Ini adalah Sebab Kenapa Korang Kena Makan A&W Chicken Fiesta!
Cakap pasal A&W je kan fuhhh rasa terharu weh! Mana taknya ini adalah satu-
satunya restoran makanan segera yang menggamit memori aku dan for sure korang
yang lain.
Mana taknya dulu time kecik- kecik sanggup minum Root Beer
Float (kini RB Float) je dan tak nak makan sebab boleh buat misai dekat mulut.
LOL..Lepas daripada itu barulah aku tertarik dengan Beef coney yang dahulunya
dikenali sebagai coney dog dan lain – lain menu
Chicken Fiesta Kembali Di A&W
Berita baik untuk peminat A&W kerana menu ayam gorengnya
kini sudah kembali di semua outlet A&W.
Di A&W menu ayamnya didatangkan dengan dua pilihan iaitu Golden
Aroma Chicken dan Spicy Aroma Chicken dan dengan itu A&W tengah ada promosi
ayam yang dinamakan Chicken Fiesta.
Apa yang membezakan ayam A&W dengan
tempat lain? Haa rasanya yang juicy dan tersedia dengan rempah khas yang
membuatkanya lain dari yang lain.
Promosi Di A&W
Mesti korang tertanya apakah promosi yang ada di A&W sekarang
kan? Banyak tau promosi dorang yang pasti lepas dah tahu promosi ini korang
wajib, harus ke A&W terdekat sebab aku highly recommend A&W dekat
korang.
- Bermula 7 November , Chicken Fiesta promo akan bermula dimana promosi pilihan ayam dua ketul, enam ketul dan sembila ketul ayam bersama RB Float bermula pada harga RM15.45 sahaja
- Bermula 10 Oktober, korang boleh dapatkan A&W Limited edition Mug 2017 yang didatangkan khas dari Amerika Syarikat dengan harga RM49.90
- Nak buat sendiri RB Float? Haa beli je dua liter terus A&W Root Beer berharga RM7.00
Coney beef dan Chicken Poppers juga wajib rasa tau |
Best kan? Kalau korang yang di Shah Alam boleh ke A&W
Seksyen 7 atau di Tol Batu 3. Selebihnya korang boleh rujuk
Website : www.anwmalaysia.com.my
Facebook : www.facebook.com/AnWMalaysiaOfficial
Instagram : www.instagram.com/anwmalaysia
Twitter : www.twitter.com/anwmalaysia
No comments:
Post a Comment