Siapa Nak Cari Kerja ? Kena Sertai Karnival Pekerjaan Dan Kaunseling Kerjaya 2017
Walaupun korang ada ijazah tinggi mana, tapi tanpa kemahiran
dan usaha ternyata itu semua sia- sia. Macam aku, walaupun grad agak cemerlang
dan agak aktif masa zaman belajar dulu tapi nak dapatkan kerja tu hampit
setahun lebih juga lah bersaing.
Namun semua itu ada jalan penyelesaiannya, kerana sekarang
banyak je pameran dan acara temuduga dan mencari pekerjaan diadakan. Akan
datang, korang kena datang ke pameran dan program kerjaya Return To Work yang
dianjurkan oleh Perkeso.
Don’t worry guys! Job fair ini memang trusted punya dan tak
menipu macam kes yang dianjurkan oleh satu badan baru – baru ini. Buktinya,
pemuda yang berstatus OKU ini sudah pun mendapat kerja melalui program Perkeso
ini .
Yes! Mereka yang OKU pun boleh dapat kerja melalui program
ini kerana Perkeso cuba untuk tidak membezakan taraf seseorang malah untuk yang
OKU walapun ada kekurangan namun kerja yang diberi sangat bersesuaian untuk
mereka.
Sebagai contoh, pemuda yang bernama Mohd Haffiz Zamri ini
telah berkongsi pengalamannya mendapat kerja melalui Perkeso. Suatu ketika
dahulu, beliau pernah menjadi mangsa rompakan dan menyebabkan kaki kanannya
ditembak. Akibatnya, kaki beliau cedera parah sehingga menyebabkan kakinya itu tidak
dapat berfungsi lagi dengan baik.
Bagi sesetengah tempat, mungkin akan terus dibuang kerja
atau mereka yang menghadapi kecacatan fizikal tidak akan diterima bekerja.
Namun berlainan pula dengan Haffiz kerana beliau telah merujuk kepada Perkeso
melalui Return to Work dan hasilnya beliau telah diterima bekerja.
Jadi jangan lupa untuk ke Karnival Pekerjaan Dan Kaunseling
Kerjaya 2017 yang akan diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya
(PICC) pada 9 Oktober 2017 bermula pada 8.30 pagi hingga 4 petang.
Ini senarai syarikat yang mengambil bahagian nanti. Take note guys!
Ini senarai syarikat yang mengambil bahagian nanti. Take note guys!
Untuk siapa karnival ini? Untuk korang yang ingin cari kerja
tidak kiralah lepasan university, penganggur atau kekurangan upaya(OKU) ,
korang boleh je datang sini asalkan niat korang memang nak cari dan dapatkan
kerja.
Pada hari tersebut, sebanyak 2000 kekosongan jawatan bakal
diberikan kepada korang yang layak dari 30 majikan termasuk badan berkanun dan
agensi kerajaan.
Jangan lupa bawa bersama resume korang,sijil , gambar
passport dan dokumen berkaitan untuk memudahkan proses temuduga nanti.
Untuk maklumat lanjut, hubungi
03-426 45594 / 5373
017 – 369 0128
012 – 607 6763
Facebook : Return to Work Perkeso
Twitter : Return to Work Perkeso
Sila kongsikan berita ini dengan kenalan korang ya!
No comments:
Post a Comment