Senarai Hotel Pilihan Di Medan
Kebanyakan anak muda kalau travel tak kisah sangat
pasal tempat tinggal ini. Kebanyakannya
akan tinggal di hostel atau mencari hotel bajet yang murah untuk save budget.
Tetapi bagaimana pula dengan mereka yang berkeluarga, ingin
berbulan madu atau ingin mencari hotel yang selesa?
Menerusi Wonderful Indonesia, mereka telah mengenal pasti
senarai hotel pilihan di Medan dan Sumatera Utara dimana aku sendiri turut
berkesempatan menginap disini. Diperakui kesemua hotel ini tersangatlah selesa
dan kebanyakannya adalah hotel yang berhampiran tempat menarik di Medan
Hotel di Bandar Medan
Grand Aston Hotel, Medan
Hotel 5 bintang ini terletak betul – betul di tengah Bandar
medan dan berhampiran dengan tempat – tempat menarik di Medan seperti Masjid
Agung Medan, Istana Maimon dan berhadapan dengan Merdeka Walk.
Untuk korang yang nak makan makanan tempatan, mencari
souvenir dan mencari tukang urut murah, boleh saja ke Merdeka Walk , berhadapan hotel ini
Hotel di Pasar Berastagi
Sibayak Hotel
Untuk ke Berastagi, perjalanan dari bandar Medan mungkin
agak jauh, tapi jangan risau kerana di Berastagi terdapat hotel yang selesa dan
menarik iaitu Sibayak Hotel
Kalau korang menginap di hotel ini jangan pelik kalau tak
ada aircond dan kipas kerana cuaca disini sudah sejuk. Pemandangan pula korang
akan dapat melihat Gunung Sibayak yang cukup menarik. Untuk korang yang ingin
tenangkan fikiran mungkin boleh menginap di hotel ini
Hotel di Lake Toba
Inna Parapat Hotel
Jika ke Lake Toba, jangan lepaskan peluang untuk menginap di
Inna Parapat Hotel yang terletak di Parapat. Hotel ini best tau sebab terletak
di tepi tasik dan view dia cukup mengagumkan!
Sebenarnya banyak lagi hotel yang kiteorang singgah
termasuklah Niagara Hotel, Mikie Holiday Resort, dan banyak lagi. Cuma yang aku
senaraikan di atas tu adalah hotel yang aku sendiri tidur disana. Untuk korang
yang ke Medan, bolehlah menginap disini nanti!
Terima kasih Kementerian Pelancongan
Indonesia, Team Wonderful Indonesia dan KBRI Kuala lumpur
3 comments:
Wah... kenapa view masing2 cantik sangat! jeles!
Lawa weyh pemandangan dari bilik hotel hang! Bangun bangun ala ala dalam movie gittew..
Blogger at Curitan Aqalili
http://www.aqaliliazizan.com
pergi tempat org best..
Post a Comment