Total Pageviews

7 Sebab Kenapa Karnival Upin Dan Ipin Sangat Luar Biasa


Cuti sekolah baru jer bermula dan syarikat animasi tempatan popular, Les Copaque terlebih dahulu mengatur langkah mereka dengan mengadakan Karnival Upin Ipin Luar Biasa yang bagi aku harus diadakan setiap tahun. 




Sebabnya, bukan sahaja anak –anak korang akan happy dan mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan korang malah turut meningkatkan imej animasi negara.



Karnival yang berlangsung pada jumaat lalu(24 Disember) sehingga Ahad (26 Disember) boleh dikatakan crowded dengan family yang datang bawa anak – anak. Aku sendiri pergi ke sana pada hari jumaat dan bagi aku ada 7 sebab kenapa Karnival Upin Ipin ini sangat luar biasa 

1. Satu-satunya animasi yang mempunyai karnival sendiri 



Kalau korang perasan, mana ada animasi tempatan yang mempunyai karnivalnya sendiri. Cukup sebagai jenama Upin Ipin dorang dah boleh adakan karnival khas untuknya. 

2. Pelbagai barangan eksklusif dijual dengan murah 


Untuk parents yang nak dapatkan barang eksklusif Upin Ipin dengamn harga murah, inilah masanya sebab harganya jauh lebih murah. Bukan setakat parents, kiteorang pun terjebak weh 

3. Dari Animasi ke Realiti 





Bayangkan rumah opah, reban Ayam Tok Dalang di dalam animasi Upin Ipin, di karnival ini dorang telah wujudkannya secara realiti. Memang sama weh! 



4. Peluang Berjumpa Watak Upin Ipin Secara Live 


Yang ini budak – budak paling suka sebab semua maskot watak Upin Ipin ada dekat sini. Boleh bergambar! 

5. Bakal wujudkan taman tema Upin Ipin 



Dalam karnival ini juga, telah diumumkan bahawa Upin Ipin telah dilantik sebagai duta pelancongan Malaysia. Bayangkanlah nanti akan ada taman tema Upin Ipin. Pasti jadi saingan kepada Legoland. 

6. Dewan Berhawa Dingin 


Walaupun sesak dengan ramai orang, pujian harus diberikan kepada penganjur kerana mengadakan karnival ini di tempat berhawa dingin. Sememangnya selesa! 

7. Pelbagai aktiviti menarik 


Karnival ini bukan kosong tau! Tapi telah disediakan pelbagai aktiviti menarik untuk pengunjung. Rugi siapa tak datang tu. 


Bagi aku karnival seperti ini harus diadakan lagi tapi ada beberapa benda yang seharusnya penganjur take note sebagai penambahbaikan. 

1. Parking tidak perlu dikenakan bayaran 


Hrmmm masuk dah lah kena bayar, parking pun siap kena bayar. Kalau tak silap aku RM 5 untuk parking biasa dan RM 15 untuk premium (berhampiran dewan). Hopefully tahun depan ada perubahan dari segi parking. 


2. Hampir setiap aktiviti perlu dibayar 


Kalau setakat masuk dikenakan bayaran aku okay lagi. Tapi kalau dah nak buat aktiviti pun nak kena bayar kasihan ibu bapa. Kalau anak sorang boleh terima lagi, tapi yang anak ramai tu? Just imagine; tiket parking RM5, tiket masuk dewasa untuk kedua – dua dewan seorang RM40. 



Confirm lah dah dengan wife or suami so dah RM80. Anak – anak yang 6 tahun ke bawah percuma tapi yang atas dari tu kena bayar RM20 untuk dua dewan. Aktiviti tak campur lagi? So bila total up adalah korang kena prepare almost RM300++ . Meskipun ada pakej tapi aku still rasa tak relevan disitu. 


3. Tiada petunjuk atau staff  



Aktiviti dia boleh tahan banyak tapi ada sesetengah tarikan seperti perigi nenek kebayan tiada petunjuk mahupun staff disitu yang mengatakan bahawa terdapat sesuatu yang menarik mengenainya. 



Mujur lah aku terasa nak pergi tengok perigi tu kalau tak siapa pun tak tahu apakah fungsinya. 

Aku rasa itu je lah kot antara penambahbaikan yang perlu dibuat.. Overall mantap dan syabas diucapkan!

No comments: