KFC Kempen ADD Hope- Makan Sambil Beramal
Siapa yang tidak kenal dengan syarikat kedua terbesar makanan segera di Malaysia, Kentucky Fried Chicken atau KFC bukan? Pengasasnya merupakan seorang veteren askar yang dikenali sebagai Kolonel Sanders yang amat terkenal dengan "juiciness" daging ayamnya yang segar serta perapan yang tiada tandingan. Perapan rempah ratusnya yang stabil membuatkan ayam- ayam yang digoreng dapat mengiurkan pelanggan restoran tersebut.
Sempena bulan Ramadhan yang diberkati pada tahun ini, kempen ADD Hope telah ditubuhkan pada 15 Jun 2017. Kempen ini ditubuhkan bagi mengurangkan kesengsaraan golongan gelandangan, golongan kurang bernasib baik serta golongan miskin bandar. Oleh itu, kempen ini merupakan sebahagian daripada sosial korporat global KFC bagi mengajak serta menyeru rakyat malaysia untuk menjadi lebih "commuted" menjayakan kempen ini, seterusnya membantu membasmi dan melenyapkan permasalahan kebuluran di Malaysia.
Ucapan oleh Merrill Pereyra, Ketua Pegawai Eksekutif- Restaurant Division
QSR Brands (M) Holdings Bhd.
Mengulas ucapan beliau " ADD Hope merupakan salah satu usaha berterusan sepanjang tahun yang tidak terhenti setakat tempoh kutipan dana sahaja. Namun begitu, sumbangan orang ramai tetap menjadi kepentingan utama bagi kempen ini kerana dengan sumbangan yang diberikan akan menjadi sumber bagi kami menyediakan bekalan makanan mereka kepada golongan yang memerlukan tersebut. Kami amat terharu serta berterima kasih kerana menerima sokongan moral yang positif serta orang ramai saban tahun dan menjadikan dorongan kepada kami untuk berusaha lebih gigih supaya dapat membantu lebih ramai insan yang memerlukan diluar sana".
Kami menyedari bahawa isu kelaparan masih merupakan satu permasalahan besar dalam kalangan masyarakat kita. Sebagai sebuah syarikat perkhidmatan makanan, kami ingin memainkan peranan kami bagi meringankan beban mereka. Dengan pelbagai inisiatif yang dirancang tahun ini, kami berharap dapat menggerakkan lebih ramai rakyat Malaysia yang perihatin supaya turun bersama-sama menjayakan program ini"
Antara barisan artis yang menyokong kempen ADD Hope yang murni. Scha Al Yahya.
Selain itu, apa yang membanggakan, para barisan artis juga tidak kurang turun untuk menyokong kempen ini agar program dapat dijayakan. Antara yang terlibat ialah tidak lain tidak bukan, Scha Al Yahya. Mengulas ucapan jurucakap pelakon dan pengacara ini, " Ini adalah tahun ketiga saya menyertai KFC Malaysia. Usaha murni kempen ini sangat dekat di hati saya terutamanya setelah dua tahun saya terlibat di dalam perjalanan yang penuh makna bersama KFC Malaysia. ADD Hope telah memberi peluang kepada saya untuk mendekati ramai individu dan keluarga yang kurang bernasib baik dan ia menyedarkan saya tentang hakikat kehidupan buat sebahagian rakyat kita. Pengalaman ini sangat menginsafkan dan ia telah menguatkan azam saya untuk membantu sebaik mungkin. Kami perlukan sokongan berterusan daripada rakyat Malaysia supaya bantuan bantuan terus dapat dihulurkan kepada yang memerlukan. Hulurkan sumbangan, lakarkan harapan kepada hidup mereka".
Kepada rakyat Malaysia yang perihatin dan berminat untuk menderma, KFC Holdings telah membina laman sesawang dimana tuan puan boleh layari kfc.com.my untuk menghulurkan sumbangan. Semoga dengan sumbangan kecil yang ikhlas serta secebis keberkatan dalam pemberian, dapat memberikan sinar kepada golongan yang kurang bernasib baik dan memberikan keceriaan kepada penderma serta penerima. Selain itu, bermula 7 Jun 2017, anda yang berminat untuk menderma boleh membeli makanan Add Hope Meals dan menunya adalah Add Hope Snack Plate serta Add Hope Dinner Plate.
Di antara barisan penaung Kempen ADD Hope KFC 2017.
Mengenai ADD Hope 2016.
1- Dilancarkan pada tahun 2017.
2- Merupakan bawah naungan "World Hunger Relief" dan hasil kolaborasi Sosial Korporat Global KFC.
3- Bertujuan untuk mengutip dana dan menjadi penjana gerakan penamatan kelaparan dunia untuk Program Makanan Sedunia Oleh Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu (WFP) atau United Nation (UN).
Di antara Rumah Kebajikan yang menerima sumbangan tahun lalu MYR 10,000 secara berperingkat.
1- Pusat Jagaan Al- Fikrah Malaysia.
2- Rumah Penyayang Bestari.
3- Rumah Anak Yatim Shifa.
4- Rumah Kanak- Kanak Mini Kelantan.
5- Rumah Kebajikan Orang- Orang Tua Seri Permai.
6- Rumah Kanak- Kanak Sultanah Hajjah Kalsom.
7- Rumah Kebajikan Anak- Anak Yatim Al- Hijrah.
8- Rumah Kanak- Kanak Taman Bakti.
9- Pusat Jagaan Rumah Sejahtera Kaki Bukit.
10- Pertubuhan Kebajikan Kanak- Kanak Cacat Ipoh.
11- Rumah Seri Kenangan Bedong.
12- Pusat Jagaan Orang- Orang Kurang Upaya Dan Terbiar Lovely.
13- Rumah Charis.
14- Persatuan Kebajikan Kanak- Kanak Istimewa Insan (Mixed Homes).
15- Rumah Anak- Anak Yatim Tengku Ampuan Fatimah.
16- Pertis Wilayah Terengganu.
17- Rumah Permata Kasih (RPK).
18- Pertubuhan Kebajikan Rumah Anak Yatim Mak Teh.
19- Rumah Kebajikan Kanak- Kanak Cacat Negeri Perak Darul Ridzuan.
20- Rumah Titian Ashratul Rohaniah.
21- Bengkel Daya Sungai Petani.
2 comments:
makan sambil beramal. memang terbaik. tahniah KFC
bagus program kfc ni kan.. elok kitasupport ramai2
Post a Comment