Total Pageviews

Jerangkang Waterfall, Pahang. Offroad. True journey of outdoorians.

Adakah anda seorang penggemar aktiviti lasak? Namun anda adalah seorang newbies kubies? Jangan risau, kini anda ada solusinya. Beberapa minggu yang lepas, saya dan travel buddies yang saya gelar "the afrits" ke Jerangkang, Pahang. Trip amat santai dan seronok. Best dapat jumpa kawan baru, dan yang paling"awesome" dapat "overcome" ketakutan pada ketinggian.


Meh saya nak share itinerary yang mudah kami selama 2 hari 1 malam kami di Jerangkang.

1- Meeting point kami adalah di LRT Gombak.
- Di sana, kami bertemu dengan pemandu 4 X 4 kami untuk tujuan "transport" barangan kami ke Jerangkang.

2- Lebih kurang 2 pagi (Jumaat) kami konvoi sebanyak lebih kurang 4 kereta ke Jerangkang. Kami Parkir di sebuah masjid berdekatan disana. (Masjid Paya Gelugor). Boleh mandi semua sebelum bertolak.

3- Lebih kurang 7 pagi, setelah beristirahat, kami mengambil sarapan di warung berdekatan.

4- Beberapa jam kemudian, lebih kurang 9 pagi, kami ke Jerangkang menaiki 4 X 4 yang telah kami sewa. Boleh layari fb beliau (Naz Kasut Getah) sebab servis dia tip top.

5- Barangan seperti ration, kelengkapan tidur etc telah disediakan oleh penganjur kami, (Ijan). Boleh layari FB beliau (Ahmad Farizan Sudirwan).

6- Bayaran semua dah settle MYR 100 termasuk 4 X 4 yang disewa. Semua cuma perlu bawa badan, body dan kelengkapan sendiri je. Yang paling syok, korang akan jemu makan kat sana. Tak sempat berlapar langsung.

7- Kami juga dapat merasa aktiviti Absailing disana pada ketinggian air terjun 20 meter.

Jalan ke Jerangkang Falls tu agak bertanah merah dan ber;ecak. Sememangnya memerlukan 4 X 4 untuk kesana. Kepada newbies, jangan sibuk tanya kenapa kita tak boleh masuk situ pakai Kancil ke Kelisa ke Myvi ok? 

Masuk je simpang ke Jerangkang Fall, memang anda akan lalui jalan penuh liku, lecak dan basah. Oleh itu, akak suggest duduk dalam 4 X 4 jangan duduk luar. Kalau cuaca baik, ke sana mungkin akan ke destinasi air terjun dalam 20-30 minit sahaja. Menurut pemandu kami, dia pernah stuck dalam perjalanan selama 12 jam sebab cuaca kurang mengizinkan. Oleh itu, rancanglah aktiviti kamu sebaik mungkin.




Berkumpul di LRT Gombak sebelum ke Jerangkang. Kami punggah barang ke 4X4 sebelum bertolak.



Waktu perjalanan melalui lopak badai dan buluh merimbun yang menampar muka mereka. Gambar kondisi jalan tak ada. Tak sempat nak ambil sebab sibuk meroyan kat depan. Haha. Pening.




Contoh offroad yang kena tempuh. (Sumber google).



Pacak layered Hammock. Apa ada hal.


Siapa kata Malaysia tak lawa. Time ni, dah tak takut dah. Huhu. Tak takut ketinggian. Masuk je sini terus jadi berani panjat batu semua.


20 metres open water absailing. Yang paling awesome, kami dapat belajar teknik absailing yang betul daripada pakar serta berlesen yang mengendalikan aktiviti absailing. (Kos termasuk MYR 100 satu kepala).



Kami beraya dalam hutan anda mampu? in shaa Allah pasti mampu. Abaikan sport shoes biru I ok? Huhi.



Siapa kata dalam hutan tak boleh makan rendang ketupat semua kan? palsu itu palsu belaka semua. Serahkan semua pada yang lebih hebat. Terima kasih kitchen crews. Mwahh!



Pilih mana yang anda suka. Banyak bunga disini. Sebelum kembali ke pangkal jalan, Abang Naz ajak bergambar disini. Sebab katanya kemuncup tengah cantik time ni. Sebab apa? Pada waktu lain, kemuncup ini semua terbako. Time kami datang pula dia nak berseri. (Akak dah lap 4X4 tu pakai baju raya akak tau).



Kepada yang tak reti berenang, akak saran bawa pelampung or harnest sebab kat sini ada bahagian air terjunnya cetek and then tiba- tiba je dalam. Bahaya yer adik serta anak- anak sekalian. Okeh itu sahaja celoteh dari saya. Mwahh! Boleh comment untuk extra infos ok?












No comments: