Total Pageviews

Korea & September. Ada apa dengan Hyo Seok Cultural Festival.

Anneyongsayo! Selamat sejahtera kepada semua rakan serta taulan! Pada hari ini, saya nak kongsikan sedikit kisah mengenai Korea serta Hyo Seok Cultural Festival. Siapa yang tidak kenal akan negara Winter Sonata ini bukan? Pada tahun 2012 yang lepas, saya telah mengambil kesempatan untuk melawat negara K Pop ini. Saya suka akan pemandangannya di Sor Ak Mountain seta Nami Island nya. Yang menarik dan terujanya lagi, kebanyakan peniaga- peniaga cenderahati dan cenderamata disana fasih berbahasa MELAYU! Oleh itu, anda pasti tidak akan mengalami "communication barrier". Selain tempatnya yang menarik, anda sangat di galakkan untuk makan berasaskan laut disana terutama "Seafood Pizza" dia. Terasa nak pergi sekali lagi.. OK.. Usai sudah pengenalan dan pengalaman dari saya yang secebis ini.


Kepada sesiapa yang sedang mencari aktiviti menarik yang amat "limited" di Korea, anda boleh kunjungi Pasar 5 Hari BongPyeong, pada September tahun ini.

Kepada peminat tegar makanan Korea, anda mempunyai peluang yang baik kerana psetiap makanan yang dijaja disini bersifat "limited edition" dan tidak dijual pada hari- hari biasa kerana proses pembuatan makanan tersebut yang amat sukar dan memerlukan waktu jangka panjang untuk di sediakan.


 

                                                 Rupa Pasar 5 Hari Bongpyeong di siang hari.

Alamat.


14-1 Dongijangteo-gii, Bongyeong-myeon, Pyeongchang-gun, Gangwon- Do, South Korea.

Tarikh perlangsungan. 

2-10 September 2017.

Bayaran Masuk (Kos Hantaran). 

Percuma.

Pengangkutan Awam.  

1. Sila naiki bas ke Jangpyeong Intercity Bus Terminal.
2. Daripada terminal tersebut, sila tukar dan naik bas "local bound" ke Bongpyeong atau Phoenix Park Shuttle Bus.

Kemudahan Asas lain.  

1. Kereta sorong- tidak disediakan.
2. Kerusi roda- tidak disediakan.


Produk yang dipasarkan.








                                                              Buckwheat pancake.

RESEPI:      

1/4 Cawan kimchee kobis "Napa", dicincang halus, memanjang seperti halia.
1/2 Cawan daun bawang, potong panjang 3 bahagian.
1/4 bawang Holland, cincang halus macam buat sos bolognese.
1/2 Cawan "buckwheat" campuran pre-mix yang organik.
1/2 sudu teh garam.
1/2 sudu teh gula.
1/2 cawan air.
3 sudu teh jus perahan kimchee ATAU 1 sudu teh pes cili Korea + 2 sudu teh air.
Gunakan "non-stick pan".
Minyak canola.

CARA MEMASAK:       

1 Campurkan "Buckwheat pre-mix",garam, gula, air dan jus kimchee ke dalam mangkuk besar atau "mixing bowl", gaul selama 10 minit.
2 Masukkan kimchee yang telah dipotong panjang serta bawang besar yang telah didadu. Kacau sampai sebati.
3 Panaskan "non-stick pan" anda dengan meletakkan sedikit minyak canola. (Api saiz sederhana ya anak-anak. Kang rentung pula).
4 Masukkan daun bawang dalam kuali tadi. 1 minit pun jadi lah hingga naik bau.
5 Masukkan bahan-bahan yang telah dikacau dalam "mixing bowl" tadi.
6 Dah warna keemasan atau berbuih tu, mohon angkat.
7 Siap dihidang, masukkan dalam pinggan.

Hyo Seok Cultural Carnival.       


























No comments: