Total Pageviews

Borneo Natural Sukau Bilit Resort Sandakan Berhantu? Ini Pengalaman Aku

Sabah Ok Bah! Kalau korang tanya aku dimanakah lokasi dalam Malaysia yang aku minati, suka untuk aku cakap Terengganu dan Sabah sentiasa ada dalam hati. Bukan setakat dalam Malaysia, malah  antara destinasi kegemaran aku setakat ini jika dibandingkan antara lokasi luar negar ayang pernah aku jelajahi. 




Pertama Kali Ke Sandakan

So baru - baru ini, Alhamdulillah sekali lagi aku berpeluang untuk ke Sabah. Selepas Kota Kinabalu, Semporna dan Tawau, kali ini aku telah menjejakkan kaki ke Sandakan. First time sampai ke sini sebenarnya. Dulu kalau korang masih ingat, ramai yang takut untuk ke Sandakan selepas peristiwa hitam berlaku. Tapi bersaksikan aku sendiri tengok, bandar ini selamat dan tenang! Malah kawalan keselamatan juga telah dipertingkatkan. Untuk tahu apa yang menarik di Sandakan, tunggu next entry ya. 


Pengalaman Di Borneo Natural Sukau Bilit Resort 

Di Sandakan, aku dan beberapa orang blogger yang lain telah ke  Borneo Natural Sukau Bilit Resort yang terletak di Bilit, Sandakan. Banyak benda best kat situ dan sangat tenang! Resort yang aku sangat aku recommend untuk korang yang sukakan flora dan fauna.

 Sebab apa? Terletak sebelah Sungai Kinabatangan dan hutan simpan Borneo, korang boleh tengok macam-macam dekat sini. Malah kedatangan korang dekat sini akan disambut monyet-monyet long tail. Meriah! 

Aktiviti Di Borneo Natural Sukau Bilit Resort

Mesti korang tertanya apa je aktiviti dekat sini kan? Actually sedih tengok tempat yang cantik dan terpelihara macam ni, mostly foreigner yang datang dan bukannya orang tempatan. Hopefully bila aku share ni ramai yang akan alert dengan tempat yang cantik seperti resort ini. 

Okay back to the topic, aktiviti disini sudah tersedia untuk setiap para tetamu yang menginap disini. Macam kiteorang stay 3 hari dua malam. So ini adalah itinerary nya..

HARI PERTAMA 

1.  First naik flight ke Sandakan dari KLIA2.  ( Tiket return RM330 naik AirAsia, beli last minute but still consider as murah) 

2.  Sampai je di Airport Sandakan selepas 2 jam 30 minit perjalanan, naik Uber ke Hotel Sandakan. Bagus juga ada Uber dan airport ini sebab mudah dan murah. Tambang around RM12++ 

3. Dekat Hotel Sandakan kiteorang breakfast dulu di restoran hadapan hotel. Resort transfer jam 11.30 pagi jadi dinasihatkan untuk makan dulu sebab perjalanan ke resort pun ambil masa 2 jam. 

4. Harga pakej (boleh dilihat pada hujung entry) dah termasuk resort transfer. Tibanya di resort, korang akan disambut mesra pekerja resort dan juga monyet -monyet. Fuhh meriah! Hahah







5. Jangan risau, dorang akan sediakan light refreshment sebelum korang berehat dekat bilik after a long journey. Masuk je bilik., tenang dan nyaman weh! Fall in love in the first sight bak kata orang. 

6. Dinasihatkan untuk berehat sebab selepas itu korang akan bersedia untuk evening river cruise di Sungai Kinabatangan. What to prepare? Pakaian yang light, shades, sunblock. Korang akan menyusuri sungai selama hampir 2 jam tau! Apa yang ada dekat sini? 




Fuhh satu yang tak terbeli! Selain buaya, korang juga dapat tengok pelbagai jenis monyet termasuk Si Proboscis dan juga pelbagai jenis burung. 





Dan on the way nak balik ke resort dapat tengok Sunset. Its a big yeay for me! 

7. Dah nak menjelang malam, balik ke bilik bersihkan diri dan get ready for dinner. Untuk malam pertama, ada persembahan malam kebudayaan dari resort ini. Jadi berpoco-poco lah kalian di malam hari. 






Untuk ini aku tak pasti dia tersedia untuk kiteorang sahaja atau datang dalam pakej kumpulan. Sebab malam pertama je ada, malam kedua yang ada tetamu lain, tak ada pula persembahan macam ini. 

8. Night Walk- Dah kenyang bagai, kiteorang masuk ke hutan berhampiran untuk tengok hidupan hutan waktu malam. Dinasihatkan untuk pakai sport shoes kalau tak ada sangat boleh sewa boot lagi safety RM5 je! 





Yang ni best sebab kalau korang nasib baik dalam tengok jutaan bintang berkelip waktu malam dan ada haiwan liar macam kucing hutan sebagainya. 

HARI KEDUA 

1. Seawal jam 5.30 pagi korang dah kena bangun. First untuk tengok sunrise dan kedua tengok buaya yang dikatakan aktif waktu ini. Kiteorang terlajak tidur, so pukul 6 bangun terus naik bot...Yes dengan tak mandi.  Cari punya cari berbaloi weh sebab jumpa buaya yang giler besar. 




Kata orang dekat sini, itu saiz biasa dan ada lagi besar. Fuhh! 

2. Cruise pagi tak lama sangat. Just around 40minit - 1 jam. Habis je aktiviti ini, breakfast then get ready untuk jungle trekking pula. 





So macam biasalah dekat sini korang akan diajar mengenai kehidupan flora dan fauna seterusnya berjalan ke kampung berhampiran. best juga!




3. Meanwhile sementara nak tunggu lunch, kiteorang lepak je dekat area cafe. Dekat sini ada hammock untuk korang tenangkan fikiran dan kalau tak nak balik je bilik, tak ada siapa kacau.

4. Petang tu pula, sekali lagi join river cruise!







 Tapi lagi lama dan lagi best sebabnya layan sunset view, tengok monyet-monyet dan banyak hidupan hutan lain. Sangat meriah! 







5. Di sebelah malamnya pula, macam aku cakap pada hari pertama persembahan kebudayaan tu ada sekali je. So untuk malam ni kiteorang main permainan indoor yang disediakan. Actually its good tau sebab throwback zaman dulu - dulu. Kecoh okay main malam tu 

HARI KETIGA 

1. Hari ketiga ni of course la bersedia nak balik. Dan sebelum balik tu ada lagi morning cruise. Too bad aku tak dapat join sebab secara tiba - tiba sakit teruk malam tu. Serius first time aku rasa macam ni. Explanation panjang di bawah ye. Dekat sini check out jam 8.30 pagi macam tu then akan ada shuttle bas hantar korang balik ke Hotel Sandakan. Mudah.

Borneo Natural Sukau Bilit Resort Sandakan Berhantu? 

Okay let me share you the experience! Betul ke tempat ni berhantu? Malam terakhir tu serius sangat okay siap boleh main Scrabble bagai. Tapi balik je ke bilik tiba-tiba aku rasa semacam. Kaki tak boleh pijak lantai, badan sejuk tapi perut rasa panas. Demam! Mengigil aku weh berselubung tu jangan cakap la dah memang tebal berapa lapis. Sampaikan si Amir urut aku dengan minyak cap kapak satu badan still sejuk. 




Pukul 2 pagi macam tu aku muntah teruk sampai lembik. And guess what? Keluar darah! Aku macam tak percaya, so panggilah Amir untuk sahkan.


mujur ada mamat belakang tu

 Malam tu aku macam sedar tak sedar sampailah ke pagi. Malam tu ada la terasa macam mengigau bagai. Balik dari Sabah terus aku ke klinik. Doktor suspect denggi, tapi aku tak buat follow up pun sebab pagi tu dah okay makan ubat. Tapi betul ke tempat ni berhantu? Ni sum up dia; 

-  first bila masuk tempat orang jangan seronok sangat. Yes betul! Malam tu aku gelak tak ingat dunia tambah pula sebelum tu aku siap pekena kan orang lagi 
- Pastu pernah tak orang pesan jangan nak 'main-main' sangat dengan haiwan. Aku siap namakan monyet macam - macam kot! Tapi sebab nak bergurau mungkin 'ada' yang tidak suka. 

Jadi pesan aku beringatlah ya! Apa pun Borneo Natural Sukau Bilit Resort Sandakan sangat menenangkan! 

Harga untuk Pakej 3D2N - River Safari:
Dormitory - RM385 seorang
Cottage - RM477 seorang (twin share)
Deluxe - RM530 seorang (twin share)

Harga termasuk:
Pengangkutan dari/ke Hotel Sandakan
Guide untuk semua aktiviti 
4x river cruise
1x night walk
1x jungle trekking
Penginapan
Makan dan minum

Harga tidak termasuk:
Barangan kelengkapan lain (sewa)
Perbelanjaan peribadi
Makan dan minum selain dinyatakan
Penginapan tambahan

Tempahan:
+6017 927 9128 (Fred)
+608 921 8372 

Laman web:


Baca juga review 

Ainy Zain - 
Emas Putih - 
Faizal Fredly - 
Amir Nawawi - 
Yanty Lee - 



4 comments:

Hasif Hamsyari said...

Haha almaklumlah.. Kalau dah jumpa geng sekepala kan... Memang seronok tak ingat dunialah namanya. Apapun, betul tu.. Kena selalu beringat dan mengambil langkah berjaga-jaga baik untuk makhluk yang nampak dengan mata kasar mahupun tak. Barulah boleh enjoy keindahan alam ciptaan Tuhan ni. 😃

Yanty Lee said...

Alahai, sampai sakit tapi xpe la janji sekarang dah pulih sihatkan? Tapi masa bila pula pi monyet makan ni. Overall tempat ni okay je, nice place.

Zharif Azis said...

Ouhh Khai rupanya. Hai Khai =)

Bestnya trip macam nie, jauh dari hutan konkrit. Bercuti ke kawasan pedalaman. Dalam masa yang sama agak sedikit seriau sebab ada buaya dekat sungai tu. Ada terbaca dekat blog sape erk hari tu, tak ingat. Aduii lemah semangat melihatnya. Hahahaa

Ainyy Zain said...

Bestla tempat dia. Bila balik duk teringat2 suasana resort dia yang tenang tu. Untuk yang nak lari kejap dari kesibukan bandar, memang sesuai sangatlah ke sini. Datang tenangkan diri buat seketika. Ambil pakej 3H2M pun dah cukup bermakna dah. Balik tu rasa fresh sangat rasa otak ni. So harapnya balik lebih produktif dalam bekerja. Haha.