Nak Jimat? Naik Je MRT
Sekarang ini kalau korang dapat tengok, kos sara hidup semakin meningkat bukan? So kenalah pandai rancang kewangan korang sebaik - baikya. Antara satu tips aku nak share dengan korang adalah menggunakan pengangkutan awam
MRT Lebih Selesa!
Korang dah pernah naik MRT? Kalau belum, nanti ada masa silalah berbuat demikian ya. Dari segi pengamatan aku, MRT ini banyak kelebihannya. Selain dari besar dan jauh lebih selesa dari semua pengangkutan awam yang ada, MRT ini juga membantu memendekkan masa korang dari terus tersadai di dalam kesesakan jalan raya.
MRT Menjimatkan
Bukan itu sahaja, korang juga boleh kawal perbelanjaan korang dengan berjimat dan menaiki MRT. Sebab apa aku kata naik MRT jimat?
1. Korang tak perlu bersesak dan MRT turut menyediakan ruang parkir yang besar dan mencukupi
2. Menghubungkan bandar - bandar utama. Kalau dulu , aku cukup malas nak pergi Damansara sebab sesak. Sekarang naik MRT dah boleh punctual dan tak perlu stress!
3. Lebih selamat. Kadang - kadang ada yang mempertikaikan naik motor lebih jimat. To be honest aku sendiri naik motor dan Ya memang menjimatkan. Tetapi korang kena ingat, cuaca tak menentu dan faktor keselamatan harus diambil kira
Haa betul tak apa yang aku cakap ni? So jadilah pengguna yang bijak! Guna MRT, jimat wang dan juga selamat!
Kalau korang ada apa - apa kemusykilan boleh lah layari http://www.kpdnkk.gov.my/kpdnkk/ banyak info kat sini tau
1 comment:
Memang jimat sgt naik mrt.
Post a Comment