Total Pageviews

Kedai Buah Segar Dan Berpatutan Di Shah Alam


Ada tak diantara korang yang duduk di Shah Alam dan yang mencari – cari kedai buah yang segar dan of course harganya berpatutan? Kalau Ya, korang kena baca entry ini sampai habis ya!




Memang tak dinafikan kadang – kadang buah – buahan di pasaraya memang murah tapi korang kena ingat fresh dan elok tak kualitinya? Untuk itu aku recommend korang untuk beli buah dan barang – barang mentah di Fruity yang terletak di Seksyen 9 Shah Alam satu barisan dengan KFC dan sebagainya.





Kenapa aku recommend Fruity? Sebab aku dah pergi ke kedainya dan mencuba sendiri buah – buahan di sana. 100% berkualiti dan sangat fresh. Buktinya aku dah dapatkan jus oren dan jus tembikai, so fresh!




Kena pula aku demam baru – baru ini semua buah dan jus ini sebagai ‘ubat’ untuk dapatkan balik stamina aku.




Selain buah, dekat sini ada juga sayur – sayuran segar serta pelbagai kekacang. Untuk korang yang nak diet, semua bahan boleh dapatkan dekat sini. 




Bukan itu sahaja, korang nak bagi hadiah? Dorang pun boleh buatkan fruit basket dan hantarkan pada yang tersayang! 



Berita baik untuk korang yang ingin dapatkan buah – buahan segar dari Fruity ini. Pada 16 Oktober 2017, pukul 1 HINGGA 2 PETANG, Fruity akan bagi pelbagai barangan percuma.  Bukan itu sahaja, skuad ERA FM pun akan berada disana. Jadi jangan lupa ya! 



Untuk next post, aku akan share resipi gunakan buah – buahan segar dari Fruity pula

1 comment:

Kak Wawa said...

Wowwww, bestnyaaa. Dahlah kita suka makan buah, kacang2 dalam botol tu cute sgt. Kalau dekat dah gi serbu ni. Hehe