Total Pageviews

Tempat Berbuka Puasa 2017 : Federal Hotel Kuala Lumpur

Nak makan aneka seafood yang segar dan aneka makanan lain? Apa kata pilih Restoran Kontiki, Hotel The  Federal Kuala Lumpur yang terletak bersebelah dengan pusat digital terbesar di Malaysia, Plaza Low Yat 



Ini merupakan tahun yang kedua aku berbuka disini. Memang kalau boleh tak nak lepaskan peluang untuk berbuka disini. Aku boleh cakap dekat sini disediakan makanan laut yang banyak pilihan dan segar 







Untuk korang yang tak makan makanan laut pun jangan risau, kerana menu lain seperti sajian melayu dan western pun ada banyak pilihan 

Bertemakan Sajian Nostalgia 60 tahun bersama Hotel The Federal Kuala Lumpur ,antara menu yang wajib korang cuba adalah aneka sushi, aneka bakar seperti satay, udang bakar, ikan bakar, aneka pasta, daging kurma berkentang, pulut serunding, itik bersama sos orange









Pada tahun ini, The Federal Kuala Lumpur masih lagi mengekalkan sajian kegemaran Perdana Menteri yang pertama. Almarhum Y.T.M Tunku Abdul Rahman  Putra Al- Haj seperti Ikan Goreng Serai, Ayam Masak Kicap , Itik Golek, Ayam Masak Kuning dan banyak lagi

Untuk korang yang ingin dapatkan koleksi resipi kegemaran Almarhum Y.T.M Tunku Abdul Rahman  Putra Al- Haj pun boleh dapatkan di Hotel ini 







Dengan kemudahan awam berhampiran seperti Monorail di stesen Imbi, menjadikan hotel ini mudah dikunjungi. Jadi untuk korang yang berada di ibu kota dan ingin mencari tempat berbuka puasa di Kuala Lumpur, apakata kunjungi The Federal Hotel Kuala Lumpur yang terletak di Bukit Bintang Kuala Lumpur 

Harga buffet 

Dewasa : RM 98 
Kanak -  kanak / warga emas: RM 48 

Tarikh : Sehingga 22 Jun 2017 

Untuk tempahan : +603 2143 7000

email :  fnb@capitol.com.my 


No comments: