Total Pageviews

Chow Kit Trade Center Shopping Mall Terbaru Di Kuala Lumpur


Pernah dengar mengenai Chow Kit? Jika dahulu perkataan Chow Kit ini sinonim dengan Chow Kit Road dalam lagu Allahyarham Sudirman, kali ini Chow Kit sekali lagi bakal terkenal dengan Chow Kit Trade Center (CKTC), sebuah shopping mall dan pusat setempat yang bakal dibuka tidak lama lagi



Baru - baru ini aku sempat ke Sales Gallery mereka di Chow Kit bagi melihat sendiri lakaran pusat urus niaga ini. Jika sekarang nak dapatkan pelbagai jenis barang hanya di lorong dan tepi jalan, kini dengan adanya CKTC hasil inisiatif Vinsoon Group segalanya akan jadi lebih mudah dan selesa. 


CKTC ini berlainan dengan mall lain kerana ianya bakal menjadi pusat sehenti jualan herba-herba Melayu, produk kosmetik, alatan dapur yang pertama seumpamanya di Malaysia. Unik kan?  


kalau korang nak tahu,  projek ini baru sahaja dibuka kepada pembeli pada Februari 2017, tetapi sebanyak 50% daripada tapak ini telah dibeli oleh pihak peniaga! Ini kerana mereka melihat CKTC satu pembangunan yang terbaik untuk masyarakat dan pelancong 



 Bukan itu sahaja, Chow Kit Trade Center ini juga unik kerana terdapat beberapa tarikan menarik seperti Sky Dining food court.  Food court di tingkat atas sekali. tak perlu dah bayar lebih nak naik helipad bagai, hehehe. 



Tak cukup dengan itu, kawasan ini mudah akses dengan jalan raya dan pengangkutan awam yang berdekatan seperti stesen Monorail Chow Kit,  LRT Kampung Baru, LRT PWTC, Pekeliling Bas Terminal dan Pudu Sentral UTC. Mudah kan? 

Apapun aku tak sabar sebenarnya nak menjejakkan kaki ke CKTC ni yang dijangka siap sepenuhnya pada 2019. Mesti menarik! 

No comments: