Total Pageviews

Murahnya Beli Barang Dapur Di Lulu Hypermarket Kuala Lumpur


Ingat senang ke duduk sebagai orang bujang ni? Tak ada bini atau mak nak tolong masakkan jadi jalan mudah makan maggi je haa. Tapi kena ingat makan selalu tak bagus untuk kesihatan, so rajin – rajinkan lah diri untuk pergi shopping beli barang dapur ya.




Selalunya bab harga memang aku particular, yer la walaupun bujang tapi komitmen dah macam anak 4 orang LOL so dimana nak dapatkan barang dapur yang murah?



Korang pergi je dekat Lulu Hypermarket Kuala Lumpur. Pada mulanya aku was – was juga nak beli memandangkan rumah aku di Shah Alam, pasaraya ini pula dekat tengah – tengah Kuala Lumpur.

Tapi since 16 dan 17 haribulan yang lalu, Lulu Hypermarket buat jualan promosi dimana hampir semua barang ada 50% diskaun, aku pun terjebak sampai shopping tak ingat dunia.

Siap call lagi kawan baik aku nak beli apa, since dah murah. Hahaha ..Aku difahamkan oleh staff disini, dorang memang selalu adakan promosi tambah – tambah lagi di musim perayaan.






Bayangkanlah chipsmore 2 pek RM6 , Toblerone RM7 daripada RM10 dan banyak lagi. Selain murah, apa yang membezakan Lulu Hypermarket dengan pasaraya lain adalah department dia besar dan ada jual pelbagai barang secara pukal. Contohnya aneka cheese, kekacang, gula – gula import, roti dan banyak lagi.

Memang murah!Okay sekarang aku list barangan yang aku beli ini dan korang tengok murah ke tak

  • -       Cheese 1 pek
  • -       maggi 1 pek
  • -       roti nan 1 pek
  • -       Air twister 2 botol besar
  • -       Air 100 plus 1 botol besar
  • -       Aiskrim wall 1 pek besar
  • -       Cili hijau
  • -       Cili burung
  • -       Bawang besar
  • -       Tiger balm
  • -       Shaver gillete 4 batang
  • -       Nugget ramli
  • -       Daging import
  • -       Hotwheels 2 biji
  • -       Tepung kastard
  • -       Susu cair
  • -       Ikan bilis
  • -       Chipsmore 2 pek
  • -       Biskut
  • -       Kitkat
  • -       Jajan 4 pek
  • -       Macam ada lagi tapi tak ingat LOL
  • -        

Dan semuanya RM160. Murah tak? Semua ini aku angkut naik motor tau tak. The struggle is real! Actually semalam berkenan dengan tv 55 inci tu, smart tv Full HD harganya cuma 2 ribu daripada 4 ribu. Nasib tak cukup bajet kalau tak memang rembat dah haha

Pada 16 September bersempena dengan Hari Malaysia juga, Lulu Hypermarket Kuala Lumpur telah mencatat rekod Malaysia dengan memecah rekod pesaing sebelum ini dalam The Longest Fresh Fruit Cake sepanjang 123 meter!




Tahniah Lulu Hypermarket! Orang ramai pun berpeluang rasa dan dapatkan kek ini secara percuma siap ada yang tapau bawa balik tau.

So kalau nak shopping pelbagai barangan murah korang dah tahu kat mana kan? Highly recommend! Selamat shopping ya!

No comments: