Total Pageviews

Uniknya Vietnam !

Siapa pernah pergi Vietnam? Haa kalau nak tahu, Vietnam memiliki keindahan yang tidak boleh dipertikaikan. Sebab apa? Ianya kaya dengan sejarah kebudayaan,landskap dan panorama semula jadi yang memukau, pantai indah memukau, keperbagaian cita rasa dan banyak lagi!




Sebab itulah Vietnam berjaya menarik ramai pelancong setiap tahun. Kalau ke Vietnam mesti kena pergi ke kota Ho Chi Minh terutamanya untuk food lover!

Nikmati juadah lazat Vietnam

Syurga makanan! Vietnam. Banyak giler choice dekat Ho  Chi Minh City. Makanan halal? Jangan risau yang ini semuanya makanan halal dan boleh dapatkan di sekitar bandar.

Vietnam Spring Roll



Haa makanan ini viral tau! Nak dapatkan yang halal? Boleh je pergi ke Restoran d’Nyonya dan pesan Vietnam Spring Roll. Kalau tak dapat ni, tak sah trip korang ke sini.


Pho Hoa Ha



Pho adalah makanan tradisi disini. Macam mi juga, ianya dihidangkan bersama herba dan daging. Ianya cukup terkenal dan berharga RM6. Murah kan?

Medan tawar-menawar di Pasar Ben Thanh




Sebelum korang terus menjamu selera dengan makanan seterusnya, singgahlah di tempat tumpuan di Ho Chi Minh City untuk membeli-belah secara tawar menawar di pasar Ben Thanh. Untuk kaki shopping, ini syurga buat korang dimana korang boleh nego harga yang menjual makanan, cenderahati, kesenian dan kraftangan,
tekstil dan banyak lagi.

Kalau dah dekat sini, jangan sekejap je tau. Sebaiknya luangkan masa sedikit untuk berjalan, survey dan barulah beli! Bak kata orang bijak membeli. Hehehe


Any coffee lover?


Sebagai pengeluar kopi kedua terbesar di dunia, Vietnam pastinya arif mengenai kopi. Tidak seperti segelas kopi yang biasa korang tengok  di Starbucks, kopi Vietnam dikenali kerana dengan susu pekat manis yang memberikannya keseimbangan sempurna bagi Cha Phe Sua Nong yang begitu keras – iaitu kopi hitam tradisional Vietnam.



Sedap weh! Senang je kalau nak minum kopi ini. Cari je setiap jalan di Vietnam. Masuk ke mana-mana kedai kopi, minta secawan kopi, duduk dan nikmatinya sambil melihat orang atau kawasan sekitar like a boss!
-
-
-
-



Haa ini baru sikit tau! Sebenarnya ada banyak lagi tempat dan aktiviti yang menarik di Ho Chi Minh City. Untuk merasai sendiri pengalaman di negara ini, korang boleh menaiki Vietjet, syarikat penerbangan era baru terkini Vietnam.

Dengan penerbangan terus setiap hari dari Kuala Lumpur (KLIA) ke Ho Chi Minh City, mengunjungi Vietnam kini menjadi lebih mampu dan mudah! Dengar cerita harga pun murah!

Untuk menjadi sebahagian daripada pengalaman perjalanan Vietjet yang menyeronokkan dan inovatif, layari www.vietjetair.com atau www.m.vietjetair.com (mobile), 

muat turun app vietjetair, sertai vietjetairvietnam di Facebook atau

 menghubungi pusat panggilan syarikat penerbangan ini 24 Jam setiap hari di talian (+603) 2730 9887 atau e-mel vietjet@kul.reliancetravel.com.

No comments: