Berat Badan Aku Turun Bila Guna Fir Sonne Sauna
To be honest berat badan
aku naik mendadak lepas raya tempoh hari dan susah nak turun. Stress pulak!
Tapi Alhamdulillah, bila diet ni turunlah sikit dan nampak turun lagi bila aku
pergi try Sauna menggunakan Fir Sonne Sauna, yang diperbuat khas untuk mereka
yang inginkan sauna di rumah
Fir Sonne Sauna Jenama Sauna Terkenal
Actually aku pun baru
tahu pasal ini yang Fir Sonne Sauna ini merupakan jenama sauna yang dipercayai
dan terkenal di Malaysia. Yang korang tengok dekat rumah dan kebanyakan hotel
dan gym tu kan, dorang lah pembekalnya!
So aku pun dah cuba Fir Sonne Sauna dan
apa yang aku boleh cakap, BERBALOI! Incase korang tertanya apakah Fir,
sebenarnya itu adalah singkatan bagi Far Infrared Sauna (FIR)
Ciri Istimewa Fir Sonne Sauna
Banyak kelebihan yang
ada pada Fir Sonne Sauna ini kerana ianya direka khas untuk ruang rumah korang.
Direka khas menggunakan kayu Canadian Red Cedar Wood yang tahan lama dan
berkualiti, ruangan dalam sauna ini juga eksklusif dan mampu milik untuk jangka
masa panjang.
Di dalamnya juga tersedia ruangan MP3 untuk korang dengar lagu
kesukaan korang sepanjang bersauna di dalamnya. Untuk korang yang tidak tahu,
sauna ini sebenarnya banyak khasiatnya. Jika tidak, takkan lah semua gym dan
pusat kesihatan sediakan ruang untuk sauna kan. Antara khasiat sauna ini ianya
- - mampu mengalakan tahap kardiovaskular dalam badan
- - penggunaan Sonne Sauna ini setiap hari atau dengan 5 kali hari dikatakan dapat menguatkan jantung
- - Memberi ketenangan dan penyembuhan tenaga dan aliran darah dalam badan
- - Tahu kenapa dekat gym selalu ada sauna? Sebab ia membantu mengurangkan kesakitan otot
- - Detox badan melalui peluh yang jauh lebih bagus dari sistem urinary
- - Bakar kalori! Percaya atau tidak dalam 30 minit je korang dah berjaya kurangkan 600 Kalori! Buktinya aku pun dah berjaya kurangkan tau
- - Awet muda! Dengan Sonne Sauna ianya akan mengurangkan kadar metabolisma korang dan menampakkan korang lebih muda dari asal.
Pengalaman menggunakan Sonne Sauna
Banyak kan kelebihan
dia? So kalau korang nak cuba korang pun boleh datang walk in ke sini. Aku
hari tu sebelum masuk ke sauna, dorang
akan check umur,berat, tinggi, jumlah lemak dan tahap metabolisma badan korang.
Yang aku punya sesuatu yang mengejutkan. Apa yang aku boleh cakap tahap
metabolisma aku berada pada umur 32 sedangkan umur aku 25 tahun. Jauh beza weh!
Bila nak cuba sauna ini
of course la kena buang baju bagai dan bertuala. Jangan risau dekat sini dorang
sediakan tuala untuk korang pakai dan staff nya pun sangat mesra. Aku masuk
sauna ini untuk 30 minit. Boleh tahan best la sebab rasa fresh sangat bila dah
selesai sauna.
Yang bestnya lagi guna Sonne Sauna ini badan korang tak akan
berbau walaupun berpeluh dan yang pasti keputusan yang tadi diambil pasti akan
berubah baik dari segi tahap air, metabolisma dan juga berat badan. Korang
wajib cuba dan datang ke sini! Atau kalau ada bajet, dapatkan satu untuk seisi
keluarga. Bagi aku ianya adalah satu investment bijak untuk masa hadapan.
Nak Bagi Korang Guna Sauna Secara Percuma!
Berita baik untuk korang
yang ingin guna Sonne Sauna ini, aku ada 4 kupon untuk korang datang dan rasai
sendiri Sonne Sauna ini. Caranya korang follow ig dan fb aku, cari je
@khaiartzfar kerana mini giveaway ini akan diadakan tidak lama lagi. Untuk
datang ke sini, silalah ke
Success Therapeutic Sdn
Bhd
Unit 1001, Block E,
Level 2,
Pusat Dagangan Phileo
Damansara 1,
No. 9, Jalan 16/11, Off
Jalan Damansara,
47350 Petaling Jaya
Website: www.successthera.com
Facebook: facebook.com/successthera
Sonne Sauna Facebook Page : https://www.facebook.com/ SonneSauna.HQ/
Telefon : 03-7954 0822.
3 comments:
Ye ke ni wak?
Qiya baru je terfikir pasal sauna tadi sebab makin lama makin naik plak berat badan ni. Boleh la Qiya try Sauna ni nanti
Wa macam best! I nak juga :)
Post a Comment