Total Pageviews

Wae Rebo : Tips Untuk Ke Flores!

Pernah dengar mengenai Flores? Sebuah negeri yang terletak di Timur Indonesia, sebuah pulau yang cukup cantik untuk diterokai.

Malah, Flores ini juga one of my wishlist dan Alhamdulillah, dapat juga menjejak kaki disini. Dekat Flores ini ada beberapa tempat yang wajib dikunjungi seperti Pulau Komodo dan juga Wae Rebo; perkampungan asli penduduk asal di Flores yang diiktiraf Unesco.

So perkongsian aku kali ini lebih kepada Wae Rebo dan mungkin next time Komodo pulak. Sebenarnya, ramai yang bertanya, macam mana nak ke Flores, nak kena naik apa. Haa baca entry ini sampai habis untuk tahu caranya.



First untuk sampai ke Flores, korang kena transit dulu dekat Bali. So haritu kiteorang pergi naik AirAsia,balik naik Malindo.  Aku suggest dekat korang better amik flight awal pagi sebab ianya akan ambil masa.




Jadi, kiteorang haritu bertolak jam 7.30 dan sampai jam 10.30. First time juga aku pergi ke Indonesia naik AirAsia X, maybe sebab transit. Sampai sahaja di Bali, korang boleh naik flight Garuda Indonesia atau Nam Air untuk ke Flores.



Macam kiteorang haritu, naik Garuda pukul 2.30 petang.  Perjalanan dari Bali ke Flores mengambil masa 1 jam setengah. Don’t forget to take a few pictures while on board ya! Sebabnya disitu pelbagai pemandangan menarik, termasuk gunung berapi, Lombok korang dapat lihat.



Airport Flores, yang dikenali sebagai Komodo airport ni kecil je dan agak sunyi. So disinilah perjalanan korang bermula. Untuk yang ingin ke pulau Komodo, mostly akan tinggal di bandar kecil Flores sebabnya di pulau tersebut tak ada penempatan untuk pelancong.


makan dulu! Depan airport ni ada restoran! So lepak sini dulu
Untuk ke Wae Rebo, masih lagi jauh perjalanannya. Kiteorang bertolak dari airport dalam pukul 6 macam itu dan sampai ke guest house lebih kurang 12.30 tengah malam.

Pastikan korang makan siap – siap pil tahan mabuk, ubat – ubatan seangkatannya sebab jalannya penuh berliku dan for the first time dalam kebanyakan tempat aku travel, perjalanan aku ke Wae Rebo buatkan aku muntah sampai 6 kali. Sampai lembik weh!

teaser untuk next entry!

Jadi bersiap sedia ya! Walaupun jauh, ternyata perjalanan korang untuk ke Wae Rebo sangat berbaloi kerana tempat ini menjanjikan kelainan lain dari yang lain. Untuk itu, akan aku ceritakan dalam entry akan datang ya!

Trip ini dibawakan khas oleh Ministry of Tourism Indonesia. 

No comments: