Perfume Ini Murah Dan Mudah Dibawa Travel!
Bercakap pasal perfume, to
be honest aku sangat cerewet mengenai bau dan jenisnya. Ada kalanya aku
terpaksa minta kawan yang expert bab perfume pilihkan berbanding mereka yang
main ambil je bau nya.
Dah okay, kadang nak bawa
pergi travel tak lepas pula atas flight. Terpaksa la sedekahkan dekat
imigresen. Sekarang ni dah tak perlu risau , sebab dengan adanya produk
Dashing Anytime EDT , segalanya menjadi mudah.
Aku sendiri dah pakai dan bawa kesemua 4 produk Dashing Anytime
EDT. Highly recommend! Sebab apa?
- - bentuknya nipis dan mudah dibawa ke mana sahaja
- - bersaiz poket , jadi masukkan sahaja dalam poket
- - wangian asli Dashing yang dimuat ke dalam bentuk yang lebih kecil
- - untuk travel, tiada halangan untuk dibawa masuk ke dalam flight
- - macam aku merempit, bau asap bagai. Jadi dekat office memang dah prepare satu botol
- - Kadang masuk tandas berbau, spray je sekali. Semerbak mewangi!
Rekaan pek DASHING Anytime EDT yang penuh gaya ni shadir dalam
empat variasi iaitu Cool, Active, Hattrick and Ultimate Kick.
1 Cool
▪
Haruman maskulin ini merupakan takrifan identity dan
daya penarik korang. Haruman menyegarkan ini didahului dengan gabungan menawan.
Bergamot dan Galbanum dilapisi dengan wangi Amber dan Kasturi sebagai nota
asas. Wangian ini direka khas untuk mencipta sisi maskulin yang “cool” secara
semulajadi dari dalam diri korang
2 Active
▪
Khas untuk si jejaka lasak yang amat menggemari
kehidupan aktif. Tampil yakin dan bergerak aktif dengan wangian maskulin ini.
Didahului dengan semarak haruman Fougére yang digabungkan dengan nota Citrus,
Lavender dan Amber. Aroma ini pastinya membangkitkan sisi aktif korang.
3 Ultimate Kick
Wangian dicipta untuk jaguh, menyerlahkan personaliti dan gaya
sebenar jejaka dalam urusan seharian lelaki moden . Ultimate Kick berkonsep ala
musim panas yang aktif, menampilkan rumusan dari percikan citrus lemon,
dipertingkatkan dengan kesegaran buah pelaga, vanilla dan suntikan haruman
kayuan serta rempah.
4 Hattrick
Jaringan kemenangan bagi jejaka Dashing. Wangian Hattrick
menyemarakkan semangat dan mendorong individu untuk menang. Gabungan unik
kesegaran epal sitrus diadunkan bersama aroma bunga dan calitan amber.
Kalau ditanya, aku prefer ultimate kick. Maybe sebab aku suka
wangian berunsurkan lemon. So untuk korang yang ingindapatkan wangian EDT
Anytime Dashing ini bolehlah mendapatkannya pada harga RM7.00. DASHING Anytime
EDT 18 ml ini boleh didapati di semua pasaraya utama, pasaraya hyper dan
farmasi di seluruh Malaysia.
No comments:
Post a Comment