Malaysian Griller's Challenge Nandos 2017.
Hello hallu everybody! Pada hari ini, I nak update pasal Malaysian Griller's Challenge Nandos 2017. Pada beberapa hari yang lepas, pihak Nandos telah menganjurkan satu pertandingan grilling ayam peri- peri terhangat Nandos bertempat di Nandos Mytown, Cheras. Event ni selaras dengan pertandingan yang akan diadakan pada September nanti, dimana para grillers seluruh negara akan turun padang ke Nando's International Grillers' Challenge yang ke 6 tahun di Johannesburg, South Africa.
Para peserta akan ber"combat" dan beraksi dalam menyediakan ayam peri-peri paling laris Nandos terdiri daripada peserta lelaki mahupun wanita ini akan disertai oleh peserta dari UK,US,Australia, Emiriah Arab Bersatu dan macam- macam lagi.
Antara "Nnado's Master Grillers 2016" yang banyak membantu belakang tabir menjayakan program ini. Dari kiri adalah Shidin, Ali dan Rajasingam. Part paling best ialah bila "kitchen crews" macam kurang bersemangat, manager mereka akan nyanyiakn lagu keramat mereka kuat- kuat. Misalnya, nyanyian keramat "GDoubleOD JOB" dan "kitchen crews" akan sambut dengan penuh semangat "GOOD JOB! GOOD JOB HEYY! GOOD JOB GOOD JOB HEYY!"
Dibelakang tabir antara salah satu para peserta yang berentap dalam pertandingan Malaysian Griller's Challenge Nandos 2017 sambil dibantu oleh kru Nandos yang berpengalaman. Mereka akan dihakimi berdasarkan tesktur makanan mereka, cara penyampaian serta kekemasan dalam menyediakan makanan dan minuman di Nandos. Objektif utama pertandingan ini diadakan adalah bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada peserta serta pelanggan mengenai tahap piawaian penyediaan makanan dan minuman di restoran Nandos.
Yeay! Chef Khai Azfar memenangi tahta pada tahun ini! Hebat ni berentap di dapur! Hakim pertandingan amat berbangga dengan pencapaian Chef Khai Azfar! Apa yang beliau menangi? Banyak! Antaranya 365 hari percuma hidangan Nandos! Terima kasih banyak- banyak Nandos Malaysia kerana memberi dan membuka peluang untuk kami mencuba pengalaman sebenar sebagai chef Nandos dan yang paling penting, banyak pengalaman dan pengajaran yang kami dapati daripada program ini. Antaranya, kami hargai hasil titik peluh segala "kitchen crews" Nandos dalam memberikan kepuasan maksima dalam penyediaan makanan dan minuman kepada pelanggan Nandos.
No comments:
Post a Comment