Total Pageviews

Survival tips part 1- Survival Kit.

Hai semua! Apa khabar? Hope semua sihat belaka ok? Namo sakit- sakit. Penyakit sekarang ni banyak yang merbahaya. Terutamanya kalau terkena virus sebab virus zaman sekarang ni dah banyak yang berkacup- kacup. Dimusim yang banyak penyakit ni, saya harap anda semua jaga diri masing- masing dan baik- baik ok?


Akak ada soalan nak tanya korang. Kan sekarang ni trending umat manusia muda- mudi masuk hutan, panjat gunung semua kan? Alkisahnya banyak pulak manusia sesat dalam hutan tu. Therefore, anda dah bersedia kah dalam segala kemungkinan? Adakah anda mampu hidup dalam hutan andai kata anda terpisah dari kumpulan masing- masing? Apa yang anda bawa dalam "rugsack" atau beg sandang anda itu? Adakah semata-mata make up atau atau atau? Ok akak pun malas nak cakap panjang. Meh nak kongsi sikit apa yang wajib anda perlu ada ketika di dalam hutan ok? Yang ini untuk "Survival Kit" sahaja. Baru dapat tips daripada rakan komando semalam.. Hehe. So, meh nak share.

1- Cotton pad yang dicalit sedikit Vaseline separuh permukaan. Tahukah anda, cotton pad yang disimpan kering yang telah disapu separuh permukaannya dengan Vaseline (bersifat petroleum) mampu menjadi bahan bakar yang bernas ketika di dalam hutan? Api ini adalah satu keperluan (despite air minuman) ketika didalam hutan untuk mengelakkan haiwan liar mendekati diri serta mampu menghangatkan badan anda yang kesejukan waktu didalam hutan. 

Suggestion: Sapu sedikit Vaseline pada separuh permukaan ( Facial cotton) tu, kemudian masuk dalam straw and then pada kedua- dua hujung straw tu, bakar sikit sampai udara atau air dah tak boleh masuk dalam straw tu. INGAT YA, KENA KEKALKAN KEKERINGAN PADA COTTON ITU.


Ini adalah contoh bagaimana straw tersebut harus di "seal" kan. Lepas sapu Vaseline pada cotton pad, masukkan "facial cotton pad" tersebut menggunakan lidi "skewer" atau "toothpick". Ingat ya! WAJIB KERING! (Hasil Google).



2- Pad! Iya! Tuala wanita (bukan tampon atau panty liner). Mengapa penting? Ianya kerana, tuala wanita mampu bertindak sebagai bahan untuk mengelakkan kaki, ketiak atau bahagian paha menjadi melecet atau "blister". Selain itu, ia juga boleh ditekap pada luka atau "open wounds" untuk hentikan pendarahan yang semi- maximal amountnya. Dalam Survival kit ni, spare lah 5-6 keping pad ukuran mana yang awak prefer.

3- Kondom! Haha pasti some of you guys geli kan dengar perkataan ni? Namun begitu, anda perlu tahu, kondom boleh jadi amat berguna ketika emergency didalam hutan. Ianya kerana, kondom amat mudah di bawa kemana kerana ringan, flexible dan kecil. Namun begitu, ianya akan menjadi besar mengikut kehendak size yang kita mahu selain sifatnya yang agak tahan lasak. Apa kegunaan kondom ni? Anda boleh balut kasut anda jika jalan berlecak dan basah serta jika anda ketandusan perkakas minuman, anda boleh gunakan kondom sebagai perkakas minuman anda. Kegelian? Bila dah dalam keadaan terdesak, gunakan apa sahaja yang ada untuk hidup. Selain itu, kondom itu juga boleh menjadi salah satu bahan bakar yang baik (fire starter). Nanti saya akan update di entry yang seterusnya teknik mudah menghidupkan api menggunakan kondom ok?


4- Floss (tali). Jangan pula anda beli floss yang pendek dan ada lidi tu. Ianya berguna untuk menjahit open wound (luka yang besar), tapak kasut serta pakaian yang koyak (especially bahagian terlarang) atau beg anda yang koyak semasa masuk ke dalam hutan dan mendaki. Selain itu, ia juga boleh dijadikan tali mata kail.



Contoh "floss" gigi yang disarankan. Comel sahaja bukan? (Hasil Google)




Dan of course BUKAN YANG INI. (Hasil Google)

5- Jarum kasut ataupun safety pin. Ianya amat berguna untuk aktiviti jahit menjahit. Hehe. (Boleh je nak rembat "sewing kit" dari hotel. Ok jugak. Selain menjahit, ianya juga boleh dijadikan sebagai mata kail "in case" anda terpaksa memancing.

Ambil saiz yang kecil atau sederhana sahaja supaya mudah dijahit pada kulit. (Hasil Google)



Contoh jarum jahit kasut yang boleh digunakan. (Boleh dijadikan mata kail). (Hasil Google)


6- Tali "sling". Tali sling ini banyak kegunaannya misalnya, digunakan untuk turun daripada tempat-tempat licin, berbatu- batan, ikat pesakit yang tangannya terkehel atau patah dan banyak lagi kegunaan lain (mengikut kesesuaian situasi dan "creativity"). Tali ini amat kuat dan boleh mengangkat bebanan yang berat. (Nak seret lembu pun boleh).





Contoh tali Sling. Boleh dapatkan kat kedai-kedai outdoor. Ikatan tali sling ni perlu dipelajari. Sila hadiri kursus- kursus anjuran JPAM especially. Sangat berguna. (Hasil Google)


7- Lighter/ fire rod/ paracord bracelet. Apakah fungsinya? Ha, yang ni jadik macam orang dulu- dulu sikit. Daripada asahan fire rod dan paracord bracelet, kita boleh hidupkan api pada facial cotton pad, kemudian jadikan unggun api atau stove (in case stove rosak). Lighter tu pula ensure masukkan dalam zip lock bag ok? Takut basah or masuk air waktu meredah hutan.



Contoh fire rod.. Hasil bukan google. Dapat dari kawan..


Ini adalah contoh Paracord bracelet. Ada banyak jenis paracord bracelet ni dan berbeza fungsi. Untuk yang ini, telah disediakan fire starter dan juga kompas. (Boleh google untuk infos lebih mengenai Paracord bracelet ni).


7- Multi- function folded knife memang penting especially untuk petahankan diri. Tak perlu Swiss Army atau pun Leatherman. Cukuplah sekadar Mr DIY. Yang penting tajam dan fungsinya yang pelbagai.





Contoh multi- function folded knife. Amat berguna dalam hutan nanti.



I used to have this. Beli di Thailand. Nearby Asean Market ada satu kedai Tactical and Outdoor shop. Harga lebih kurang MYR 35 tak silap. Malangnya kena confiscate waktu ke Jakarta. OK bye. 


8- Heavy duty hatchet / semi- hatchet. Parang kampung pun boleh. Yang ini perkara wajib ada ketika masuk hutan belukar. Yang perempuan digalakkan beli semi- hatchet je lebih mudah nak grip dan kecil compared to parang kampung serta hatchet hak besar badak tu.







Comel kan? Geram. I hope I can own it someday.. Brand apa yang baik? Tak mampu komen. Sebab tak tanya opinion daripada pakar lagi.. hehe.


9- Wisel. Untuk attract attention. Wisel bola MYR 2 pun dah cukup. Janji tiup tu orang keliling dengar. Ni in case lah kan andai kata jatuh gaung ke etc. Nak up juga gambar wisel ke? Haha.. mehh mehh..



Contoh wisel.(Hasil google).


10- Arang. Arang ni penting untuk sebarang kemungkinan. Sebab arang ni boleh jadi bahan bakar dan juga boleh jadi water filtration semula jadi. Bawak je walaupun sekeping kecil ok? Mana tahu air kawasan air terjun yang pergi tu contaminated dan anda pula kesuntukan masa nak buat unggun api?



Lapisan air untuk filtration process. Hehe. Guna botol air je OK? Ni nanti pergi sign up diri untuk any kursus Survival Skills.

10- Garam just rembat garam McDonald pun tak apa. Apa fungsinya? Garam boleh gantikan glucose kita yang hilang jika dicampur dalam larutan air, remove pacat ke lintah dari kaki dan marinate makanan yang kita nak makan macam ikan, burung ayam etc. Boleh buang rasa hanyir daripada haiwan- haiwan tersebut. Kalau ada sakit gigi, letak garam pada selembar kain dan letaksedikit air, kemudian tenyeh sampai gigi tu disinfected. Banyak lagi kegunaan. Kalau cuci luka tu wallahualam kang pedih pulak. 

11- Head lamp. 

12- Glow in the dark stick. Potong kecil-kecil supaya boleh buat marking punya route. In case hilang, senang penjejak nak jejak. Jangan pakai Glow Stick yer. haha. Potong je keluar liquid nanti sia- sia je.

13- RATION SENDIRI! Tahu sebab apa? In case terpisah daripada kumpulan pendaki dan anda tersesat, anda masih mempunyai ration sendiri untuk survive beberapa hari. Bagi saya, pilih makanan yang lambat tarikh luput, ringan, ready -to eat dan lambat basi. Misalnya, roti biasa atau biskut, masukkan dalam zip lock supaya tak lemau atau berkulat dek dimamah udara..


OK itu sahaja buat entry kali ini. Banyak lagi sebenarnya ingin ditulis. Semoga berjumpa di entry akan datang OK? Mwah ciked!Any comment atau pertanyaan, boleh tanya dekat comment. Nnanti akak layan..:) See you guys...







No comments: