Total Pageviews

Nando’s Coco – Cataplana Peri - Peri Serius Sedap! Wajib Cuba



 As you guys know, aku memang peminat setia Nando’s. Bukan sebab menang setahun Nando’s tapi sebab ayam dia fresh dan dimasak dengan pelbagai teknik khas sesuai sangat untuk korang berdiet!






Fall In Love Dengan Coco - Cataplana


Selain dari ayam peri – peri yang terkenal, Nando’s kini telah perkenalkan Coco- Cataplana yang kini boleh didapati di semua outlet Nando’s sebagai pembuka tirai 2018. Aku dah cuba makan Coco - Cataplana ni, serius sedap weh! Gonna be my favourite after this.



Apa itu Coco - Cataplana?


Mesti korang tertanya apa Coco - Cataplana ni dah bagaimana rasanya bukan?  Dalam hidangan ini, ianya merupakan gabungan ¼ ayam panggang api peri – peri Nando’s yang korang boleh pilih flavor mengikut kegemaran korang. Then dalam mangkuk khas Nandos ayam ini bakal dihidangkan bersama sos khas Cataplana, nasi mediterrranean, sayur – sayuran panggang bersama limau dan ketumbar. 



Padu weh! Bila makan terasa lemaknya yang berkrim. Wajib cuba! Menariknya lagi menu ini, korang boleh nikmati seorang mahupun berdua. Kenyang gilos. Sebagai pelengkap order air Citrus Iced Tea!

Harga Coco -  Cataplana




Kalau nak tahu, hidangan ini berharga RM29.90. Mahal? Well guys for me its worth to try. Sebab korang akan dapat gabungan rasa Malaysia, Portugis dan Afrika Selatan dalam satu menu. Definitely aku akan cuba lagi dan lagi. Untuk maklumat lanjut mengenai menu dan promosi Nando’s layari www.nandos.my. Cant wait for this March~ 

No comments: