Total Pageviews

Tempat Berbuka Puasa 2017 : Dorsett Putrajaya

Baru – baru ini aku berkesempatan untuk berbuka di sebuah hotel terkemuka di Putrajaya, Dorsett Putrajaya. Memandangkan Dorsett Putrajaya menawarkan pelbagai sajian enak, tanpa berfikir panjang aku terus book untuk berbuka disana



Aku sampai disana agak lewat sebenarnya. Kalau ikutkan hati, nak je cancel tapi memikirkan dekat Dorsett Putrajaya ada macam – macam , aku gagahkan diri juga

Pertama kali menjejakkan kaki masuk ke dalam Restoran Citra Rasa Dorsett Putrajaya , terkejut! Sebab boleh dikatakan di dalam restoran ini penuh dengan orang dan juga makanan. Kalau ramai ini bermakna hotel ini pilihan ramai





Namakan saja apa yang korang nak makan , sajian asli melayu, aneka mee dan laksa, kuih – muih western semuanya ada!


Nak makan shellout? Special pada bulan Ramadan, Dorsett menyediakan sajian istimewa ini. Tak cukup dengan itu, peminat Durian boleh makan durian disini tanpa had. Makanlah sepuas hati korang!








So far aku suka dia punya pasta, aneka sajian melayu. Fuhh terliur weh sebut! Kalau nak tahu, tema makanan di hotel ini adalah Bismillah.

Menu – menu pula tersedia lebih dari 500 jenis makanan. Tidak keterlaluan jika aku cakap ini adalah senarai menu terbanyak yang pernah aku jumpa.




Kesemua menu disini, diketuai oleh Chef Shamsul Rizal Johari yang telah menerima pelbagai anugerah dan pengiktirafan. Kalau  korang makan dekat sini pada hari jumaat,  korang akan dihiburkan dengan persembahan kumpulan Sri Mawar. 



Harga untuk makan disini adalah RM120 bagi dewasa dan RM60 untuk warga emas dan kanak – kanak. Buffet Ramadan ini akan berakhir pada 24 June ini.

So buat korang yang ingin makan disini masih sempat lagi. Jom berbuka di Dorsett Putrajaya!

Untuk tempahan dan maklumat lanjut hubungi
 +603 8892 8388

No comments: