Ketahui Hak Korang Sebagai Pengguna !
Korang pernah tak alami pengalaman dimana korang membeli
sesuatu tetapi harga barang tersebut terlalu mahal berbanding kedai lain,
ditipu ketika membeli tidak sama dengan harga yang dipamerkan?
Sebenarnya semua itu boleh dilaporkan kepada Kementerian
Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPNDKK) dimana dorang
akan ambil tindakan yang selanjutnya.
Bila korang perasan ada kedai yang menaikkan harga sewenang
–wenangnya dan tak pamerkan tanda harga pun dah dikira satu kesalahan tau?
Tambah – tambah lagi apabila melibatkan barang seperti minyak, tepung dan gula
sesetengah mereka yang tidak bertanggungjawab akan menaikkan harga barang ini
sesuka hati ja.
Jadi, jalankan tugas korang sebagai pengguna dengan laporkan
kepada KPDNKK. Kalau korang tak laporkan, macam mana dorang nak take note,
alert dan ambil tindakan bukan?
Selain dari insiden di atas, di antara salah laku dan juga
kes yang korang dianayai adalah
·
Penipuan Perkhidmatan
·
Penipuan Harga
·
Penipuan Transaksi Internet
·
Jualan Bahan Petroleum
·
Tiada Tanda Harga
·
Bengkel Kenderaan Bermotor
·
Pekhidmatan Telekomunikasi
·
Penipuan Gores Dan Menang
· Penipuan
Perjanjian Sewa Beli
· Penyelewengan
Jualan Lansung
Korang kena alert dengan kes seperti ini jangan biarkan ‘lanun’
di luar sana menguasai dan memonopoli keuntungan begitu sahaja.
contoh harga semasa barangan |
Jalankan tanggungjawab korang sebagai pengguna dengan membuat
aduan melalui telefon, laman web, surat dan datang sendiri ke Pusat Pengurusan
Aduan Pengguna (PPAP).
Kalau korang nak tindakan cepat dan ketika itu korang tidak berpuas hati dengan harga atau kualiti barangan atau
perkhidmatan yang ditawarkan, korang boleh merujuk kepada KPDNKK melalui:
- Talian bebas tol (1-800-886-800)
- Portal Rasmi: http://e-aduan.kpdnkk.gov.my/
Selain
itu, jangan lupa untuk menjadi Friends of KPNDKK yang dibuka kepada seluruh
rakyat Malaysia dengan mendaftar di http://fok_sp.1pengguna.com/sp/ .
Banyak kelebihan nya tau.Jalankan tanggungjawab kita bersama! #KPNDKK #HakPengguna
1 comment:
banyak jugak benda yang kita tak tahu sebenarnya. tq for the info
Post a Comment