Momento Kafe Sedap Dan Unik Di Setia Alam
Selalunya restoran yang aku pergi mostly semua sedap or else
takkan la dorang berani nak buka kedai pula kan? Tapi ada 3 benda yang selalu
aku perhatikan dan akan datang lagi ke restoran tersebut iaitu kebersihan,
kualiti makanan dan keunikannya.
Yer la buat yang bias aku bagi, mau kena
kecam. So far you guys can trust me on my review or else I will pay for your
bills. *Statement berani mati*
Jadi untuk itu, aku nak perkenalkan dengan korang mengenai
sebuah kafe di Setia Alam. First time aku menjejak kaki masuk ke dalam Momento Cafe ini dah pelbagai persoalan yang timbul
Kedai Instagram Friendly
Soalan yang pertama timbul adalah konsep restoran. Menurut
owner restoran ini, konsep yang cuba diketengahkan ada home – friendly tapi
bagi pandangan aku, restoran ini ada kelas nya tersendiri dan boleh dikatakan
Instagram Friendly.
Sebab apa aku cakap camtu? Sebab setiap pelusuk korang
boleh bergambar. Kemudahan disini ada :
- - tandas yang bersih
- - wifi
- - ruang lepak yang selesa
- - ruang parkir yang luas
Makanan Dekat Sini Serious Sedap
Hari tu masa datang ke sini aku sempat la cuba beberapa
makanan. Actually banyak je hahaha. So sebagai peneman dan saksi aku tak menipu
rasa makanan ini, aku turut menjemput editor Majalah Hai Meow untuk join aku
sekali. So on that day aku makan
- - Air Chocolate mint
- - Salted Caramel Cake
- - Vietnamese Spring roll
- - Pizza
- - Spaghetti Chicken Chop
Nak recommend? Actually aku recommend semua menu ini sebab
habis juga aku makan. Contohnya pizza tu untuk korang yang nak diet tu
sangatlah sesuai sebab dia gunakan tortilla dan bukannya doh.
Cumanya untuk
salted caramel cake tu tak berapa sangat bagi tekak aku sebab kurang kick
sikit. Yang lain semuanya tip-top!
Kumpul mata ganjaran
Yang bestnya lagi, setiap kali korang datang ke sini korang
akan dapat point dan point ini korang boleh tebus dengan beberapa menu percuma
seperti air dan makanan. So the more you come the more you will get.
Biskut Sedap pun ada!
Oh ya sebelum balik, jangan lupa dapatkan biskut Daily
Monche yang turut dijual di restoran ini. To be honest biskut dorang adalah
antara biskut yang terbaik pernah aku rasa. 1 balang pun tak cukup.
nak sambut pelbagai majlis pun boleh haa. Ada special price tau!
So untuk korang yang ingin datang, lepak dan makan disini
jangan lupa ajak kawan – kawan dan keluarga ke Momento Cafe. Highly recommend! Kalau tak,
mana ada masuk JJCM bagai kan.
Alamat :
Momento Café, Setia Alam
Lot 39-G, Jalan Setia Indah X U13/X, Setia Alam 40170 Shah Alam [behind Shell Setia Indah]
Facebook :
1 comment:
cantik cafe ni, nampak santai.
Post a Comment