Sunway Lagoon Makin Seronok!
Hampir setiap tahun aku akan menjejakkan kaki ke taman tema
Sunway Lagoon. Dulu nak pergi tak mampu,
sekarang Alhamdulillah ada saja rezeki ke sini.
pinjam dari EazyIzzudin.com |
Tak Bosan Dengan Sunway Lagoon
One thing korang kena tahu pasal Sunway Lagoon ini yang
buatkan aku tak bosan dan orang akan repeat ke sini sebabnya setiap tahun pasti
akan ada tarikan dan promosi baru yang giler murah!
Contohnya setiap tahun aku akan pastikan
untuk tidak melepaskan peluang masuk ke rumah hantu terbesar, Fright Night!
Serius Best
Ulang Tahun Ke 25
Jangan tak tahu, Sunway
Lagoon ini dah 25 tahun menapak. Sebaya umur aku weh! Tahun 2018 ni dah masuk
26 tahun. So baru – baru ini Sunway Lagoon ada celebrate ulang tahun mereka.
Bermula dengan pembukaan istimewa dan perbarisan dari penari Sunway Lagoon, aku
dan beberapa orang blogger lagi telah dibawa ke
Wildlife Park Sunway Lagoon. Ianya merupakan tarikan sepenuhnya
bertemakan haiwan dan berinteraktif pertama di Malaysia.
Basically Sunway Lagoon is not jut about water
theme park. Semua golongan boleh datang ke sini without any excuses! Wildlife
Show ini bermula pada pukul 11:20am di Wildlife Theatre dan apa yang aku boleh
cakap haiwan disini sangat bijak dan unik. Macam – macam show ada!
Nickelodeon Lost Lagoon 1st In Asia
Datang Sunway Lagoon tak basah tak sah weh! Tapi korang tahu
ke dekat sini ada Nickelodeon Lost Lagoon yang merupakan taman tema Nickelodeon
pertama di Asia.
Power! Dan watak – watak seperti SpongeBob SquarePants, Dora
the Explorer dan Teenage Mutant Ninja Turtles menanti korang untuk bergambar
sekali di sana.
Harga Masuk
Okay tips nak masuk sini ada macam – macam tau. Sebab korang
boleh beli pakej, promosi dan walk ini. Pas tahunan tu kalau korang ada chance
nak beli, please grab it!
Oh ya sekarang tak silap ada harga FamFun untuk 2
orang dewasa dan 2 kanak-kanak hanya RM390* atau 4-To-Go untuk 4 orang dewasa
hanya RM456* atau beli 3 percuma 3 – (Beli 3 dewasa, Percuma 3 Dewasa) pada
harga RM510. Ingat pesanan ini sentiasalah update dengan promosi dorang. Or
else melepas nanti!
Untuk maklumat lanjut
anda boleh layari http://www.sunwaylagoon.com atau hubungi di talian
+60356390000.
1 comment:
lama dah tak pergi sini...kalau pergi nanti nak try vuvuzela dia...hoho
Post a Comment