Total Pageviews

Siapa Nak Cari Kerja ? Kena Sertai Karnival Pekerjaan Dan Kaunseling Kerjaya 2017



 Berdasarkan pengalaman aku sendiri, memang zaman sekarang persaingan untuk mendapatkan kerja tu sangat dirasai.

Walaupun korang ada ijazah tinggi mana, tapi tanpa kemahiran dan usaha ternyata itu semua sia- sia. Macam aku, walaupun grad agak cemerlang dan agak aktif masa zaman belajar dulu tapi nak dapatkan kerja tu hampit setahun lebih juga lah bersaing.






Namun semua itu ada jalan penyelesaiannya, kerana sekarang banyak je pameran dan acara temuduga dan mencari pekerjaan diadakan. Akan datang, korang kena datang ke pameran dan program kerjaya Return To Work yang dianjurkan oleh Perkeso.

Don’t worry guys! Job fair ini memang trusted punya dan tak menipu macam kes yang dianjurkan oleh satu badan baru – baru ini. Buktinya, pemuda yang berstatus OKU ini sudah pun mendapat kerja melalui program Perkeso ini .

Yes! Mereka yang OKU pun boleh dapat kerja melalui program ini kerana Perkeso cuba untuk tidak membezakan taraf seseorang malah untuk yang OKU walapun ada kekurangan namun kerja yang diberi sangat bersesuaian untuk mereka.

Sebagai contoh, pemuda yang bernama Mohd Haffiz Zamri ini telah berkongsi pengalamannya mendapat kerja melalui Perkeso. Suatu ketika dahulu, beliau pernah menjadi mangsa rompakan dan menyebabkan kaki kanannya ditembak. Akibatnya, kaki beliau cedera parah sehingga menyebabkan kakinya itu tidak dapat berfungsi lagi dengan baik.



Bagi sesetengah tempat, mungkin akan terus dibuang kerja atau mereka yang menghadapi kecacatan fizikal tidak akan diterima bekerja. Namun berlainan pula dengan Haffiz kerana beliau telah merujuk kepada Perkeso melalui Return to Work dan hasilnya beliau telah diterima bekerja.


Jadi jangan lupa untuk ke Karnival Pekerjaan Dan Kaunseling Kerjaya 2017 yang akan diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 9 Oktober 2017 bermula pada 8.30 pagi hingga 4 petang.

Ini senarai syarikat yang mengambil bahagian nanti. Take note guys!


Untuk siapa karnival ini? Untuk korang yang ingin cari kerja tidak kiralah lepasan university, penganggur atau kekurangan upaya(OKU) , korang boleh je datang sini asalkan niat korang memang nak cari dan dapatkan kerja.



Pada hari tersebut, sebanyak 2000 kekosongan jawatan bakal diberikan kepada korang yang layak dari 30 majikan termasuk badan berkanun dan agensi kerajaan.

Jangan lupa bawa bersama resume korang,sijil , gambar passport dan dokumen berkaitan untuk memudahkan proses temuduga nanti.

Untuk maklumat lanjut, hubungi

03-426 45594 / 5373
017 – 369 0128
012 – 607 6763

Facebook : Return to Work Perkeso
Twitter : Return to Work Perkeso

Sila kongsikan berita ini dengan kenalan korang ya! 

No comments: