Tempat menarik di Medan | FAM Trip Ke Sumatera Utara
Ada sesiapa yang berhajat untuk ke Medan dan
tak tahu tempat – tempat menarik di sini?
Baru – baru ini aku berkesempatan ke Sumatera
Utara termasuklah di Medan dan tempat – tempat menarik yang berhampiran
menerusi FAM Trip yang aku sertai bersama rakan media dan pengusaha pelancongan
yang lain.
Trip ini adalah anjuran Ministry of Tourism Indonesia dengan kerjasama KBRI Kuala Lumpur. Jadi di
kesempatan ini, untuk korang yang ingin ke Medan, aku ingin kongsikan beberapa
tempat menarik di Medan yang boleh korang kunjungi dan diperakui oleh kerajaan Indonesia
sendiri
Istana maimon
Sampai saja di Medan, mungkin korang boleh
kesini. Jangan tak tahu, di Medan ini masih lagi berdiri kukuh istana Melayu,
Istana Maimon .
Namun begitu pengaruh dan kekuasaan diraja di Indonesia telah
hilang dan yang tinggal hanyalah warisan dan sejarah peninggalannya.
Disini ukiran gabungan melayu, india perancis
masih boleh dilihat. Dah sampai disini, jangan lepaskan peluang untuk memakai
persalinan diraja dan bergambar untuk kenangan
Durian Ucok
Datang Medan, orang cakap boleh makan durian
sepuas - puasnya.
Durian Ucok merupakan satu - satunya tempat makan durian yang
terbesar, selesa dan dibuka 24 jam di Medan.
Jangan lupa untuk mencuba Sate kerang juga
yang wajib dicuba bila berada di Medan
Pasar buah berastagi
Mengambil masa hampir 2 jam dari bandar Medan,
Berastagi ini salah satu tempat di Sumatera Utara.
Mendapat nama kerana dulu
disini merupakan kawasan jualan beras yang terbaik. Namun begitu, sekarang dah
tak ada beras dan dorang gantikan dengan jualan sayur dan buah - buahan segar.
Cuaca disini sejuk kerana terletak di kawasan
gunung berapi aktif iaitu Gunung Sibayak dan Gunung Sinabung. Sewaktu kiteorang
ke sini pun, keadaan berdebu sebab Gunung Sinabung telah meletus untuk beberapa
kali. Tapi still selamat ya untuk dikunjungi.
Buah - buahan dekat sini segar - segar dan
korang boleh tawar menawar. Tapi diingatkan selalu periksa dan berjaga - jaga
takut ditipu sebab kiteorang pun kena dah terkena.
Dekat sini, korang boleh mencuba pelbagai buah
dan nikmati udara segar yang nyaman except time berdebu la ye
Air Terjun Sipiso - piso
Sering kali orang menganggap kawasan Air
Terjun Sipiso piso dan Tasik Toba adalah dalam kawasan Medan. Sebenarnya ianya
bukanlah Medan ianya terletak di kawasan kabanjahe, Sumatera Utara. Jika korang
datang ke Lake Toba, Air Terjun Sipiso piso ini
adalah yang pertama menanti untuk meraikan kedatangan korang.
Cukup dengan mengambil gambar di menara
pemandangan, korang akan terpesona dengan keindahannya. Kalau rajin boleh je
turun ke bawah dan mengambil gambar di kaki air terjun
Sebagai fakta, Air Terjun ini merupakan air
terjun yang paling tinggi di Indonesia dan dikatakan mendapat nama kerana airnya
yang tajam seperti pisau. dah la cantik pastu sejuk pula kat sini. Korang mesti
terpegun!
Lake Toba
Sebenarnya Lake Toba ini tersangatlah besar.
Boleh dikatakan apabila korang ke Parapat, Kabanjahe korang bakal dihiasi
pemandangan indah tasik kelima yang terbesar di dunia.
Terdapat banyak mitos dan misteri mengenai
tasik yang pernah menggemparkan dunia ini dimana aku akan kongsikan pada
entry akan datang
Pulau Samosir – Kampung Tomok
Orang kata kalau dah ke Lake Toba, wajib ke
Kampung Tomok di Pulau Samosir. Pulau ini adalah yang terbesar di tasik ini dan
mempunyai penempatan kaum Batak Toba.
kalau di Lake Toba nak cari kedai makan muslim cari yang tulis RM Muslim |
aktiviti riadah mereka |
Di kampung Tomok terdapat beberapa peninggalan
sejarah yang korang boleh lawati termasuklah Makam diraja Batak. Uniknya
mengenai makam diraja ini, sewaktu korang melangkah masuk ke makan ini, korang
bakal diberi selempang yang merupakan tradisi disini bagi menghormati
nenek - moyang mereka.
Disini, korang bakal diceritakan mengenai
sejarah kaum batak dan kubur – kubur disini. Menarik tau!
Terletak di kawasan yang sama juga, jangan
lupa untuk melihat patung Sigale – gale menari. Tarian dorang cukup
menghiburkan dan korang pun akan ditarik untuk menari sekali bersama – sama
dengan mereka. Jangan say no tau, nanti kecil pula hati mereka.
Selain daripada tempat – tempat menarik di
Sumatera Utara yang tertulis diatas, untuk korang yang beragama hindu, dan
penganut agama Buddha boleh ke Graha Maria Annai Velengkanni dan Taman Lumbini.
Untuk makluman korang, nak ke Lake Toba dah
mudah. Sebab sekarang dah ada lapangan terbang yang baru iaitu Lapangan Terbang
Silangit. Jadi perjalanan dari Medan ke Silangit hanya 35 minit. So untuk ke
Lake Toba dah tak terasa jauh.
Untuk ke lapangan terbang ini, korang boleh
naik Garuda Indonesia dan periksa jadual kekerapan penerbangan.
Sebelum pulang, jangan lupa bawa balik Bika
Ambon yang terkenal di Medan. Sedap gilos!
Pada next entry aku akan kongsikan mengenai
Hotel Menarik di Medan, Itinerary ke Medan dan Misteri Lake Toba. Nantikan ya!
Terima kasih Kementerian Pelancongan
Indonesia, Team Wonderful Indonesia dan KBRI Kuala lumpur
1 comment:
Ya ampun, cantiknya Medan! Istana, air terjun dengan tasik Danau Toba tu cukup buat jeles aih!
Post a Comment