Total Pageviews

Kashmir- Agra- Delhi Part 2

Untuk entry kali yinniy, takde nak update panjang2 sangat pasal yindia. Just nak share a few tips sepanjang travel kat sana untuk tak kena food poisoning, scam atau pick pocket dan sebagainya.

Number 1.


Vaccination.

Thypoid vaccine jab amat penting untuk sesiapa yang ada anti body lemah sebagainya. Di India, udara, air serta makanannya amat tercemar. Untuk elak sakit disana, seelok2nya ambil lah injection thyphoid vaccine beberapa minggu sebelum berlepas ke India. Harga pun tak mahal bawah MYR 100. Kalau body jenis mudah immune, takpelah jangan sampai perjalanan anda terganggu ya kerana faktor kesihatan. 

Number 2.

Mineral water.

Pilihlah air minuman mineral water dan elakkan memakan seafood kat sana sebab air dia sangat contaminated. Even minum air mineral dia pun akan rasa sengal tekak etc.  Check dulu penutup air minuman sama ada ianya ber"seal" ke tidak sebab takut dia pakai recycle je air tu balik. huhu.

Number 3.

Visa.


Boleh 2 pilihan sama ada apply online, harganya dalam MYR 54 atau pergi terus embassy dan harganya lebih kurang MYR 189.90.

Bezanya, online visa ETV boleh guna sebulan je manakala yang apply terus kat embassy boleh guna sampai 6 bulan. Untuk memastikan admin serta staff travel agency dapat melakukan tugas dengan saksama I apply visa embassy direct je terus. huhu. Make sure anda isi borang online dulu sebelum ke embassy. Lupe pula link nya. Nanti I kasi. huhu..

Number 4.

Shopping.

Shopping ni benda paling heaven. Tapi kalau kat sini kena hati2 tau. Kalau dia tak nak bagi kurang, korang cabut je. Nnanti dorang akan panggil balik kasi murah.. huhu. Kalau boleh bargain la sampai 300-400% lebih murah.

Number 5.

Portion nasi.

Besar macam nasi Arab. So share jelah ok. Murah pun murah dan sedap hingga menjilat jari kaki.

Number 6.

Insurance.

Pastikan beli insurance sebab kalau naik domestic flight kat sini agak chaotic. Kadang2 tersalah antar luggage naik kapal terbang lain la. Leulz. Dah terkena dah ui. Nasib baik ler ade insurance.

Number 7.

Berteman kan locals yang korang percayai.

Kat sini kan, kebanyakan tempat yang tak ada pelancong sangat, dorang akan ketuk kaw2 especially bab2 transportation. Contohnya, nak pergi dari kawasan A ke kawasan B boleh je jalan kaki tapi dorang akan cakap wajib naik teksi. Leulz. Kat sini lah peranan locals penting untuk say no kepada anasir2 luar yang akan menjahanmkan duit anda nanti.. Unless anda tak kisah akan budget dan duit anda bersepah2 bawah karpet ke bawah almari. Persilakan.. huhu.


















































No comments: