar dahulu.. klau kira gadget mmg berbaloi klau guna dengan sepenuhnya
Betul, penting untuk tahu ilmu tentang kewangan ni. Nasib baik gadjet tu boleh claim income tax.
Hahaha sama je macam husband ida.
Duit byak spend on techs. Lagi latest barang lagi dia nak khai tapi dia pon ada put aside his money to saving sebab wife dia kuat makan skrg haha
Dah lama plan nak beli macbook tapi nak simpan duit tu payahnya hahaha
Gajet memang penting sekarang, tu yang kadang-kadang bila jumpa kawan2 lain jadinya
Wah you memang kuat berjimat, ada banyak tabung setiap bulan nak isi dengn amount yang konsisten itu la yang payah.
sekarang orang lebih suka bergaul dengan gadget dibaning dengan ornag
Post a Comment