Total Pageviews

Berat Badan Aku Turun Bila Guna Fir Sonne Sauna

To be honest berat badan aku naik mendadak lepas raya tempoh hari dan susah nak turun. Stress pulak! Tapi Alhamdulillah, bila diet ni turunlah sikit dan nampak turun lagi bila aku pergi try Sauna menggunakan Fir Sonne Sauna, yang diperbuat khas untuk mereka yang inginkan sauna di rumah




Fir Sonne Sauna Jenama Sauna Terkenal

Actually aku pun baru tahu pasal ini yang Fir Sonne Sauna ini merupakan jenama sauna yang dipercayai dan terkenal di Malaysia. Yang korang tengok dekat rumah dan kebanyakan hotel dan gym tu kan, dorang lah pembekalnya!



 So aku pun dah cuba Fir Sonne Sauna dan apa yang aku boleh cakap, BERBALOI! Incase korang tertanya apakah Fir, sebenarnya itu adalah singkatan bagi Far Infrared Sauna (FIR)

Ciri Istimewa Fir Sonne Sauna

Banyak kelebihan yang ada pada Fir Sonne Sauna ini kerana ianya direka khas untuk ruang rumah korang. Direka khas menggunakan kayu Canadian Red Cedar Wood yang tahan lama dan berkualiti, ruangan dalam sauna ini juga eksklusif dan mampu milik untuk jangka masa panjang.



Di dalamnya juga tersedia ruangan MP3 untuk korang dengar lagu kesukaan korang sepanjang bersauna di dalamnya. Untuk korang yang tidak tahu, sauna ini sebenarnya banyak khasiatnya. Jika tidak, takkan lah semua gym dan pusat kesihatan sediakan ruang untuk sauna kan. Antara khasiat sauna ini ianya
  • -       mampu mengalakan tahap kardiovaskular dalam badan
  • -       penggunaan Sonne Sauna ini setiap hari atau dengan 5 kali hari dikatakan dapat menguatkan jantung
  • -       Memberi ketenangan dan penyembuhan tenaga dan aliran darah dalam badan
  • -       Tahu kenapa dekat gym selalu ada sauna? Sebab ia membantu mengurangkan kesakitan otot
  • -       Detox badan melalui peluh yang jauh lebih bagus dari sistem urinary
  • -       Bakar kalori! Percaya atau tidak dalam 30 minit je korang dah berjaya kurangkan 600 Kalori! Buktinya aku pun dah berjaya kurangkan tau
  • -       Awet muda! Dengan Sonne Sauna ianya akan mengurangkan kadar metabolisma korang dan menampakkan korang lebih muda dari asal.



Pengalaman menggunakan Sonne Sauna

Banyak kan kelebihan dia? So kalau korang nak cuba korang pun boleh datang walk in ke sini. Aku hari  tu sebelum masuk ke sauna, dorang akan check umur,berat, tinggi, jumlah lemak dan tahap metabolisma badan korang. Yang aku punya sesuatu yang mengejutkan. Apa yang aku boleh cakap tahap metabolisma aku berada pada umur 32 sedangkan umur aku 25 tahun. Jauh beza weh!


Bila nak cuba sauna ini of course la kena buang baju bagai dan bertuala. Jangan risau dekat sini dorang sediakan tuala untuk korang pakai dan staff nya pun sangat mesra. Aku masuk sauna ini untuk 30 minit. Boleh tahan best la sebab rasa fresh sangat bila dah selesai sauna. 

Yang bestnya lagi guna Sonne Sauna ini badan korang tak akan berbau walaupun berpeluh dan yang pasti keputusan yang tadi diambil pasti akan berubah baik dari segi tahap air, metabolisma dan juga berat badan. Korang wajib cuba dan datang ke sini! Atau kalau ada bajet, dapatkan satu untuk seisi keluarga. Bagi aku ianya adalah satu investment bijak untuk masa hadapan.

Nak Bagi Korang Guna Sauna Secara Percuma!



Berita baik untuk korang yang ingin guna Sonne Sauna ini, aku ada 4 kupon untuk korang datang dan rasai sendiri Sonne Sauna ini. Caranya korang follow ig dan fb aku, cari je @khaiartzfar kerana mini giveaway ini akan diadakan tidak lama lagi. Untuk datang ke sini, silalah ke

Success Therapeutic Sdn Bhd
Unit 1001, Block E, Level 2,
Pusat Dagangan Phileo Damansara 1,
No. 9, Jalan 16/11, Off Jalan Damansara,
47350 Petaling Jaya

Sonne Sauna Facebook Page :  https://www.facebook.com/SonneSauna.HQ/ 
Telefon : 03-7954 0822.


3 comments:

amirnawawi said...

Ye ke ni wak?

Qiya Saad said...

Qiya baru je terfikir pasal sauna tadi sebab makin lama makin naik plak berat badan ni. Boleh la Qiya try Sauna ni nanti

Wai Yee aka Rane said...

Wa macam best! I nak juga :)