Itinerary Ke Kashmir, Agra dan Delhi- Part 1
10 Hari 9 Malam trip. (08 - 17 Sept 2017)
Ampun kelewatan nak hapdate entry beberapa bulan lepas ke Delhi and Kashmir sebab busy sangat2.. Ampun ya.. Ok sebenaqnya trip ni I ollz dah book tiket beberapa bulan awal. Mula2 nak pergi sambut birthday dekat Perth sorang- sorang tapi macam bosan je. Alang2 dah kawan ajak pergi Kashmir, so why not kan?
Okayh kali ni I pergi India dengan travel agency nama dia New Horizone Explorer (NHE). Setelah di teliti iti, I pun agreed nak follow trip ni sebab tempat yang akan dikunjungi bukan tempat mainstream dan kebetulan Kashmir memang tengah hot kan sebab faktor pengaruh movies. Lolz. Plus, I suka explore tempat2 yang sort of so called virgin yang masih fresh hot from oven.
OK, here we go the budgetting.. hehe..time tu takde promo AA.hehe..
Flight: KL-Delhi-KL
MYR:897 returned termasuk checked in luggage around 20 kgs pergi dan 40 kgs balik (share dengan member).
Total kasar around MYR 5K jugak included all.
Hari pertama (8 Sept 17)
1900- KL - Delhi (5 jam perjalanan)
Beza waktu 2 jam 30 minit dimana waktu di India lebih lambat berbanding Malaysia. Kami bermalam di airport sebab kat airport dia banyak space besar. Jangan letak power bank ka extension dalam check in luggage ok. Senang cite semua barang berunsur electrical appliances sebab kawan kami punya bag yang check in di Delhi ke Kashmir stranded di airport Delhi untuk beberapa hari sebab beliau pergi buh extension kat dalam check in luggage beliau. Aduyai. Kalau travel kat negara macam ni, jangan lupa insurance ok sebab masa balik dari Kashmir ke Delhi, bag luggages kami mengalami masalah dan di hantar ke tempat lain. Malam tu baru lah kami dapat mandi dengan aman sentosa. Kemudian kalau untuk domestic flight, mohon bawa bag carry bawah 20 liter kalau tak semua tak pasal2 kena check in juga... Lastly, kalau naik domestic flight kan nak ke tempat sedemikian sedemikian, anda amat digalakkan untuk jarakkan masa dalam 3-4 hari sebab takut kalut. Kalut flight delay la. Kemudian kalut luggage tak sampai la.. Payah lah gitu. Ganggu perjalanan anda nanti.
Hari kedua (9 Sept 17)
0600 fly ke Kashmir via Go IndiGo (tak silap)perjalanan memakan masa selama 1 jam 30 minit.
1000 check in hotel. Suhu pagi tu around 23 degree ja. Ok la tak panas tak sojuk sangat.
1200 pergi melawat kawasan city.
1230 pergi street food market. Kat sini kalau angpa punya perut kalis kotor debu makan la. Sedap dan murah. I berasa sangat bersyukur makan makanan depa pun tak ceri beri. Malah i olz sembelit lagi..kah kah kah.. Stress. Kat sini key chain semua murah. I beli wide shawl cotton worth MYR 6 ja sehelai. Beli lah 3 helai utk 2 kakak tiri kat umah dan diri sendiri.
1330 Lunch dekat salah satu kedai kat situ. Satu set nasi dan ayam kari dalam MYR 10 kot macam tu. Atau kurang.. huhu.. Lupa dah. Maklong la. Hakak dah veteren.. huhuhu..
1400 Visiting White Shrine. Banyak merpati kat situ. Yang spesialnya, kami sempat rekod dan ambil gambar pengantin disana. Culture dia, mereka tak ada party meriah macam kita. Mereka punya hiburan adalah zikir, nyanyian Islamiah macam nasyid lah kira kemudian pengantin laki-laki akan bagi derma kat fakir miskin disana. Pengantin perempuan time tu tak nampak kelibat. Jadi saya tak faham sangat culture perkahwinan mereka mcm mana..hehe.
1430 Settled amek gambar dekat shrine tu, kami gerak pergi tempat shopping souvenir. hehe bargain punya bargain dapat la beli kurta 2 pasang MYR 25 sehelai after tawar. Yelah kalau tak harga dia MYR60 kot sehelai. huhu. Pastu beli la pen lip lap lip lap dalam 20 batang tak silap utk MYR 20.. Ok lah kot.. Ada batu permata Swarozki semua kot. hehe.
1530 gerak pergi Mughal Garden. Mughal Garden ini dibina oleh papa kepada papa Shah Jahan kira atok Shah Jahan ler. Hehe.. Apa yang best kan, water fountain dia dibina tanpa pump, direct daripada air gunung.Menggunakan kaedah architecture dari Parsi, ianya hanya memerlukan gravity sahaja. huhu.. Hebat tak invention kaum India? Oh ya entrance fees dia lebih kurang 20 rupees lebih kurang MYR1.60 je.
1730 Balik hotel guling2.
2000 Dinner lauk sedap uii. Hari2 kambing la sheep la lamb la ayam la kari dan massala dengan nasi. pergh heaven..hehe.Suhu malam biasanya drop bawah 16 degree. So bawakla baju bulu2 korang..hoho.
Hari ketiga (10 Sept 17)
0700 Ke Sonamarg lah kite. Cantik baq ang... (Suhu 25 degree)
1000 Start hiking. Suhu kat sini tersangat lah sejuk sampai ke tulang. Bawa lah baju tebel tebel kalau boleh sebab kalau hujan. perghhhh. Boleh shivering dan suhu boleh jatuh ke bawah paras 10 degree. Memang sejuk. Cuaca kat sini juga macam di UK. Kadang hujan. Lepas tu terik sikit lepas tu hujan balik. Haaa camtulah ceritanya.
1200 Berhenti dekat mini R&R makan hot maggie dengan shahi qawah (herbal tea) untuk panaskan badan sikit.
1300 Sambung hiking ke Bear Valley untuk mencari secebis glacier. Walaupun amountnya kecil, tapi glacier ini mampu bertahan sampai akhir tahun.. Hebat tak? Kat sini boleh naik kuda sampai ke puncak glacier. Pergi dan balik lebih kurang 550 rupees. Dalam MYR 60 tak silap.. Walaupun I suka hiking tapi I pemalas orangnya nak hiking time bercuti. Muahahaha..
1430 Sampai ke puncak glacier dalam ketinggian 3700 meters. Suhu adalah lebih kurang 14 degree..huhi.. Jumlah kalori kuda yang terbakar I olls tatau tapi kuda tu kena berjalan sambil bawa beban 86 kgs.muhahahha... Kurus la pony tersebut.
1530 Sampai lah ke kedai2 mereka restoran2 kecil mereka dimana kami berhenti minum mengopi memaggie dan mengeteh. Jumlah keseluruhan ada lah dalam MYR 10..
1700 Balik hotel guling2.
2000 Makan malam...
Hot tak R&R dia? huhu..
Hari keempat (11 Sept 17)
0730 On the way ke Sonamarg. Kalau Sonamarg ni tengah snowing kan, best sport activity yang popular kat sini yang korang boleh buat ialah skiing. Suhu sini bawah 20 degree lebih kurang 14- 16 degree kalau tak hujan.. ohoho. Waktu nak balik tu memang hujan quite cat and dog.. Nasib baik dah beli gloves sepasang worth MYR 6 je sepasang. Kalau tak, keras ketung la I kat situ. Sojuk tahap gaban.. huhi. Kat sini kami menaiki gondola tertinggi dalam dunia woo (4500 m).
Harga tiket adalah berdasarkan phase anda nak masuk Oleh kerana phase 2 tutup due to some bad weather, jadik kami boleh masuk phase 1 je walhal phase 2 lagi tantek.. homm. takpelah anggap je bukan rezeki.. Ok harga tiket nya dalam 700 rupees.
0830 Tapi sebelum ke situ, kami singgah dulu ke ladang apple dan kedai penjualan spices dan herbs di situ. Ada jual teh herba serta saffron original kat situ. Saffron 1gram lebih kurang MYR 14 sahaja. Nak tahu ianya pure ke tak? Ace try bancuh dengan air, boleh suruh orang kedai demonstrate. Kalau yang ori, tangan anda akan bewarna oren merah2 camtu. Kalau yang tak ori normally dorang takkan demonstrate dan warna saffron takkan diluted dengan air.
1000 Sampai shj kat Sonamarg u can choose either nak jalan kaki. naik kuda atau teksi. Dari car park ke starting point gondola tu kena jalan 1-2 km je. Sila bawa mask sebab kat situ banyak stool kuda berciciran.. Memang bau harum semerbak kasturi. Boleh koma lah kisahnya. huhuhu...
1030 Kami naik ATV. Kalau nak offroad, pergi lah amek yang setengah jam ride. Baru worth 500 rupees dalam MYR 35-40. Untuk sejam pulak, worth 100 rupees lebih kurang MYR 70.. Tapi tak best sebab tak off road.. hehehehe..
1200 Naik gondola sampai phase 1 ja. Honestly, buat I berangan nak kawen ngan mamat Kashmir lepastu duduk sini ja sebab memang cantik dia memang tahap firaun.. Kat sini makanan mahal. Jadik, spare lah lebih kurang MYR 25 at least kat sini excluded drinks and beverages...
1600 Kelik (balik) hotel guling2..
2000 Dinner & bongkang.
My Kashmiri boyfriend, hero Kashmir I, Armjit.. muahaha...
Hari kelima (12 Sept 17)
0700 Pergi ke Chatpal dimana kami akan hiking ke 18th century village dalam kawasan pergunungan untuk jumpa para pelajar disana dan melakukan tugas serta aktiviti volunteerism kami. Suhu ebih kurang 14 degree.
1100 Tiba di Chatpal dan hiking setinggi 2700 meters.
1200 Aktiviti bersama kanak2 disana. Happy benar dapat sweets and candies. Walaupun keadaan daif, they are still happy dengan apa yang mereka ada. It teaches me how to be more appreciative and grateful untuk apa yang saya miliki pada hari ini.
1300 Lunch Baba Methesir belanja.. hehe thanks oppa...
1400 Solat di masjid kampung.
1430 Melawat kawasan kampung dan we are given welcome drink salted tea drink with flourish corn powder. Manis walaupun tanpa gula.
1600 Balik hotel golek.
200 Dinner pastu koma...
Hari keenam (13 Sept 17)
0800 Ke Aru Valley dan Pahalgam lah kite.
1200 Lunch.
1300 (Trekking Bajrangi Bhaijaan) Layan panorama.Suhu dalam 16 degree dan ke bawah..
1700 Kelik hotel.
2000 Dinner dan hibernate.
Hari ketujuh (14 Sept 17)
Srinagar.
1200 Check in houseboat. Used to be a palace. Best as we are getting our own chaperone. Suhu kat sini papa yahudi punya sejuk.. Syiok.
1300 Lunch ayam masak merah.
1500 Naik oto ke street market. Tak ingat berapa rupee tapi one way dalam 60 sen ja. Kat sini banyak budak2 yang akan mencopot pocket atau barang berharga anda. So, pandai2 lah nak hidup keh? huhi
1800 Naik shikara rounding the lake. Sekali round untuk sejam tak silap satu boat 600 rupees. Nanti anda bahagilah 4 sebab max penumpang is 4 pax sahaja. Muah2..
Saj*t versi ada scrotum.. huhuhuhu..Sebab nama dia memang Saj*t..
Hari kelapan (15 Sept 17)
0900 Checkout houseboat.
1300 Fly back to New Delhi. Sini tersangat lah strict sebab airport dia pun kat dalam kem tentera. Memang ketat lah kawalan dia.
Suhu kat sini panas gile.
34 degree camtu. Kat sini I olz pakai baju nipis2 ja. Takdak da pakai combat jacket bagai.. huhi..
Makanan kat sini semua sedap2. I was informed that semua daging kat sini halal sebab orang Islam yang sembelih walaupun kedai non Moslem.. bedal jela. Murah pun murah. Sedap memang umphh...
1600 Ambil metro bus 30 rupees ke mrt station.
1615 Tiket mrt 50 rupees dari terminal 1 ke terminal 3.
UNESCO World Heritage in Delhi, Qutb Complex, Red Fort dan Humayun's Tomb adalah antara Indo- Islamic architecture yang teragung di India.
1700 Check in hotel.
1800 Street market dekat area hotel sampai pengsan. Himalaya punya product memang murah tahap Israel.. Boleh recommend beli untuk buat souvenirs tau..
Hari kesembilan (16 Sept 17)
0600 Gerak ke Agra lah kita.
1100 Sampai lah kita ke Taj Mahal. Ingat nak valet nama. Sekali tak boleh bawa notebook.. Papa sedih.. uhuk.. Harganya 1000 rupees dalam MYR 66 utk bangsa asing aka bangsa kita dan 40 rupees aka MYR 2.80 untuk locals. adududu...
1400 Lunch.
1500 Shopping batu intan permata berlian di kedai berdekatan.
1900 Agra Fort.hohoho...
Banyak sangat encik Joe.. Tatau nak pilih yang belakang ke depan ke kanan ke kiri ke atas ke bawah ke.. Atchaa..
Hari kesepuluh (17 Sept 17)
0930 Check out.
1000 Indian gate.
1130 Red fort.
1230 Jama Masjid.
1300 Luncheon aka khanna
1400 Lotus temple.
1600 Sarojini Nagar Market shopping kain sari tahap murah paling afrit. Range harga dalam MYR 30- 100 shj.. Yang MYR 100 kalau kat Malaysia pun ade lah MYR 800-1000. Bargain jangan tak bargain ok sebab memang murah 300-400 % juga lah..
1900 Ke airport lah kita.
2300 Fly balik Malaysia..
Apa yang best pada tarikh ini ialah merupakan tarikh hari jadi I yang ke 25 dan juga tarikh hari jadi perdana menteri mereka yang ke berapa I olz tak pasti.. huhi..
No comments:
Post a Comment