Uniknya Vietnam !
Siapa pernah pergi Vietnam? Haa kalau nak
tahu, Vietnam memiliki keindahan yang tidak boleh dipertikaikan. Sebab apa?
Ianya kaya dengan sejarah kebudayaan,landskap dan panorama semula jadi yang
memukau, pantai indah memukau, keperbagaian cita rasa dan banyak lagi!
Sebab itulah Vietnam berjaya menarik ramai
pelancong setiap tahun. Kalau ke Vietnam mesti kena pergi ke kota Ho Chi Minh
terutamanya untuk food lover!
Nikmati
juadah lazat Vietnam
Syurga makanan! Vietnam. Banyak giler choice
dekat Ho Chi Minh City. Makanan halal?
Jangan risau yang ini semuanya makanan halal dan boleh dapatkan di sekitar
bandar.
Vietnam
Spring Roll
Haa makanan ini viral tau! Nak dapatkan yang
halal? Boleh je pergi ke Restoran d’Nyonya dan pesan Vietnam Spring Roll. Kalau
tak dapat ni, tak sah trip korang ke sini.
Pho
Hoa Ha
Pho adalah makanan tradisi disini. Macam mi
juga, ianya dihidangkan bersama herba dan daging. Ianya cukup terkenal dan
berharga RM6. Murah kan?
Medan
tawar-menawar di Pasar Ben Thanh
Sebelum korang terus menjamu selera dengan
makanan seterusnya, singgahlah di tempat tumpuan di Ho Chi Minh City untuk
membeli-belah secara tawar menawar di pasar Ben Thanh. Untuk kaki shopping, ini
syurga buat korang dimana korang boleh nego harga yang menjual makanan,
cenderahati, kesenian dan kraftangan,
tekstil dan banyak lagi.
Kalau dah dekat sini, jangan sekejap je tau.
Sebaiknya luangkan masa sedikit untuk berjalan, survey dan barulah beli! Bak
kata orang bijak membeli. Hehehe
Any
coffee lover?
Sebagai pengeluar kopi kedua terbesar di
dunia, Vietnam pastinya arif mengenai kopi. Tidak seperti segelas kopi yang
biasa korang tengok di Starbucks, kopi
Vietnam dikenali kerana dengan susu pekat manis yang memberikannya keseimbangan
sempurna bagi Cha Phe Sua Nong yang begitu keras – iaitu kopi hitam tradisional
Vietnam.
Sedap weh! Senang je kalau nak minum kopi
ini. Cari je setiap jalan di Vietnam. Masuk ke mana-mana kedai kopi, minta
secawan kopi, duduk dan nikmatinya sambil melihat orang atau kawasan sekitar
like a boss!
-
-
-
-
Haa ini baru sikit tau! Sebenarnya ada banyak
lagi tempat dan aktiviti yang menarik di Ho Chi Minh City. Untuk merasai
sendiri pengalaman di negara ini, korang boleh menaiki Vietjet, syarikat
penerbangan era baru terkini Vietnam.
Dengan penerbangan terus setiap hari dari
Kuala Lumpur (KLIA) ke Ho Chi Minh City, mengunjungi Vietnam kini menjadi lebih
mampu dan mudah! Dengar cerita harga pun murah!
Untuk menjadi sebahagian daripada pengalaman
perjalanan Vietjet yang menyeronokkan dan inovatif, layari www.vietjetair.com
atau www.m.vietjetair.com (mobile),
muat turun app vietjetair, sertai
vietjetairvietnam di Facebook atau
menghubungi pusat panggilan syarikat
penerbangan ini 24 Jam setiap hari di talian (+603) 2730 9887 atau e-mel vietjet@kul.reliancetravel.com.
No comments:
Post a Comment