Total Pageviews

Sunway Lagoon Makin Seronok!

Hampir setiap tahun aku akan menjejakkan kaki ke taman tema Sunway Lagoon. Dulu nak pergi tak  mampu, sekarang Alhamdulillah ada saja rezeki ke sini.


pinjam dari EazyIzzudin.com



Tak Bosan Dengan Sunway Lagoon

One thing korang kena tahu pasal Sunway Lagoon ini yang buatkan aku tak bosan dan orang akan repeat ke sini sebabnya setiap tahun pasti akan ada tarikan dan promosi baru yang giler murah!



 Contohnya setiap tahun aku akan pastikan untuk tidak melepaskan peluang masuk ke rumah hantu terbesar, Fright Night! Serius Best

Ulang Tahun Ke 25




Jangan tak tahu,  Sunway Lagoon ini dah 25 tahun menapak. Sebaya umur aku weh! Tahun 2018 ni dah masuk 26 tahun. So baru – baru ini Sunway Lagoon ada celebrate ulang tahun mereka. 

Bermula dengan pembukaan istimewa dan perbarisan dari penari Sunway Lagoon, aku dan beberapa orang blogger lagi telah dibawa ke  Wildlife Park Sunway Lagoon. Ianya merupakan tarikan sepenuhnya bertemakan haiwan dan berinteraktif pertama di Malaysia.  








Basically Sunway Lagoon is not jut about water theme park. Semua golongan boleh datang ke sini without any excuses! Wildlife Show ini bermula pada pukul 11:20am di Wildlife Theatre dan apa yang aku boleh cakap haiwan disini sangat bijak dan unik. Macam – macam show ada!

Nickelodeon Lost Lagoon 1st In Asia

Datang Sunway Lagoon tak basah tak sah weh! Tapi korang tahu ke dekat sini ada Nickelodeon Lost Lagoon yang merupakan taman tema Nickelodeon pertama di Asia. 



Power! Dan watak – watak seperti SpongeBob SquarePants, Dora the Explorer dan Teenage Mutant Ninja Turtles menanti korang untuk bergambar sekali di sana.

Harga Masuk

Okay tips nak masuk sini ada macam – macam tau. Sebab korang boleh beli pakej, promosi dan walk ini. Pas tahunan tu kalau korang ada chance nak beli, please grab it! 

 Oh ya  sekarang tak silap ada harga FamFun untuk 2 orang dewasa dan 2 kanak-kanak hanya RM390* atau 4-To-Go untuk 4 orang dewasa hanya RM456* atau beli 3 percuma 3 – (Beli 3 dewasa, Percuma 3 Dewasa) pada harga RM510. Ingat pesanan ini sentiasalah update dengan promosi dorang. Or else melepas nanti!

Untuk maklumat lanjut anda boleh layari http://www.sunwaylagoon.com atau hubungi di talian +60356390000.

1 comment:

Hans Hanis said...

lama dah tak pergi sini...kalau pergi nanti nak try vuvuzela dia...hoho