Total Pageviews

Perfume Ini Murah Dan Mudah Dibawa Travel!


 Bercakap pasal perfume, to be honest aku sangat cerewet mengenai bau dan jenisnya. Ada kalanya aku terpaksa minta kawan yang expert bab perfume pilihkan berbanding mereka yang main ambil je bau nya.






Dah okay, kadang nak bawa pergi travel tak lepas pula atas flight. Terpaksa la sedekahkan dekat imigresen. Sekarang ni dah tak perlu risau , sebab dengan adanya produk Dashing Anytime EDT , segalanya menjadi mudah.

Aku sendiri dah pakai dan bawa kesemua 4 produk Dashing Anytime EDT. Highly recommend! Sebab apa?

  • -       bentuknya nipis dan mudah dibawa ke mana sahaja
  • -       bersaiz poket , jadi masukkan sahaja dalam poket
  • -       wangian asli Dashing yang dimuat ke dalam bentuk yang lebih kecil
  • -       untuk travel, tiada halangan untuk dibawa masuk ke dalam flight
  • -       macam aku merempit, bau asap bagai. Jadi dekat office memang dah prepare satu botol
  • -       Kadang masuk tandas berbau, spray je sekali. Semerbak mewangi!


Rekaan pek DASHING Anytime EDT yang penuh gaya ni shadir dalam empat variasi iaitu Cool, Active, Hattrick and Ultimate Kick.

1  Cool

    Haruman maskulin ini merupakan takrifan identity dan daya penarik korang. Haruman menyegarkan ini didahului dengan gabungan menawan. Bergamot dan Galbanum dilapisi dengan wangi Amber dan Kasturi sebagai nota asas. Wangian ini direka khas untuk mencipta sisi maskulin yang “cool” secara semulajadi dari dalam diri korang

2  Active

    Khas untuk si jejaka lasak yang amat menggemari kehidupan aktif. Tampil yakin dan bergerak aktif dengan wangian maskulin ini. Didahului dengan semarak haruman Fougére yang digabungkan dengan nota Citrus, Lavender dan Amber. Aroma ini pastinya membangkitkan sisi aktif korang.



3  Ultimate Kick

Wangian dicipta untuk jaguh, menyerlahkan personaliti dan gaya sebenar jejaka dalam urusan seharian lelaki moden . Ultimate Kick berkonsep ala musim panas yang aktif, menampilkan rumusan dari percikan citrus lemon, dipertingkatkan dengan kesegaran buah pelaga, vanilla dan suntikan haruman kayuan serta rempah.

4  Hattrick

Jaringan kemenangan bagi jejaka Dashing. Wangian Hattrick menyemarakkan semangat dan mendorong individu untuk menang. Gabungan unik kesegaran epal sitrus diadunkan bersama aroma bunga dan calitan amber.



Kalau ditanya, aku prefer ultimate kick. Maybe sebab aku suka wangian berunsurkan lemon. So untuk korang yang ingindapatkan wangian EDT Anytime Dashing ini bolehlah mendapatkannya pada harga RM7.00. DASHING Anytime EDT 18 ml ini boleh didapati di semua pasaraya utama, pasaraya hyper dan farmasi di seluruh Malaysia.

No comments: