DEMC Shah Alam Hospital Swasta Pertama Di Malaysia Yang Memiliki MRI Yang Canggih!
Sebelum ni kita asyik dengar perkataan MRI bagai kan? Korang tahu ke apa maksud dan kegunaan MRI ini?
MRI ini adalah singkatan bagi Magnetic Resonance Imaging yang kebanyakannya digunakan dalam bidang perubatan. Baru - baru ini aku berkesempatan untuk hadiri seminar yang lebih kepada awareness mengenai apa itu MRI
Seminar ini dianjurkan oleh DEMC Specialist Hospital Shah Alam dengan kerjasama Philips Healthcare. Aku sengaja datang seminar ni sebab nak tahu dengan lebih lanjut mengenai MRI ni walaupun belajar dan kerja aku tidak bersangkut paut pun dengan perubatan.
Kalau korang nak tahu, MRI Jalur Lebar Digital Pertama di hospital swasta Malaysia dimiliki oleh DEMC . Tidak hairanlah bila korang pergi mana - mana untuk dapatkan rawatan dorang akan suggest DEMC nih
Dalam seminar tersebut, para speaker telah dijemput khas iaitu Dr Stephane Breil PhD in NMR Spectroscopy dari Paul Sabater University, France dan Encik Wan Mohd Fuad, Senior Manager Cardiac Angiographer, Diagonstic Imaging Department di DEMC.
Tujuan seminar ini adalah untuk memberikan penjelasan dan maklumat mengenai mesin MRI jalur lebar digital yang pertama di DEMC ini.
Nak tahu tak kelebihan mesin MRI jalur lebar digital ini berbanding mesin MRI lain yang berada di pasaran?
Mesin MRI jalur lebar digital ini mampu memberikan imej yang lebih jelas di samping masa yang diambil juga lebih cepat.
Uniknya lagi mesin terkini ini memberikan pengalaman yang berbeza kepada korang sebab korang boleh pilih mood yang korang nak dalam tu. So takde la cuak atau bosan kat dalam mesin MRI ni.Canggih kan ?
Berbadan besar? Dont worry sebab mesin ini direka untuk pelbagai saiz dan kanak - kanak pun boleh gunakan mesin ini dengan selamat.
So lepas ini, kalau korang nak dapatkan pemeriksaan MRI datang je ke DEMC Shah Alam dan highly recommend untuk dapatkan rawatan lain sebabnya ;
- DEMC memberikan perkhidmatan yang unik,berbeza dan komitmen mereka tanpa kompromi dalam memberikan perkhidmatan berkualiti kepada semua pelanggan
- Selesa! Rasa macam dekat hotel
- Terdapat 130 katil dengan bangunan 9 tingkat yang menawarkan pelbagai bidang kepakaran perubatan dan pembedahan profesional.
Selain itu, dekat sini juga ada rawatan lain seperti :
Untuk korang yang nak dapatkan rawatan disini bolehlah rujuk
Darul Ehsan Medical Centre (DEMC)
No. 4 Jalan Ikhtisas, Seksyen 14 Shah Alam Selangor
Tel: +60355151888
Faks: +0355151811/12
Website: www.demc.com.my
No comments:
Post a Comment